UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
This paper empirically investigates co-integration between Islamic stock market in Malaysia, Indonesia and the world by applying the Vector Auto Regression (VAR) method. This research used monthly data from January 2007 to May 2012 taken from authorized sources. The finding shows that there is no long-run or equilibrium relationship exists between FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah (FBMES), Jakarta Islamic Index (JAKISL), and Dow Jones Islamic Market index (DJIM). Based on the result, hence, it can be concluded that the Islamic stock markets of Malaysia does not integrate with Indonesia’s, as well as with the world markets in the long run. This will create rooms for investors to diversify their investment portfolios, which puts Malaysia as one of their favoured investment destinations. From the Granger causality view, the return of JAKISL and DJIM is driven by the return of FBMES in the short run...
Article Published 2013 7705 hits Available
2
Abstract
Malaysia kini dianggap sebagai pemimpin dalam pembiayaan Islam sehingga pengalamannya merintis pelbagai cabang pembiayaan Islam dapat menjadi petunjuk kepada mereka yang sedang atau merancang untuk menurut jejak langkah Malaysia dalam bidang ini. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah Amanah Pelaburan Hartanah Islam (Islamic Real Estate Investment Trust) dengan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR) yang piawai. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Indeks Harga Pengguna, Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam, Kadar Tukaran Asing dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian VECM, didapati bahawa IREIT bukan penyebab Granger jangka pen.....
Article Published 2015 2563 hits Available
3
Abstract
Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) merupakan satu instrumen pasaran modal yang berlandaskan syariah. Kewujudan I-REIT memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dalam bidang hartanah. Al-Hadharah Boustead REIT yang ditubuhkan pada tahun 2007 merupakan satu-satunya instrumen Amanah Pelaburan Hartanah Islam (IREIT) yang berasaskan perladangan kelapa sawit di Malaysia. Artikel ini bertujuan membincangkan prinsip syariah yang diguna pakai oleh Al-Hadharah Boustead REIT serta sumbangannya dalam industri sawit negara. Dapatan kajian menunjukkan Al-Hadharah Boustead REIT menggunakan prinsip al-musyārakah, Al-wakālah, Al-Ujr dan harta musyā dalam aktiviti pelaburannya. Di samping itu, penguasaan pemilikan Al-Hadharah Boustead REIT dalam industri sawit negara menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sepanjang tempoh kajian...
Article Published 2014 3198 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan keseimbangan antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah pulangan Amanah Pelaburan Hartanah Islam dan pemboleh ubah makroekonomi. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti bentuk arah hubungan penyebab antara pulangan Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REITs) dan pemboleh ubah makroekonomi. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR). Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM) pula, didapati bahawa IREIT bukan penyebab Granger jangka .....
Thesis Published 2015 1138 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.