UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

6 record(s) found

1
Abstract
Kajian   ini   bertujuan   untuk   mengenal   pasti   sikap   keusahawanan   dalaman, kompetensi  keusahawanan dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan  guru  prasekolah  di   daerah  Hilir  Perak  dan  Kinta  Selatan.  Kajian  ini menggunakan teori tingkah laku terancang  oleh Azjen. Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Populasi  kajian adalah seramai 149 orang  dan  pemilihan  sampel  secara  rawak  mudah  dengan  menggunakan   jadual persampelan  Krejcie dan  Morgan  yang melibatkan seramai 113  guru  prasekolah. Instrumen  kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang diadaptasi daripada Test for  Personel   Entrepreneurial  Competencies.  Soal  selidik  ini  telah  disahkan  oleh empat orang pakar  menggunakan Content Validity Index (CVI) dengan nilai CVI = 0.96  dan  kebolehpercayaan  soal  selidik  menggunakan  indeks  Cronbach  Alpha dengan nil.....
Thesis Published 2021 4082 hits Available
2
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kajian ini turut dijalankan untuk melihat tahap kepuasan yang dominan dalam kalangan pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 262 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester lima pengajian bagi program DPAK di KUIM. Kaedah kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kuantitatif menggunakan borang soal selidik. Soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu satu bahagian mengenai profil reponden, satu bahagian mengenai aspek kandungan program dan yang bahagian terakhir adalah mengenai aspek tenaga pengajar. Dapatan telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 21.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap program DPAK yang ditawarkan di KUIM bagi kedua-dua aspek yang dikaji. Hasil kaji.....
Article Published 2021 1041 hits Available
3
Abstract
Kemodenan dan kemajuan teknologi pada masa kini menuntut para guru untuk lebih bersedia dan melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi serta menyediakan inovasi terkini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dijalankan. Pembelajaran dan kemahiran abad ke-21 amatlah dititikberatkan untuk memupuk kemahiran kritis, kreatif dan juga penyelesaian masalah sejak usia kecil. Pendekatan menggunakan permainan interaktif merupakan kaedah belajar melalui bermain yang dapat memberikan pengalaman yang berbeza, unik dan menarik kepada kanak-kanak dan guru. Pendekatan ini juga dilihat berpotensi untuk menjadi salah satu kaedah yang mendapat sambutan dalam kalangan guru bagi mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan mengenai konsep permainan interatif, kelebihan permainan interaktif serta aplikasi permainan interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia...
Article Published 2022 1300 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan kepimpinan distributif guru besar dengan tingkah laku kewarganegaraan organisasi (TKO) guru sekolah rendah di daerah Gombak, Selangor. Kepimpinan distributif guru besar dikaji berdasarkan persepsi guru. Teori Gordon telah gunakan sebagai asas untuk menerangkan mengenai kepimpinan distributif yang berfokus kepada empat dimensi iaitu penetapan dan perkongsian misi, visi dan matlamat sekolah, budaya sekolah, amalan kepimpinan dan perkongsian tanggungjawab. Teori Organ pula digunakan untuk menerangkan mengenai tingkah laku kewarganegaraan organisasi guru yang berfokus kepada lima dimensi iaitu prinsip utamakan kesejahteraan orang lain, sifat teliti dan cermat, semangat kerja, kesopanan dan nilai murni sivik. Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi. Seramai 320 guru telah dipilih secara rawak sistematik daripada 12 buah sekolah rendah yang mempunyai bilangan guru lebih 100 orang. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal se.....
Thesis Published 2020 1397 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikan kaedah K-Jiran Terdekat (KNN) dalam penggantian data hujan yang hilang bagi stesen-stesen hujan yang terdapat di Selangor. Kajian ini merangkumi dua objektif utama iaitu (i) mengaplikasikan kaedah KNN dalam penggantian data hujan yang hilang di Selangor dan (ii) menganalisis perbezaan ketepatan hasil penggantian KNN terhadap data hujan yang hilang di stesen yang berbeza di Selangor. Kajian ini dijalankan terhadap data siri masa hujan bagi sepuluh stesen hujan di Selangor. Sebanyak 365 data telah digunakan bagi setiap stesen dan data yang digunakan telah dihilangkan dengan mengikut kategori 1%, 5%, 10%, 25% dan 50% . Kemudian, data yang hilang tersebut digantikan dengan nilai hasil pengiraan KNN. Seterusnya, ketepatan data hasil pengiraan KNN dinilai menggunakan pekali korelasi. Hasil kajian menunjukkan, kaedah KNN dapat diaplikasikan dalam mengira data hujan yang hilang namun nilai pekali korelasi adalah rendah. Seterusnya, analisis.....
Final Year Project Published 2023 934 hits Available
6
Abstract
Kemodenan dan kemajuan teknologi pada masa kini menuntut para guru untuk lebih bersedia dan melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi serta menyediakan inovasi terkini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dijalankan. Pembelajaran dan kemahiran abad ke-21 amatlah dititikberatkan untuk memupuk kemahiran kritis, kreatif dan juga penyelesaian masalah sejak usia kecil. Pendekatan menggunakan permainan interaktif merupakan kaedah belajar melalui bermain yang dapat memberikan pengalaman yang berbeza, unik dan menarik kepada kanak-kanak dan guru. Pendekatan ini juga dilihat berpotensi untuk menjadi salah satu kaedah yang mendapat sambutan dalam kalangan guru bagi mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan mengenai konsep permainan interatif, kelebihan permainan interaktif serta aplikasi permainan interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Kata kunci: permainan interaktif, pengajaran dan.....
Article Published 2023 749 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.