UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan antara kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dan kaedah konvensional, dengan melihat kesan kedua-dua kaedah ini terhadap pencapaian dan motivasi pelajar bagi topik Reka Bentuk Akuaponik dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan dua. Kajian ini juga mengenal pasti pengaruh jantina terhadap pencapaian pelajar yang mengikuti proses pembelajaran menggunakan kaedah PBP. Reka bentuk kajian ialah kuasi eksperimen yang melibatkan Kumpulan Rawatan dengan jumlah pelajar 31 orang dan Kumpulan Kawalan dengan jumlah pelajar 26 orang daripada dua buah sekolah menengah di daerah Hilir Perak. Data kajian berkaitan pencapaian pelajar dikumpul melalui instrumen ujian pencapaian pra dan pasca, manakala data berkaitan motivasi dikumpul melalui instrumen soal selidik. Analisis statistik nilai min dan ujian-t dijalankan ke atas data yang dikumpul dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science. Hasil .....
Thesis Published 2022 2624 hits Available
4
Abstract
Pada era teknologi pada masa kini, video animasi telah mendapat tempat dalam pelbagai sektor bidang dan diantaranya adalah dalam bidang pendidikan. Berikutan itu, video animasi telah menjadi satu keperluan dalam bidang pendidikan dalam pengajaran khususnya bagi mata pelajaran Sejarah tingkatan lima. Hal ini adalah kerana, mata pelajaran Sejarah adalah merupakan mata pelajaran yang kurang menarik minat oleh kebanyakkan murid kerana sifatnya yang pasif serta membosankan. Garis panduan yang efektif memainkan peranan penting dalam membangunkan video animasi yang dapat meningkatkan hasil pembelajaran khususnya bagi mata pelajaran Sejarah ini. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tinjauan terhadap garis panduan pembangunan video animasi khusus bagi mata pelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan kaedah temu bual semi-struktur untuk meninjau garis panduan pembangunan video animasi khusus untuk mata pelajaran Sejarah tingkatan lima. Temu bual pakar dilakukan me.....
Article Published 2023 1095 hits Available
5
Abstract
Dalam era teknologi kini, penggunaan video animasi semakin mendapat tempat sebagai alat bantu penyampaian ilmu dalam dunia pendidikan, terutamanya untuk mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM. Namun, tiada sebarang garis panduan untuk pembangunan video animasi sebagai bahan bantu mengajar (BBM) bagi mata pelajaran berkenaan buat ketika ini. Maka, kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu garis panduan pembangunan video animasi bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan lima. Pendekatan DDR digunakan dalam kajian ini yang melibatkan tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan, dan fasa penilaian, yang melibatkan satu panel pakar yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia dan pendidikan sejarah. Dapatan fasa pertama kajian berdasarkan kaedah temu bual dengan lima (5) orang pakar menunjukkan terdapat keperluan untuk garis panduan pembangunan video animasi bagi mata pelajaran berkenaan dengan.....
Thesis Published 2023 1949 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.