AbstractKajian ini menganalisis kemarau dan sifat-sifatnya di lembangan Sungai Langat, Selangor. Luahan aliran rendah sungai dianalisis menggunakan nilai purata luahan harian (Qmean) manakala bagi peristiwa kemarau, persentil 70 (Q70) digunakan sebagai paras ambang. Luahan sungai yang mempunyai tempoh berbeza dari empat stesen iaitu Lui, Rinching, Kajang dan Dengkil telah digunakan untuk mengkaji kemarau. Statistik deskriptif, ujian trend Mann-Kendall Z, kecerunan Sen, ujian kekerapan, statistik Z, ANOVA sehala, regresi/korelasi dan Kendall digunakan dalam analisis. Hasil kajian menunjukkan purata tempoh aliran rendah adalah 9,780 hari (64.8%). Tempoh ini menyumbangkan 38.6% daripada keseluruhan luahan dalam tempoh kajian. Sebanyak 32 tahun mengalami kemarau. Tahun-tahun di mana kesemua stesen dilanda kemarau ialah 1978, 1980, 1982, 1983 dan 1999. Sebanyak 92 peristiwa kemarau telah direkodkan bagi semua stesen semasa tempoh kajian di mana kebanyakan landaan lebih tertumpu antara tahun 1976 â€.....