UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 6131
12024
Article
Cabaran pelajar kelainan upaya masalah penglihatan (OKUMP) dalam mempelajari ilmu qiraat di darul quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Noraini Farhanah Ismail
Darul Quran JAKIM merupakan satu institusi pengajian tahfiz yang banyak melahirkan para pelajar menghafal al-Quran dengan kurikulum yang sistematik. Menariknya, para pelajar dan graduan di institusi ini turut meliputi golongan orang kurang upaya (OKU). Walau bagaimanapun, pelajar Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) di Darul Quran, JAKIM merupakan golongan minoriti yang mempelajari ilmu Qiraat. Pelajar OKUMP yang mengikuti program Diploma Tahfiz wal Qiraat perlu mempelajari ilmu Qiraat di semester satu dan dua. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh OKUMP dalam mempelajari ilmu Qiraat. Pengkaji menggunakan metode kajian iaitu kualitatif melalui temubual secara atas talian bagi mengetahui cabaran yang dihadapi oleh pelajar OKUMP dalam mendalami ilmu Qiraat. Seramai 16 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan alumni OKUMP Darul Quran telah memberi respon dan kerjasama yang baik sepanjang kajian dijalankan. Hasil kajian mendapati tiga cabaran ut.....

8 hits

22024
Article
Sumbangan pertubuhan harakah islamiah (HIKMAH) dalam memperkasa program dakwah mualaf di pedalaman Sarawak
Mohd. Zuhaili Kamal Basir
Sarawak terkenal sebagai sebuah wilayah Sarawak terbina dari pelbagai suku, etnik dan agama menerusi proses asimilasi dan akomodasi budaya serta perkahwinan campur. Kedudukan komuniti mualaf atau mualaf di tengah-tengah kepadatan penduduk Sarawak turut menyumbang ke arah perkembangan dakwah Islam di Sarawak. Salah satu badan dakwah yang aktif dan bersifat aktivis di Sarawak adalah Pertubuhan Harakah Islamiah (HIKMAH) yang membantu mengurus dan mengendalikan program-program dakwah mualaf di kawasan pedalaman. Penubuhan HIKMAH telah menjadi pemangkin ke arah usaha dakwah di pedalaman melalui program dakwah bercorak pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menelusuri perkembangan pertubuhan terbabit dan sumbangannya dalam memperkasa program-program bimbingan dan kemasyarakatan di Sarawak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif iaitu analisis dokumen, jurnal, laporan aktiviti. Hasil kajian mendapati Pertubuhan Harakah Islamiah (HIKMAH) ko.....

10 hits

32024
Article
Penggunaan Ilmu Qira’at dalam Ayat Hukum berdasarkan Tafsir Al-Quran di Nusantara
Sukhairu Sulaiman
Pentafsiran ayat al-Quran oleh ulama Nusantara mempunyai pelbagai pendekatan dalam menghuraikan sesebuah ayat al-Quran termasuklah ilmu Qiraat. Kebanyakan karya tafsir yang ada di Nusantara menghuraikan maksud dari ayat al-Quran dan perkara-perkara lain yang berkaitan tanpa menghuraikan khilaf Qiraat yang wujud pada ayat tersebut. Kajian ini memfokuskan penggunaan ilmu Qiraat dalam tafsir al-Quran di Nusantara iaitu Turjuman al-Mustafid, Tafsir Nur al-Ihsan dan Marah Labid yang merupakan hasil karangan ulama Nusantara. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ayat-ayat hukum di dalam al-Quran yang mengandungi khilaf Qiraat yang dikemukakan oleh mereka dengan metode yang tersendiri. Kajian yang bersifat kualitatif ini dilakukan dengan menganalisis maklumat yang diperolehi dari sumber primer dan juga sekunder. Kajian mendapati sebanyak 99 tempat di dalam tafsir ini yang membincangkan mengenai ilmu Qiraat samada dari aspek akidah, akhlak dan fiqh yang merangkumi soal ibadah, munakahat, mua.....

