AbstractTujuan kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah model Pintar Tajwid Haraki (PiTaH) yang berasaskan Total Physical Resoponse (TPR) bagi meningkatkan penguasaan tilawah al-Quran dalam kalangan mualaf. Kaedah kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) melalui tiga fasa. Fasa pertama bertujuan untuk menganalisa keperluan pembangunkan model. Kajian pada fasa ini menggunakan kaedah tinjauan kepada 310 guru al-Quran dari sudut pengetahuan, emosi dan fizikal pelajar. Data dianalisa menggunakan SPSS 22.0 Dapatan kajian fasa ini menunjukkan persetujuan respondan tentang keperluan membangunkan model sangat tinggi dengan min 4.67. Fasa kedua bertujuan untuk mereka bentuk dan pembangunan model. Pengkaji menggunakan kaedah Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive Structural Modelling (ISM). Sampel kajian terdiri dari sebelas orang pakar profesional dan pakar lapangan. Hasil konsensus pakar terdapat 25 elemen aktiviti TPR yang telah dipilih untuk dimasukkan ke dalam .....