UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

6 record(s) found

1
Abstract
This study aims to look at the effects of Adventure Based Counselling (ABC) against the resilient, (RES) and resilient subconstructs which are optimistic (RES-OPT), self-control (RES-KAD) and facing challenges (RES-CAB) among young trainees at the National Service Training Programme (NS). A total of 60 (N = 60) National service trainees are involved in this quasi-experimental study. They were divided into 2 groups of treatment group and control group. ABC is operated by the 6 facilitators (3 counsellors and 3 NS trainers). Data were collected by self-report through Resilience Scale Instrument (RES) and were analysed with mean difference, T-test, ANCOVA and MANCOVA at a significant level of 0.05. The results showed that ABC has increased the resilience among the subjects of NS trainees. It is suggested that the ABC approach to be used as an alternative counselling treatment in improving the level of resilience among young National Service trainees...
Article Published 2017 740 hits Limited
2
Abstract
Kajian  kuasi  eksperimen  ini  bertujuan  untuk  menguji  kesan Adventure  Based Counseling (ABC) terhadap efikasi kendiri dan resilien dalam kalangan pelatih kem Program Latihan  Khidmat Negara (PLKN). Seramai 60 orang pelatih di dua buah kem PLKN di dalam negeri Selangor yang  terdiri daripada lelaki dan perempuan serta tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu/Bumiputra,  Cina dan India yang mempunyai skor rendah dalam Skala Efikasi Kendiri dan Skala Resilien dikenal  pasti sebagai subjek kajian. Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan rawatan dan  kumpulan kawalan seramai 30 orang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan bagi  setiap kumpulan. Subjek kumpulan rawatan mengikuti intervensi ABC dengan elemen cabaran tahap  rendah (Low Element Challenge Course) dan diproses dengan kaunseling kelompok. Manakala kumpulan  kawalan pula mengikuti latihan konvensional di kem PLKN seperti biasa. Alat ujian Skala Efikasi  Kendiri dan R.....
Thesis Published 2018 2203 hits Available
3
Abstract
Kajian ini  meneliti kepentingan analisis pragmatik  teromba Adat Perpatih berdasarkan isu  pemecatan  Undang  Luak  Johol  Ke-14. Kajian  ini  juga  meneliti   kepentinga n penggunaan teromba, mengenal pasti unsur pragmatik dan kepentingan penggunaa n teromba serta  perkaitan kepentingan teromba berlandaskan nilai-nilai Islam dalam isu pemecatan. Analisis  pragmatik teromba ini berlandaskan teori  Relevans  yang diasaskan oleh Sperber & Wilson.  Prinsipnya merujuk kepada penggunaan struktur dalaman teromba yang berbentuk implisit, inferens dan  ujaran tak terucap. Pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kepustakaan, protokol temu bual,  pemerhatia n digunakan dalam kajian ini dan diperkukuhkan dengan teknik triangulasi data.  Berpandukan teori Relevans jumlah  responden  tidak  dipentingkan  tetapi mementingkan potensi  setiap responden. Pengkaji menemu bual masyarakat setempat, orang luar dan orang-orang yang  berpengetahuan asas adat yang m.....
Thesis Published 2018 13647 hits Available
4
Abstract
Tujuan  kajian  ini  adalah  untuk  mengenal  pasti  kearifan  perubatan  tradisional  dalam peribahasa Tamil berdasarkan teks Pa?amo?i Akar?ti oleh Anavarathanayakam Pillai. Teks ini dipilih  kerana ia merupakan teks koleksi peribahasa yang lengkap yang mengandungi 10,760  peribahasa.   Kearifan  perubatan  tradisional  dalam  peribahasa  merujuk  kepada pengetahuan perubatan  tradisional yang diintegrasi ke dalam peribahasa. Teori relevan oleh Sperber dan Wilson digunakan  dalam kajian ini untuk menerangkan kerelevanan perubatan tradisional yang muncul dalam peribahasa  Tamil. Teori ini terdiri daripada tiga gagasan utama, iaitu konteks, kesan konteks dan kos  memproses. Mengikut teori tersebut, aspek konteks  melihat  kepada  penentuan  kandungan  atau   erti  peribahasa  berunsur  perubatan. Kesan konteks pula menghuraikan proses pemahaman maklumat  sesuatu ujaran peribahasa Tamil.  Manakala  kos  memproses  pula  melihat  sejauhman.....
Thesis Published 2020 2249 hits Available
5
Abstract
Walaupun lagu pop Iban telah diperkenalkan pada penghujung tahun 50-an, namun kurang   kajian    dijalankan   mengenai   liriknya.   Tujuan   kajian   ini   adalah   untuk menganalisis ciri dan  maksud hiperbola dalam empat puluh lirik lagu pop Iban era 70- an  hingga  abad  ke-21.  Hiperbola   adalah  ungkapan  yang  berlebih-lebihan  untuk memperoleh kesan tertentu. Teori relevan oleh  Sperber dan Wilson digunakan untuk menerangkan  kerelevanan  sesuatu  objek  alam  sebelum  ianya   diterima  menjadi maksud sesuatu percakapan manakala teori stilistik mengupas sesuatu gaya bahasa.  Reka   bentuk   kajian   fenomenologi   ini   menggunakan   kaedah   kualitatif   dengan pendekatan  deskriptif di mana  teks lirik lagu sebagai bahan analisis. Dua instrumen kajian   adalah    analisis   dokumen   dan   senarai   semak   di   mana   analisis   data menggunakan  analisis   jenis  tematik.  Hasil  d.....
Thesis Published 2021 1907 hits Available
6
Abstract
Umur mahasiswa universiti teknikal di Malaysia rata-ratanya bermula dari 19 sehingga 24 tahun. Mahasiswa ini terdiri daripada pelajar yang mendaftar di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan mahasiswa universiti teknikal mengenai penggunaan slanga dalam pembentangan kumpulan berbahasa Melayu, menganalisis impak penggunaan slanga dalam pembentangan tersebut serta merumuskan cadangan dan langkah bagi mahasiswa universiti teknikal dalam menggunakan slanga dalam pembentangan tugasan kumpulan berbahasa Melayu. Perbincangan kajian ini turut mengaplikasikan pendekatan pragmatik, iaitu Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986). Dari sudut metodologi, kajian ini berbentuk kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan silang dan borang soal selidik yang menggunakan skala Likert dari 1 hingga 5 dan pilihan jawapan “ya” atau “tidak”. Populasi dan sampel terdiri daripada mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM.....
Article Published 2024 466 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.