UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kemahiran visualisasi secara meluasnya telah dikaji oleh kebanyakan universiti, institusi latihan dan politeknik khususnya dalam bidang kejuruteraan diperingkat pendidikan pengajian tinggi. Isu yang sering timbul berkaitan kemahiran ini ialah, lemahnya pelajar teknikal dan vokasional dalam kemahiran visualisasi dan kesukaran untuk pelajar menguasai kemahiran ini. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan alat bantu mengajar dalam rangka meningkatkan kemahiran visualisasi lukisan 3D pelajar Pendidikan Teknikal dan vokasional. Pembangunan ABM “Explore 3D Box telah dibangunkan untuk tujuan sebagai ABM bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan topik lukisan 3D. Sasaran utama dalam pembangunan ABM ini adalah kepada guru dan pelajar. Guru menggunakan produk ini sebagai alat bantu mengajar dan pelajar boleh gunakan produk ini sebagai pembelajaran interaktif. Bagi menilai produk ini, kaedah temu bual telah digunakan yang mana melibatkan 5 orang tenaga pakar dari bidang yang berkait.....
Final Year Project Published 2023 982 hits Available
2
Abstract
Penguasaan konsep asas Kimia yang lemah dan sifat abstrak konsep Kimia menyebabkan pelajar sukar untuk menentukan garam terlarutkan dan garam tak terlarutkan. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan permainan Salt-UNO Card terhadap pencapaian konsep Garam dan minat pelajar tingkatan empat dalam pembelajaran Kimia. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah dipilih untuk menjawab persoalan dan hipotesis kajian. Seramai 63 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di daerah Alor Setar telah terlibat sebagai sampel kajian. Seramai 32 orang pelajar diletakkan dalam kumpulan kawalan manakala baki 31 orang pelajar sebagai kumpulan rawatan. Ujian Pencapaian dan Soal Selidik Minat telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mengukur tahap pencapaian dan minat pelajar dalam pembelajaran Kimia. Dapatan kajian dianalisis menggunakan ujian-t bagi membuat perbandingan min skor antara kedua-dua kumpulan. Keputusan analisis ujian-t sampel bebas menunjukkan terdapat perbezaa.....
Article Published 2023 752 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.