UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

10 record(s) found

1
Abstract
This study aims to identify the limitations of relationship investment research in relationship marketing domain. Based upon 53 relevant journal articles, the results of content analysis reveal limited studies on the integrated effect of customer and partner investments and the effect of relationship investment’s dimensions, particularly in customer-brand relationship domain. The findings stimulate and guide future research to explain the role of relationship investment in relationship marketing. This study is perhaps one of few attempts to identify and evaluate extant relationship marketing literatures on the role of relationship investment in a systematic and integrative manner...
Article Published 2014 2266 hits Available
3
Abstract
Kajian tindakan ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan inovasi pengajaran dalam penguasaan sifir dan kemahiran penyelesaian masalah matematik murid Tahun Lima. Rekabentuk kajian menggunakan dua gelung dalam pengajaran dan pembelajaran diadaptasi daripada Model Kajian Tindakan Kemmis & Mctaggart 1988. Pemilihan sasaran kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan 21 murid Tahun Lima di salah sebuah sekolah rendah dalam sebuah felda di Daerah Hulu Selangor selama sembilan minggu. Modul Intervensi MAGIC MATHS digunakan bagi meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam subjek matematik. Pengkaji membangunkan MAGIC MATHS menggunakan perisian Microsoft Power Point dan Microsoft Visual Basic. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra dan ujian pasca, soal selidik, catatan refleksi, analisis dokumen, protokol temubual, pemerhatian, gambar dan rakaman video. Data dianalisis secara deskriptif dan kualitatif. Dapatan ujian pasca selepas lima sesi intervensi dalam gelung .....
Thesis Published 2017 4956 hits Available
4
Abstract
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan agenda penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Guru matematik memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini merupakan kajian analisis keperluan dalam fasa pertama Design and Development Research (DDR). Tujuan kajian analisis keperluan ini dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti keperluan pembangunan model pedagogi STEM Matematik berasaskan nilai dan akhlak di sekolah rendah. Kajian dilakukan secara kualitatif menggunakan kaedah temu bual. Seramai enam orang informan iaitu pakar matematik, pakar STEM, pakar pembangunan model dan guru sumber matematik sekolah rendah telah ditemu bual.  Semua pakar ini telah dipilih secara pensampelan bertujuan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Data temu bual dianalisis menggunakan teknik tematik, iaitu transkripsi, pengekodan dan tema secara verbatim. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat keperluan bagi peny.....
Article Published 2020 2810 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti proses sosialisasi dalam kalangan keluarga penenun serta masyarakat di Mukim Losong, Kuala Terengganu. Terdapat segelintir penenun yang masih aktif dan mewarisi kemahiran bidang kraf songket ini menerusi sosialisasi. Penyelidik turut menjelaskan penyampaian ilmu kemahiran kraf yang berlaku dalam konteks pembelajaran tidak formal melalui ejen sosialisasi seperti institusi keluarga dan institusi pendidikan dalam keluarga penenun. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data-data diperolehi melalui kaedah pemerhatian, temu bual bersama informan, rakaman visual dan dokumentasi. Dapatan data di lapangan dianalisis secara berterusan menggunakan model Interaktif Miles dan Huberman. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa proses sosialisasi dalam menurunkan ilmu kemahiran menenun yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran, luaran dan dalaman telah memberi impak kepada golongan penenun di Mukim Losong, Kuala Terengganu sama ada dalam prose.....
Thesis Published 2021 1533 hits Available
6
Abstract
Water has been proven to be an effective additive to enhance the growth rate and purity of the synthesized carbon nanotubes (CNTs) in the chemical vapor deposition (CVD) method. Due to similar CNT growth parameters in CVD and flame environment, it is expected that a similar effect can be replicated in CNT flame synthesis to a certain degree. The present study analyzes the effect of water addition to the fuel stream toward the CNT growth in methane diffusion flame under atmospheric conditions. Water vapor was introduced into the fuel gas by passing the methane gas through a water bubbler, and the growth condition was analyzed based on a cross-sectional analysis of the grown CNT on top of nickel wire. The water addition to the fuel reduces the axial extent of the growth region due to the reduction in flame height. Even though the spatial distribution of the growth region in the flame with water additive changes compared to that of the flame without water, the average growth region temper.....
