UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan satu model pengajaran yang menyokong pemerolehan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research, DDR) digunakan, melibatkan tiga fasa utama: analisis keperluan, pembangunan model pengajaran, dan penilaian keberkesanan model. Kaedah kajian menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif melalui analisis dokumen, senarai semak, soal selidik serta temu bual bersama guru dan pakar dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Dalam fasa pertama, analisis keperluan melibatkan 40 pelajar dan 15 guru, dan mendapati pelajar kurang menggunakan strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang sesuai untuk kemahiran mendengar. Hal ini mengesahkan keperluan bagi satu model pengajaran yang sistematik. Fasa kedua memfokus kepada pembangunan dan penilaian kesahan model yang dinamakan Model PKM BMPK, yang menggabun.....
Thesis Published 2025 266 hits Available
2
Abstract
Penyelidikan ini adalah untuk menyelidik penglibatan dan peranan golongan wanita dalam perjuangan Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya dari tahun 1949 hingga tahun 1989. Tempoh masa empat puluh tahun ini memperlihatkan keaktifan mereka dalam segala aktiviti Rejimen Ke-10. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan memberi penekanan terhadap analisis dokumen di Jabatan Arkib Negara Malaysia, perpustakaan pusat-pusat pengajian tinggi, dan di perpustakaan Kementerian Dalam Negeri. Selain itu, temu ramah juga dijalankan dengan bekas-bekas kader Rejimen Ke-10 yang masih hidup kerana mereka adalah saksi yang terlibat secara langsung dalam perjuangan Rejimen Ke-10. Dapatan kajian membuktikan dan menunjukkan bahawa wanita memainkan peranan yang amat penting dalam perjuangan Rejimen Ke-10 dalam membantu pasukan mereka bagi mencapai matlamat perjuangan. Kajian ini juga amat jelas menunjukkan bahawa wanita dalam Rejimen Ke-10 memberi sumbangan yang amat penting dan boleh dianggap sebagai tulang.....
Thesis Published 2013 286 hits Available
3
Abstract
Artikel ini bertujuan menyorot pemikiran Sayyid Qutb dalam konteks idealisme yang dikembangkannya dalam gerakan Ikhwan al-Muslimin. Fikrahnya mempengaruhi secara meluas jaringan aktivis dan penggerak Ikhwan di setiap peringkat dan menyumbang kepada penggemblengan dan pembentukan saf dan lapisan kader yang kental yang membentuk kekuatan dan tenaga penggeraknya yang penting. Kajian ini dibangunkan berasaskan metode sejarah, yang meliputi empat tahap, yakni heuristik, kritik sumber, interpretasi, dan historiografi. Temuan kajian merumuskan bahawa Sayyid Qutb telah meninggalkan legasi dan pengaruh intelektualnya yang instrumental dalam pergerakan Ikhwan di mana karya-karya dan penulisannya yang produktif telah menyumbang kepada pembentukan idea dan kefahamannya yang menjadi rujukan dan teks wajib dalam gerakan. Ia menjadi sumber inspirasi dalam perjuangan Ikhwan yang dicetuskan dari idealisme dan fikrah yang dilontarkannya tentang aktivisme politik Islam, yang signifikan dan bermakna dalam.....
Article Published 2024 288 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.