AbstractKemodenan dan kemajuan teknologi pada masa kini menuntut para guru untuk lebih bersedia dan melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi serta menyediakan inovasi terkini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dijalankan. Pembelajaran dan kemahiran abad ke-21 amatlah dititikberatkan untuk memupuk kemahiran kritis, kreatif dan juga penyelesaian masalah sejak usia kecil. Pendekatan menggunakan permainan interaktif merupakan kaedah belajar melalui bermain yang dapat memberikan pengalaman yang berbeza, unik dan menarik kepada kanak-kanak dan guru. Pendekatan ini juga dilihat berpotensi untuk menjadi salah satu kaedah yang mendapat sambutan dalam kalangan guru bagi mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan mengenai konsep permainan interatif, kelebihan permainan interaktif serta aplikasi permainan interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.
Kata kunci: permainan interaktif, pengajaran dan.....