AbstractPenggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran Dunia Muzik di bilik darjah adalah bertujuan untuk memberi pengalaman muzikal secara hands-on. Menurut Bahagian Perkembangan Pembangunan Kurikulum (BPPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), selain memberi pengalaman muzikal, pembelajaran rekoder juga dapat mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal. Sejak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada tahun 2012, pembelajaran rekoder dalam subjek Dunia Muzik terus diberi keutamaan dan diperkasakan iaitu pembelajaran rekoder bermula pada Tahun 3 yang bermula pada tahun 2013. Pihak BPPK juga turut menyediakan Modul Panduan Pengajaran untuk kegunaan guru supaya dapat membantu dalam melaksanakan proses pengajaran dengan lebih efisyen dan berkesan. Dalam pada itu, pada masa kini penempatan guru opsyen muzik di sekolah rendah masih tidak mencukupi. Kekurangan ini menyebabkan guru bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran Dunia Muzik. Ini menjadi masalah.....