UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

1
Abstract
Nilai secara umumnya merujuk kepada sesuatu gagasan atau tanggapan asasi mengenai “yang berguna”, “yang berharga” atau “yang bermutu” sebagai ukuran atau panduan untuk membuat pilihan dari pelbagai pilihan atau option yang ada pada saat seseorang atau sesuatu kelompok terpaksa membuat pilihan itu (Zainal Kling, 2000). Berfokus kepada makna nilai yang merujuk kepada sesuatu yang murni, kertas keija ini akan membincangkan tiga nilai murni sejagat, iaitu muafakat/musyawarah, berbudi dan bersabar yang terdapat dalam peribahasa Melayu. Ketiga-tiga nilai murni ini akan dilihat dari perspektif bidang ilmu semantik yang akan mengambil kira Prinsip Komposisi (Lobner, 2002) yang menekankan proses “bottom-up” yang dimulai dengan makna leksikal yang membentuk makna ekspresi asas dan diakhiri dengan menggabungkan makna-makna tersebut bagi membentuk makna ekspresi yang kompleks. Penghuraian ini akan dapat memaparkan norma logika orang Melayu dalam penggunaan bahasa, iaitu saling berh.....
Conference Item Published 2004 1101 hits Available
2
Abstract
Pelbagai dasar pembangunan ekonomi telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi memberikan manfaat kepada penduduk. Aktiviti pembangunan yang dilaksanakan akan melibatkan perubahan kepada guna tanah sesuatu kawasan dan meninggalkan kesan kepada persekitaran fizikal. Lembangan Sungai Bernam juga tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baharu bagi mengatasi kesesakan di Lembah Klang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti perubahan guna tanah yang berlaku khususnya di bahagian hulu Lembangan Sungai Bernam dari tahun 1984 hingga 2004 dan implikasi terhadap persekitaran. Data perubahan guna tanah diperoleh dari Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia dan data hujan mengikut stesen diperoleh dari Jabatan Pengairan dan Saliran. Analisis siri masa dilakukan bagi kesemua data bagi menilai sebarang perubahan dalam jangka masa panjang. Hasil kajian mendapati guna tanah hutan semakin berkurangan di kawasan ini iaitu 689.2 km2 (1984) kepada 536 km2 (2004). Guna tanah hutan yang semakin berkura.....
Article Published 2014 3455 hits Available
5
Abstract
Strategi berterus-terang ialah strategi yang tidak taksa. Ujaran kritikan lazimnya mengaplikasikan strategi ini. Sehubungan itu analisis ujaran kritikan juri telah dilakukan dengan dua objektif, iaitu mengklasifikasikan strategi berterus terang; dan membincangkan hubungan strategi dan air muka. Antara metod yang diaplikasi ialah muat turun dan analisis teks. Dapatan analisis memperlihatkan kritikan juri dibahagikan kepada dua, iaitu dengan fakta umum dan spesifik. Fakta umum dirujuk sebagai situasi tanpa gangguan semantik manakala sebaliknya fakta spesifik. Penggunaan strategi ini didapati tidak menjejaskan air muka kerana faktor jarak, kuasa dan pemeringkatan budaya dalam konteks kritikan. Ringkasnya, masyarakat perlu memahami peranan dan tanggung jawab juri semasa melakukan kritikan...
Article Published 2019 860 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.