UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

17 record(s) found

1
Bulletin Published 2023 255 hits Available
2
Abstract
Tesis ini memfokuskan pembangunan dan amalan sistem notasi tari rakyat Melayu melalui kajian kes Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Dalam pengajian tari tempatan, literatur yang berkaitan dengan notasi tari adalah amat terhad dan hal ini menyebabkan berlakunya limitasi terhadap pemahaman peranan serta fungsi notasi tari dalam mempromosikan keberlangsungan tari rakyat Melayu. Melalui metodologi kualitatif seperti etnografi dan analisis struktural gerak, tesis ini mengidentifikasikan pelbagai kaedah pengnotasian yang sedia wujud di Semenanjung Malaysia serta menerangkan kepentingan notasi tari dalam menyampaikan struktur dan bentuk tari rakyat Melayu. Tesis ini menunjukkan penciptaan notasi daripada YWJ dan JKKN menjadi satu proses yang berwaspada dan fleksibel apabila pihak pengasas dapat memilih dan mengintegrasikan pelbagai kaedah notasi seperti deskripsi, ilustrasi serta adaptasi daripada Labanotasi demi merakamkan dan melestarikan repertoi.....
Thesis Published 2022 289 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang ragam hias seni Kalong Orang Ulu di Belaga yang merangkumi bentuk, simbol-simbol dan motif-motifnya dalam konteks masyarakat Orang Ulu. Seni kraf Orang Ulu yang berasaskan Kalong terkandung di dalamnya falsafah dan nilai-nilai pendidikan dalam kehidupan masyarakatnya yang diwarisi sejak dari turun temurun. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Pengkaji telah memilih daerah Belaga di Sarawak sebagai pusat kajian. Pemerhatian dan kajian lapangan telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, rakaman gambar, rakaman audio dan analisis dokumen yang diperoleh daripada penulisan artikel dan jurnal-jurnal berkaitan. Analisis data dilakukan dengan menggunakan model interaktif oleh Miles dan Huberman. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa seni Kalong Orang Ulu yang merangkumi seni kraf, peralatan dan binaan masih mempunyai falsafah dan simbol yang bermakna dalam penghayatan dan pemahaman.....
Thesis Published 2022 1762 hits Available
4
Abstract
Magis merupakan dogma utama yang mendasari hikayat-hikayat Melayu zaman transisi (Hindu-Islam). Magis ialah gambaran terhadap perkara-perkara luar biasa yang berada di luar kotak pemikiran manusia. Hal ini diterima dalam konteks kebudayaan Melayu tradisi terutama dalam cerita-cerita hikayat Melayu. Walaupun diterima dalam konteks tradisi, unsur magis lebih dianggap suatu perkara yang tidak nyata tanpa mengambil kira fungsi magis dalam memberikan kesan katarsis kepada khalayak. Kajian ini meneliti unsur magis melalui gaya bahasa pengarang berupaya meransang emosi-emosi tertentu dan memberikan kesan katarsis kepada khalayak. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama, iaitu mengenalpasti unsur magis melalui gaya bahasa pengarang dalam hikayat Melayu pilihan, menganalisis unsur magis berdasarkan gaya bahasa pengarang melalui model GTRFK dan merumuskan kepentingan magis kepada bidang kajian kesusasteraan Melayu tradisional. Kajian ini memusatkan penelitian kepada dua kaedah, iait.....
Thesis Published 2022 5301 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memupuk potensi diri murid sekolah rendah yang berkemampuan untuk berjaya sekiranya diberi peluang dan dibimbing dengan cara yang sewajarnya. Kajian ini menepati dan menyokong dasar Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) dan Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang telah mewujudkan Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB) yang bertujuan untuk memberikan bimbingan, asuhan, latihan, pemupukan dan pengukuhan tanpa mengira kaum, etnik dan jantina. Kajian ini dijalankan melalui suatu bengkel teater advokasi yang mana prosesnya melibatkan aktiviti latihan teater bersandarkan modul teater (PBSB) bersama murid sekolah rendah yang terpilih di Tawau, Sabah yang dipimpin oleh jurulatih terlatih JKKN. Bengkel ini berlangsung dalam masa 2 hari. Kajian ini mengaplikasi “Teori Kecerdasan Pelbagai” dan berpandukan pada kerangka teater yang difokuskan melalui pemilihan murid dan seterusnya proses memupuk potensi murid melalui kemahiran komunikasi dan hasilnya akan dipe.....
