UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Dr Burhanuddin Al Helmi ialah tokoh politik Malaysia yang bergiat cergas dalam kancah politik negara ini selama tiga dekad (1930-1960) dan pernah menulis tentang mesej antikolonialisme di dalam karya-karya beliau. Oleh itu, tujuan kajian ini khusus menilai sejauh mana mesej antikolonialisme tersebut dibahaskan secara holistik dan dominan menerusi karyanya. Kajian ini menggunakan kaedah semiotik dan intertekstualiti serta bersandarkan teori sastera budaya atau cultural studies theory mendapati bahawa mesej antikolonialisme merupakan tema perbincangan utama yang dikaitkan dengan topik politik lain seperti kedaulatan negara, penjajahan, kemerdekaan dan pembentukan negara-bangsa..
Article Published 2018 1007 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemikiran politik dalam karya-karya Burhanuddin Al Helmi. Secara khususnya, kajian ini menggunakan Teori Perjanjian Kemasyarakatan oleh Thomas Hobbes, John Locke dan J.J Rousseau serta gabungan metodologi analisis isi kandungan dan penyelidikan kepustakaan terhadap sampel kajian iaitu enam buah buku karya Burhanuddin Al Helmi iaitu Perjuangan Kita (Jawi), Falsafah Kebangsaan Melayu (Jawi), Agama dan Politik (Jawi), Pidato Sambutan Kongres Parti Rakyat, Ideologi Politik Islam dan Islam dan Sosialisme. Kerangka analisis kajian telah direka bagi mencerakin dan menganalisis data. Hasilnya, kajian ini telah menemukan pemikiran politik yang terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu nasionalisme Melayu, antikolonialisme dan pembentukan negarabangsa. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa ketiga-tiga aspek pemikiran politik tersebut merupakan teras perjuangan politik Burhhanuddin Al Helmi dalam membebaskan tanah air daripada belenggu penj.....
Thesis Published 2018 4844 hits Available
3
Abstract
This research explores the theme of context and its role in distinguishing between "Al-haqiqa" and "Al-magaz " The primary objective is to elucidate the accurate concepts of "Al-haqiqa" and "Al-magaz" and to ascertain the correct stance regarding the assertion made by some Arabic language scholars, claiming that language is entirely literal, rejecting metaphor as nonexistent in the Quran and speech. Conversely, others argue that language is entirely metaphorical, with no room for "Al-haqiqa." Additionally, this study aims to highlight the dual role of context, both current and linguistic, in differentiating between Al-haqiqa" and "Al-magaz". The research adopts a descriptive-analytical approach, meticulously defining the concepts "Al-haqiqa "and "Al-magaz" linguistically. Through analysis and application, the focus shifts to multiple linguistic examples within the Arabic language that precisely illustrate the distinction between "Al-haqiqa and Al-magaz", elucidating the role of both s.....
Article 228 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap stres dan faktor pengaruh stres dalam kalangan pelajar mengikut kategori pendapatan keluarga pelajar, yang berbeza dalam dua tempoh berbeza iaitu semasa pembelajaran secara bersemuka (iaitu sebelum pandemik COVID- 19) dan semasa pembelajaran secara atas talian (iaitu semasa pandemik COVID-19). Seramai 177 orang pelajar dari pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia mengambil bahagian dalam kajian ini, dan kaedah pemilihan sample adalah telah dipilih berdasarkan persampelan rawak. Data dikumpul melalui pengedaran borang soal selidik berbentuk google form. Data yang diperolehi dianalisis melalui ujian deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Soalan yang dibangun menggunakan pengskoran skala likert lima mata bagi tujuan pengukuran. Dapatan kajian mendapati tahap stres pelajar dari kesemua kategori pendapatan keluarga adalah di tahap sederhana dalam kedua-dua tempoh yang dibandingkan. .....
Final Year Project Published 2022 321 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.