UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu Pembangunan Model Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kurikulum Pemakanan Seimbang Bagi Pelajar Sekolah Menengah. Kajian ini menggunakan kaedah kajian reka bentuk dan pembangunan yang diperkenalkan oleh Richey dan Klien. Kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa implementasi dan penilaian. Fasa analisis keperluan bertujuan bagi mendapatkan tahap keperluan 601 orang pelajar dan 176 orang guru sekolah menengah terhadap pembinaan model dan isi kandungan model melalui soal selidik yang diedarkan. Fasa kedua bertujuan bagi mengumpul elemen melalui temu bual dan perbincangan bersama-sama 15 orang pakar dan seterusnya membina model melalui kaedah Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive Structural Modeling (ISM) bersama 15 orang pakar dipilih. Fasa terakhir kajian bertujuan bagi mendapatkan nilai kesepakatan 48 pakar (pendidik sekolah menengah dan pens.....
Thesis Published 2023 1829 hits Limited
3
Abstract
Pedagogi Terbeza merupakan pendekatan pengajaran kontemporari yang memanfaatkan kepelbagaian murid di bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan Pedagogi Terbeza dalam pembentukan karakter kepimpinan murid serta mengenal pasti kebolehgunaan Pedagogi Terbeza dalam pembentukan karakter kepimpinan murid sekolah rendah. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan protokol temu bual separa struktur. Sampel kajian terdiri daripada 2 orang guru pelatih IPGM Kampus Raja Melewar. Dapatan kajian menunjukkan Pedagogi Terbeza dapat membina karakter kepimpinan murid seperti hormat menghormati dan bekerjasama. Secara spesifik, murid didapati lebih menghargai kepelbagaian rakan sebaya dan lebih cenderung untuk bekerjasama dalam aktiviti kumpulan. Dapatan juga menunjukkan Pedagogi Terbeza boleh digunakan dalam pembentukan karakter kepimpinan kerana ia dapat memberi keseronokan kepada murid dan memberi impak yang positif seperti wujudnya toleransi antara guru da.....
Article Published 2024 753 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.