UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Makalah ini bertujuan membincangkan inisiatif untuk menangani masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah pasca Pandemik Covid-19. Kajian yang dilaksanakan ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual dan kaedah kepustakaan. Kaedah temu bual berstruktur dilakukan kepada tiga orang guru subjek Bahasa Melayu yang kesemuanya berpengalaman lebih 15 tahun. Kaedah kepustakaan pula dilakukan dengan merujuk pelbagai bahan bertulis yang berautoriti berkenaan kemahiran membaca. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan mentranskripsikan semula semua maklumat yang diperolehi daripada informan melalui sesi temu bual. Hasil kajian menunjukkan antara inisiatif yang efektif untuk meningkat kemahiran membaca pada pandangan guru-guru ialah (i) teknik bacaan fonik, (ii) pemilihan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, (iii) teknik pandang sebut, dan (iv) latih tubi. Dari segi implikasi, kajian ini berusaha membuka mata semua pihak untuk merangka pelbagai inisiatif bagi mena.....
Article Published 2024 310 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Teori Kebergantungan Media (MDT) pada platform TikTok terhadap kesejahteraan psikologi belia berumur 19 hingga 30 tahun di Lembah Klang. Kajian kuantitatif ini melibatkan 394 orang belia yang dipilih menggunakan persampelan kelompok. Data dikumpulkan melalui instrumen Scale of Psychological Well-Being (SPWB), Social Media Addiction Scale Student Form (SMAS-SF), dan Inventory of Parent and Peer Attachment (IPPA). Analisis data dijalankan menggunakan kaedah Structural Equation Modelling (SEM). Analisis data dijalankan menggunakan kaedah Structural Equation Modelling (SEM). Analisis SEM menunjukkan bahawa pengaruh rakan sebaya dan sokongan ibu bapa merupakan peramal signifikan terhadap kesejahteraan psikologi belia, dengan pekali penentu (R_) sebanyak 5 peratus. Ini menunjukkan bahawa model ini hanya menerangkan 5% daripada varians kesejahteraan psikologi, menandakan bahawa terdapat banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi kesejahteraan yan.....
Thesis Published 2025 101 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.