UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

1
Abstract
Tujuan utama kajian ilmiah ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti profil dan mengkaji hubungan daya horizontal dan vertikal, kuasa dan halaju yang dihasilkan oleh atlet MASUM Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSl). Kesemua sembilan orang atlet pecut UPSl pada tahun penyelidikan dijalankan, yang terdiri daripada empat orang lelaki dan lima orang wanita telah secara sukarela terlibat sebagai subjek penyelidikan ini. Subjek telah diminta untuk melakukan dua jenis lompatan, iaitu lompatan vertikal dan lompatan horizontal dengan aksi lakuan dirakamkan dengan kamera video. Satu lompatan terbaik daripada dua percubaan bagi setiap kaedah lompatan telah dipilih untuk dianaJisis. Rakaman video tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Kinovea bagi memperolehi data asas untuk pengiraan asas daya, kuasa dan halaju bagi arah horizontal dan vertikal. Dapatan menunjukkan purata profil daya, kuasa dan halaju bagi kedua-dua arah horizontal dan vertikal oleh kesemua subjek adalah norma.....
Thesis Published 2014 1355 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.