Article Published 2021 953 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti ketakutan pelancong semasa acara hiburan di Kuala Lumpur iaitu Sambutan Ambang Tahun Baharu 2020 dan Tahun Melawat Malaysia. Kajian ini meneliti ruang yang difahami oleh pelancong sebagai menakutkan dan tidak selamat di kawasan pelancongan bandar Kuala Lumpur. Penyelidikan kualitatif ini menggunakan dua kaedah kajian iaitu temu bual dan photovoice. Temu bual separa berstruktur dijalankan bersama dua puluh dua (22) orang pelancong domestik dan antarabangsa. Tiga (3) orang peserta kajian bersetuju untuk melibatkan diri dalam photovoice dengan mengambil gambar perasaan takut mereka di ruang yang digunakan semasa menghadiri acara hiburan dengan menggunakan kamera pakai buang yang dibekalkan oleh pengkaji. Penganalisisan data kualitatif dilaksanakan dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Terdapat tiga (3) tema terhasil yang menunjukkan ketakutan pelancong daripada kajian ini iaitu; ruang yang sesak, laluan pejalan kaki yang gelap dan kewujudan manusia yang.....
Article Published 2021 1046 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan meneliti Geografi ketakutan pelancong semasa melakukan lawatan di lokasi pelancongan bandar Kuala Lumpur iaitu Pasaraya SOGO, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Pasar Seni (Central Market) Kuala Lumpur. Kajian ini meneliti ruang yang difahami oleh pelancong sebagai menakutkan dan tidak selamat di kawasan pelancongan bandar Kuala Lumpur. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan dua kaedah kajian iaitu temu bual berstruktur dan photovoice. Temu bual berstruktur dijalankan bersama dua puluh (20) orang pelancong yang terdiri daripada 11 orang pelancong domestik dan 9 orang pelancong antarabangsa. Tujuh (7) orang peserta kajian bersetuju untuk melibatkan diri dalam photovoice dengan mengambil gambar perasaan takut mereka dalam ruang yang dilawati dengan menggunakan kamera pakai buang yang dibekalkan oleh pengkaji. Penganalisisan data kualitatif dilaksanakan dengan menggunakan perisian ATLAS.ti bagi membentuk tema dalam membincangkan dapatan.....
Thesis Published 2024 779 hits Available
9
Abstract
Kemunculan laman web kesusasteraan Melayu di dalam dunia siber merupakan satu petanda bahawa kesusasteraan Melayu telah mula berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat keberadaan kesusasteraan Melayu di alam siber. Bagi tujuan tersebut, dua objektif ditetapkan, iaitu (1) mengenal pasti jenis-jenis kesusasteraan Melayu dalam alam siber dan (2) mengetahui penglibatan penulis-penulis di alam siber. Perspektif kajian ini juga merangkumi genre kesusasteraan Melayu yang terdapat di alam maya dan penulis-penulis yang terlibat dalam sastera siber. Kajian ini juga merupakan sebuah kajian deskriptif dan data bagi kajian ini dikutip melalui kaedah historikal di mana laman-laman sesawang kesusasteraan Melayu merupakan sumber data utama. Dua enjin carian iaitu Yahoo dan Google merupakan alat bagi mengumpul maklumat berkaitan keberadaan kesusasteraan Melayu di alam siber. Setelah itu, data yang dikumpul dianalisis secara historikal dan dibinc.....
Thesis Published 2010 252 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan Model SPIKK, sebuah Model Asas Pengajaran Berdasarkan Nilai-Akhlak dalam STEM Matematik di Sekolah Rendah dan menilai kebolehgunaannya. Reka bentuk penyelidikan menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) melalui tiga fasa: (1) analisis keperluan, (2) reka bentuk dan pembangunan, dan (3) penilaian kebolehgunaan. Temu bual separa struktur telah digunakan bagi fasa analisis keperluan dan penilaian kebolehgunaan model, manakala fasa reka bentuk menggunakan Fuzzy Delphi Method (FDM) dan fasa pembangunan menggunakan Interpretive Structural Modelling (ISM) dengan perisian Concept Star. Seramai 51 pakar telah dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Di dalam fasa analisis keperluan, kesemua enam pakar bersetuju tentang kepentingan untuk mengintegrasikan Nilai-Akhlak dalam pendidikan Matematik STEM di sekolah rendah. Dalam fasa reka bentuk, FDM digunakan untuk mencapai konsensus dalam kalangan 29 pakar dalam bidang pendidikan Matematik, N.....
Thesis Published 2025 179 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.