UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

12260 record(s) found

1
Abstract
Adequate fluid consumption is central to human survival. Previous literature suggests that there  some misconceptions regarding hydration and fluid balance in some populations. Available data also  show that the role of thirst sensations in maintaining fluid balance in different settings is also  equivocal. Therefore, this thesis aimed to examine the perception of hydration, thirst and fluid  intake in free-living populations, to examine the feasibility of thirst as a marker of hydration  status and to investigate the effect of thirst related sensations on fluid balance in resting and  exercising individuals under different ambient temperatures. The findings in this thesis (Chapter  3) show that individuals who work within the fitness industry demonstrated substantial knowledge  about drinking practices, hydration status and health consequences of water consumption,  but lack  understanding on the type of beverages that adequat.....
Thesis Published 2010 3 hits Available
2
Abstract
Kertas kerja ini membicarakan tentang unsur emosi yang terdapat dalam novel KOMSAS terpilih. Dalam kajian ini kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif, iaitu kaedah analisis teks. Kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis unsur emosi yang diungkapkan oleh pengarang dalam setiap karya yang dihasilkan. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati novel-novel ini pelbagai jenis emosi, iaitu emosi positif dan emosi negatif. Dalam konteks kehidupan, manusia tidak pernah terlepas daripada menghadapi masalah hidup, begitu juga permasalahan dalam kalangan remaja. Sehubungan itu, kajian ini bertunjangkan kepada unsurunsur emosi yang berlaku dalam kehidupan remaja dengan menggunakan pendekatan psikologi. Kata Kunci psikologi; novel; remaja; emosi; KOMSAS..
Article Published 2015 11 hits Available
3
Abstract
Pertembungan budaya dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa sering memberi kesan yang pelbagai. Interaksi masyarakat pengamal budaya yang berbeza-beza ini akan pengaruh mempengaruhi di antara satu sama lain dan dalam satu jangka waktu yang panjang, pengaruh asing itu akan membudaya dan meresap dalam amalan masyarakat yang dipengaruhinya. Bahasa merupakan salah satu daripada unsur yang sering pengaruh - mempengaruhi masyarakat yang bertembung sehingga menimbulkan fenomena pinjam meminjam bahasa. Peminjaman ini boleh dilihat dari dua sudut iaitu pinjaman secara formal yang diusahakan oleh badan yang berautonomi dalam hal kebahasaan ataupun penggunaan bahasa atau bahasa-bahasa asing secara sewenang-wenangnya dalam kalangan masyarakat pengguna sesuatu bahasa sebagai gejala alih kod dan percampuran kod. Di samping bahasa Melayu (BM) yang telah menerima pengaruh bahasa-bahasa asing, masyarakat Cina dan India yang hidup di samping masyarakat Melayu di Singapura juga telah dipengaruhi oleh .....
Article Published 2015 10 hits Available
4
Abstract
Dalam penulisan novel, pengungkapan disampaikan oleh pengarang dalam bentuk naratif atau penceritaan dan diselangi dengan perbualan watak-watak. Pengungkapan yang disampaikan secara simbolik menggunakan kaedah antaranya satira, kiasan dan perlambangan berpandukan situasi masyarakat pengarang dan juga dipengaruhi latar zaman ketika karya tertentu dihasilkan. Pengungkapan secara simbolik yang mengandungi perlambangan dalam karya bertujuan untuk mendidik, menegur, dan mengusulkan pemikiran kritis kepada pembaca. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti unsur-unsur dalam pengungkapan keperibadian secara simbolik yang dalam dua buah novel menggunakan berpandukan pandangan daripada teori semiotik Pierce. Pendekatan semiotik memerlukan penganalisis mencari penggunaan tandatanda dalam sesebuah karya. Tanda-tanda tersebut diungkap melalui penanda, mengikut paradoks dan kontradiksi penggunaan stail dan mekanisme penciptaan sesebuah karya yang dikuasai oleh pengarang. Analisis menggunakan semioti.....
Article Published 2015 10 hits Available
5
Abstract
Penulisan ini membincangkan pengaruh Islam, Arab dan Parsi dalam inovasi sistem tulisan Jawi oleh orang Melayu. Perbincangan dimulai dengan mengetengahkan imej tulisan yang pernah digunakan di Alam Melayu sehingga membawa kepada kemunculan tulisan Jawi. Pembuktian tentang kewujudan pengaruh Arab dan Parsi dalam tulisan Jawi dijelaskan menerusi susur galur kedua-dua bahasa tersebut di samping penjelasan berhubung pengaruh agama Islam. Hasil perbincangan ini menunjukkan pengaruh Arab paling dominan dalam inovasi tulisan Jawi kerana sebahagian besar huruf Jawi berasal daripada huruf Arab manakala, pengaruh Parsi telah melahirkan huruf-huruf tambahan bagi menyesuaikan dengan keperluan bahasa Melayu. Di samping itu, penciptaan empat huruf gubalan Melayu menjadi manifestasi kepada kebijaksanaan orang Melayu untuk memenuhi keperluan bahasanya. Kedatangan Islam pula merupakan faktor pencetus dan penolak kepada perkembangan tulisan Jawi kerana tulisan ini dikaitkan sebagai tulisan agama. Kata .....
Article Published 2015 8 hits Available
6
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk memetakan struktur peristiwa kesopanan berbahasa dalam novel Melunas Rindu, iaitu teks Komsasyang digunakan oleh para murid Tingkatan 4 Zon 4 di negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Analisis yang dilakukan akan memaparkan pemetaan struktur peristiwa kesopanan berbahasa yang digunakan dalam data kajian berdasarkan dialog watak utama dan watak sampingannya dalam bab 16 novel ini. Kajian ini akan mengaplikasikan kombinasi model kesopanan Leech (1983) dan model kerjasama Grice (1975) yang membentuk Model Pola Kombinasi Maksim Umum (MPKMU). Antara kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah analisis teks dan kaedah kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan pemetaan struktur peristiwa kesopanan berbahasa memperlihatkan struktur yang bervariasi bertitik tolak daripada faktor objektif komunikasi yang berbeza-beza. Kesimpulannya, kombinasi keduadua model kesopanan ini telah memanifestasikan kesopanan berbahasa dalam peristiwa Melunas Rin.....
Article Published 2015 10 hits Available
7
Abstract
Objektif kajian ialah meneliti ciri-ciri intelektual, menganalisis nilai-nilai intelektual serta mengkaji gaya kepengarangan Ismail Kassan. Kajian ini menggunakan teori Teksdealisme janaan Mana Sikana yang diasaskan pada tahun 1993. Terdapat empat prinsip utama dalam teori tersebut iaitu prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keperibadian pengarang. Hasil kajian mendapati Pelayaran Inderaputera II mempunyai perkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua. Dapatan kajian menunjukkan drama Pelayaran Inderaputera II, mempunyai persamaan dan perbezaan dengan Hikayat Inderaputera. Persamaannya ialah dari aspek nama watak dan latar tempat. Manakala perbezaannya ialah dalam penggunaan gaya bahasa, plot dan teknik penceritaan. Kesimpulannya, drama Pelayaran Inderaputera II memberi impak kepada khalayak kerana wujud aliran surealisme dalam drama Melayu yang menyumbang kepada sejarah perkembangan drama .....
Article Published 2015 9 hits Available
First Prev
Page 1 of 1226

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.