6 hits

42024
Article
Pembinaan dan pengesahan soal selidik pembudayaan inovasi pengajaran guru pendidikan islam sekolah rendah TS25
Siti Hazlini Haris
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengesahkan soal selidik Pembudayaan Inovasi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) berdasarkan analisis faktor. Berdasarkan penerokaan kajian lepas, konstruk dan item yang dikenalpasti menyumbang kepada Pembudayaan Inovasi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah TS25 berjaya dibangunkan. Soal selidik telah disahkan melalui kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen yang melibatkan 9 orang pakar, manakala kesahan konstruk dan kebolehpercayaan Alpha Cronbach serta faktor analisis instrumen telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 26.0. Seramai 120 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah TS25 terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati keputusan ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Bartlett terhadap semua angkubah adalah signifikan dengan nilai KMO=0.911 (p = 0.000), yang menunjukkan nilai 0.90 ke atas adalah amat baik. Keputusan.....

8 hits

52024
Article
Pelaksanaan wakaf golongan bukan islam menurut perspektif sarjana islam era pemerintahan ‘Uthmaniyyah
Nur Ainul Basyirah Alias
Amalan wakaf sememangnya merupakan amalan Islam yang bertujuan memberikan kebajikan kepada masyarakat. Ia sentiasa dipelopori oleh umat Islam di setiap wilayah pemerintahan Islam sedangkan para pewakaf tidak disyaratkan mesti beragama Islam. Walau bagaimanapun, jumlah wakaf yang dilakukan oleh orang bukan Islam ketika pemerintahan ‘Uthmaniyyah amat signifikan sama ada kepada kelompok agama mereka atau diberikan kepada manfaat umum. Oleh itu, perbincangan ini bertujuan untuk meneliti konsep & pelaksanaan wakaf golongan bukan Islam yang pernah dicatatkan pada era ‘Uthmaniyyah. Kajian ini menggunakan metode kajian kepustakaan dalam mengumpulkan data daripada pelbagai sumber yang berautoriti dan dianalisis menggunakan pendekatan tematik. Kajian mendapati bahawa amalan wakaf orang bukan Islam di dalam pemerintahan ‘Uthmaniyyah telah dilaksanakan dan direkodkan seperti mana wakaf yang dilakukan umat Islam. Golongan bukan Islam turut berwakaf bagi tujuan keagamaan mereka dan juga kebaji.....

10 hits

62024
Article
Gerakan pembaharuan islam analisis terhadap islamic renaissance front (IRF)
Mohammad Firdaus Mohd Ashfari
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan Islamic Renaissance Front (IRF) dalam gerakan pembaharuan Islam melalui pendekatan analisis kritikal. IRF adalah sebuah organisasi pemikir dan pendidikan yang berpusat di Malaysia. Tujuan asal penubuhan adalah untuk meningkatkan pemahaman tentang Islam dengan lebih terbuka, progresif, dan sesuai dengan konteks, serta menentang pemikiran sempit dan ekstremisme yang semakin berkembang dalam kalangan masyarakat Islam. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan IRF mempengaruhi pemikiran pembaharuan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Metodologi kajian ini melibatkan tinjauan literatur terhadap sumber-sumber sekunder yang berkaitan dengan IRF, analisis dokumen, dan penelitian terhadap kenyataan awam dan aktiviti gerakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa IRF memainkan peranan penting dalam merangsang pemikiran pembaharuan dalam masyarakat Islam, namun terdapat kritikan terhadap pendekatan dan metodologi gerakan ini. Dalam masa yang sama,.....

12 hits

72024
Article
Dakwaan unsur Misogoni dalam Hadith oleh Fatima Mernissi Analisis berdasarkan buku ‘The Veil and The Male Elite
Rusni Mohamad
Pengutusan Nabi SAW antaranya bertujuan untuk menghapuskan budaya mendiskriminasikan golongan wanita dalam masyarakat Arab jahiliah seterusnya mengangkat kedudukan mereka. Namun menurut Fatima Mernissi, hadith-hadith Nabi SAW merendahkan kedudukan wanita kerana mendakwa terdapat unsur misogoni dalam banyak riwayat hadith khususnya berkenaan penyebutan hadith tentang wanita, keldai dan anjing seterusnya menolak hadith tersebut kerana telah dimanipulasikan oleh perawi-perawi di peringkat sahabat. Dakwaan ini secara tidak langsung menuduh Nabi SAW merendahkan golongan wanita dan menolak konsep ‘adalah sahabat Nabi SAW. Oleh itu, kajian ini akan merungkaikan dakwaan tersebut berdasarkan riwayat dalam Sahih al-Bukhari khusus berkaitan penyebutan wanita, keldai dan anjing dan menjelaskan fiqh al-hadith keseluruhannya menurut muhaddithīn serta menghuraikan konsep ‘adalah sahabat menurut Ahli Sunnah wal Jamaah dan kedudukannya di sisi Islam. Kajian ini menggunakan metode pengumpulan data .....

