UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara corak orientasi matlamat dan tahap kekuatan mental dalam kalangan atlet yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Seramai 102 orang atlet MASUM terdiri daripada 51 orang lelaki dan 51 orang wanita yang mewakili dalam sukan sofbol (30 orang), bola tampar (24 orang), ragbi (24 orang) dan bola baling (24 orang) terlibat dalam kajian ini. Soal selidik Task and Ego Orientation in Sport Questionaire, Duda & Nicholl’s (1989); Psychology Performance Inventory, PPI Loehr, (1986) dijawab oleh responden. Analisis deskriptif menjelaskan min dan sisihan piawai, ujian-t, ANOVA sehala dan korelasi Pearson digunakan dalam kajian ini melalui program IBM SPSS version 20.0. Hasil dapatan ujian-t menunjukkan atlet lebih berorientasikan tugasan berbanding orientasi ego. Dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi perbezaan tahap kekuatan mental berdas.....
Thesis Published 2017 859 hits Available
2
Abstract
Dalam kajian ini, beberapa gambar telah diproses atau diekstrak untuk mendapatkan maklumat titik sempadan. Kemudian, gambar tersebut telah dipadankan semula dengan mengguna fungsi Ball kubik yang terdiri daripada dua titik kawalan yang boleh digunakan untuk mengubahsuai lengkung yang dibina. Kajian ini telah mengguna kaedah penghampiran secara automatik. Kaedah _Evolusi Pembezaan_ telah diguna untuk mengoptimumkan dua titik yang terdapat pada fungsi Ball kubik. Proses ini telah diulangi berkali-kali sehingga lengkung yang berjaya dibina menghampiri dengan gambar asal. Beberapa keputusan dan gambar rajah dipamerkan dalam kajian ini. Kata kunci evolusi pembezaan, fungsi Ball kubik, kejuruteraan balikan, pemadanan lengkung..
Article Published 2015 101 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.