Thesis Published 2022 1647 hits Available
6
Abstract
Seni cetakan merupakan satu cabang seni halus yang tumbuh seiring dengan perkembangan seni rupa moden Malaysia. Pasca merdeka, memperlihatkan gagasan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971 memberi pengaruh besar dalam dunia seni rupa moden Malaysia dalam mengimbagi isu budaya tempatan dan sosial. Intipati visual di dalam karya seni cetak turut dipengaruhi dengan perlambangan simbol dari subjek alam dan persekitaran bagi menyampaikan mesej budaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti fungsi imej katak dalam karya seni cetakan konvensional. Penulisan ini adalah untuk menganalisis serta mengkaji konteks dan makna subjek katak sebagai suatu simbol dalam karya seni cetakan. Pendekatan kajian menggunakan kaedah kualitatif yang dijalankan dengan cara pengumpulan data primer dan sekunder melalui observasi, temubual dan dokumentasi. Tiga buah karya cetakan konvensional yang memaparkan imej katak dipilih untuk di analisis. Hasil dapatan mendapati penggunaan simbol haiwan katak didalam karya .....
Article Published 2022 877 hits Available
7
Abstract
Kertas kerja ini adalah penelitian terhadap perkembangan seni arca dalam persekitaran sejarah dan kebudayaan Malaysia. Pembangunan rekabentuk seni 3-dimensi yang merentasi beberapa siri peralihan, telah menyaksikan pengalaman negara menempuh pelbagai transformasi politik, agama dan sosial bermula dari zaman prasejarah, kolonialisasi, dan era pasca merdeka sehingga hari ini. Rantaian ini menghubungkan faktor-faktor sejarah, fenomena dan budaya dalam pembentukkan seni arca. Penelitian terhadap budaya dan seni kolonial di era Hindu-Buddha, Barat dan Islām dan perkembangannya merupakan kronologi sejarah yang membawa inovasi dan pemikiran baru terhadap rekabentuk 3-dimensi dalam kesenian Melayu tradisional...
Article Published 2022 1107 hits Available
8
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk menganalisis sejarah migrasi orang Cina ke Pulau Pinang dan bentuk serta fungsi sosial Persatuan Cina di Pulau Pinang dalam membina susunan sosial masyarakat Cina di Pulau Pinang pada sekitar abad ke-18 sehingga abad ke-20. Persatuan tersebut merupakan unsur penting dalam membina struktur sosial masyarakat Cina ketika mereka berhijrah ke penempatan baharu. Migrasi masyarakat Cina mempunyai jalur sejarah yang panjang. Gelombang migrasi terpenting yang mempengaruhi landskap sosioekonomi di rantau ini berlaku pada sekitar abad ke-18 sehingga awal abad ke-20. Sejak abad ke-18, orang Cina telah bermigrasi ke Pulau Pinang dalam jumlah yang agak besar atas sebab keperluan ekonomi. Satu fenomena penting yang wujud akibat gelombang migrasi tersebut ialah pembentukan masyarakat yang saling membantu sehingga mewujudkan persatuan Cina. Penubuhan persatuan Cina yang berasaskan kepada kekeluargaan, lokaliti, dialek, dan profesion telah memainkan peranan penting melalui fu.....
Article Published 2022 599 hits Available
9
Abstract
Pembelajaran terhadap tarian Melayu Zapin merupakan satu seni tari penting yang perlu disemai dalam jiwa kanak-kanak. Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 dalam aspek pendidikan telah menyatakan hasrat untuk meningkatkan penghayatan dan apresiasi terhadap seni, budaya dan warisan negara untuk setiap peringkat pendidikan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga menjustifikasi, kanak-kanak perlu mendapat pengetahuan am mengenai sejarah, bidang seni dan muzik. Maka, kurikulum pendidikan praskolah harus diperkemaskan dengan menambah baik kualiti pembelajaran kanak-kanak menerusi tarian tradisional Melayu Zapin agar kesenian budaya ini akan terus terpelihara. Satu kajian analisis keperluan dijalankan untuk mengenal pasti keperluan guru prasekolah terhadap pembangunan modul tarian tradisional Melayu Zapin dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk kajian ini adalah jenis tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan di .....
Article Published 2023 551 hits Available
10
Abstract
Ensembel muzik Tumbuk Kalang ialah sebuah genre muzik tradisional Melayu yang memiliki latar belakang sejarah dan corak persembahan yang tersendiri. Penyelidikan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memartabatkan ensembel muzik Tumbuk Kalang yang telah menjadi warisan bagi bangsa Melayu di Negeri Sembilan. Ia sebagai sebuah bentuk kebudayaan yang dipelajari oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan daripada generasi ke generasi secara informal atau non-formal. Ia telah mula tenggelam akibat pelbagai perubahan perilaku masyarakat yang berlaku mengikut perkembangan zaman. Oleh hal yang demikian, penyelidikan ini merupakan satu kerangka yang telah meneliti aspek-aspek teknik dan estetik ensembel muzik Tumbuk Kalang dan distrukturkan dengan ilmu pendidikan muzik sehingga dibangunkan bahan multimedia interaktif yang dapat digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah semasa aktiviti kokurikulum. Penyelidikan ini melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan soal.....
Article Published 2023 368 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.