19 hits

82024
Article
Analisis kesalahan sebutan Huruf-huruf Al-Quran dalam kalangan pelajar dewasa di Pusat-pusat Pengajian Al-Quran Zon Utara semenanjung Malaysia
Wan Muhammad Hafizuddin Wan A. Halim
Isu kelemahan dalam melafazkan huruf-huruf al-Quran secara sempurna dan tepat dilihat masih berlaku dalam kalangan pelajar dewasa di pusat-pusat pengajian al-Quran walaupun telah melalui bimbingan bacaan al-Quran untuk satu tempoh masa yang tertentu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis huruf-huruf al-Quran yang dilafazkan secara tidak tepat dari sudut makhraj, sifat dan lahjah dalam kalangan pelajar dewasa di pusat pengajian al-Quran dewasa di PPQM Quranic Centre, Tartil Centre dan Al-Jazari Centre. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Data telah dikumpul dengan intrumen set ujian kualiti bacaan dari enam kategori ayat al-Quran yang dijalankan terhadap 70 responden yang terdiri daripada pelajar dewasa yang sedang menyertai program Talaqqi al-Quran Riwayat Hafs One To One di PPQM Quranic Centre, Tartil Centre dan Al-Jazari Centre. Keputusan ujian mendapati 20 huruf yang disebut secara tidak tepat oleh responden yang mana huruf tertinggi adalah huruf Zai.....

21 hits

92024
Article
Sejarah perkembangan Tafsir Al-Qur’an
A. Ahsin
Al-Qur’an merupakan kalamullah serta mu’jizat Nabi Muhammad yang bersifat unik, karenanya disetiap kata yang terdapat dalam Al-Qur’an memerlukan kajian yang mendalam agar mendapatkan esesnsi dari Al-Qur’an tersebut, maka lahirlah ilmu tafsir. Penelitian ini menggunakan metode pustaka (library research) dengan pendekatan kualitatif. Penelitian pustaka dilakukan dengan cara mengumpulkan berbagai informasi yang dibutuhkan dari berbagai sumber seperti catatan, buku, ataupun artikel dan penelitian terdahulu untuk dikaji dan dianalisis. Informasi yang telah ditemukan merupakan data yang akan dikelola, selanjutnya dianalisis untuk mengetahui sejarah perkembangan tafsir. Hasil penelitian Kegiatan menafsirkan Al-Qur’an sudah ada sejak zaman nabi Muhammad hingga zaman modern, kegiatan ini terus berkembang dan dilakukan sebagai bentuk ijtihad para ulama’ dalam menjawab tantangan akhir zaman. Adapun tantangan serta isu-isu yang muncul yaitu isu gender, globalisasi, perubahan sosial h.....

19 hits

102024
Article
Financial inclusion and rural development in Nigeria
Rahaj, Adegboyega Raymond
The failure of the formal banking sector to provide financial services in rural areas in the supply of credit to rural communities to engage in economic activities that may promote rural development is recurring on the development agenda as a persistent issue. In line with the above, it becomes necessary to carry out a study on the impact of financial inclusion on rural development in Nigeria. The study employed Johansen cointegration, Error Correction Model (ECM), and Granger causality test methods of analyses on data collected from the Central Bank of Nigeria and World Bank database from 1981 to 2022 to ascertain both the long and short-run relationships among the variables. The result revealed that both the short and long-run relationships confirmed the significant impact of financial inclusion on rural development in Nigeria. The ECM value of -0.45 is statistically significant and indicates a satisfactory speed of adjustment, indicating that 45 percent of the errors are corrected i.....

18 hits

[First] [Prev] Page 1 of 614 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.