|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 1321 | 2024 Final Year Project | Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Al-Quran menggunakan Kaedah Quran Isyarat bagi komuniti OKU masalah pendengaran di Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang Muhamad Syazwan Sopian Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Al- Quran menggunakan Kaedah Quran Isyarat bagi komuniti OKU masalah pendengaran di Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif berbentuk temu bual. Seramai 7 orang responden telah ditemu bual dan data dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa Kaedah Quran Isyarat menggunakan sistem ujian kognitif, teknik penghuraian, diberikan nota beserta latihan. Tempoh pengajaran kelas singkat, tiada pemilihan pelajar dan pengajaran yang diterapkan mudah difahami serta seronok. Terdapat masalah dan cabaran bagi Kaedah Quran Isyarat seperti masalah kehadiran, masalah kerjasama pelajar, saiz kelas serta kelengkapan kelas tidak mencukupi dan perlu menambah baik latihan. Bagi keberkesanan, terdapat ujian keberkesanan Kaedah Quran Isyarat, pelajar yang mampu mengamalkan Kaedah Quran Isyarat tanpa bantuan dan pelajar yang mampu mengajar Kaedah Quran Isyara..... 616 hits |
| 1322 | 2024 Final Year Project | The relationship between peer pressure and family background on juvenile delinquency among Malaysian teenagers Sashwini Subramaniam The aim of this study is to observe the relationship between peer pressure and family background on juvenile delinquency among Malaysian teenagers. The study adapted correlative research design which is a physical survey that required participants to answer questions through the questionnaire distributed. Peer Pressure Scale (PPS) and Self Reported Delinquency Scale(SRDS) are used in this study. N=150 (n=150 male, n=0 female) participants from Henry Gurney School,Telok Mas Melaka completed the survey that which measure the relationship of peer pressure and family background on juvenile delinquency. The Pearson correlation between peer pressure and juvenile delinquency showed a positive correlation (r=.333, p.. 386 hits |
| 1323 | 2024 Thesis | Analisis dan aplikasi kandungan buku teks Pendidikan Moral KSSM Kogindran Solumuthu Kajian ini bertujuan untuk meneroka secara kritis kandungan buku teks Pendidikan Moral KSSM dari aspek teori perkembangan moral, pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Buku teks Pendidikan Moral KSSM Tingkatan 4 digunakan untuk menganalisis kandungannya dengan menggunakan kaedah Hermeneutik. Manakala bagi aplikasi kandungan buku teks di dalam bilik darjah, sesi temu bual dijalankan melibatkan 8 orang peserta kajian. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan dalam memilih setiap peserta kajian. Sebanyak 8 sesi pemerhatian PdP Pendidikan Moral telah dijalankan. Data-data temu bual dan pemerhatian dianalisis menggunakan teknik analisis tema. Dapatan kajian menunjukkan teori perkembangan moral kurang dijelaskan secara tersurat dalam buku teks Pendidikan Moral. Teori perkembangan moral juga tidak dinyatakan secara seimbang mengikut dimensi penaakulan moral, emosi mor..... 776 hits |
| 1324 | 2010 Thesis | Ke mana hala tuju Komsas Aziawati Abdul Aziz Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumat dan rumusan tentang hala tuju Komsas selepas
berlakunya penukaran buku teks 2010 yang menolak karya Sasterawan Negara sebagai teks dan
memuatkannya dengan karya penulisan pop atau picisan. Kajian dilakukan di lima buah sekolah yang
terdapat di daerah Seberang Perai Selatan. Responden terdiri daripada dua puluh lima orang guru
yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan tujuh puluh lima lagi responden adalah
para pelajar. Penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik bagi mendapatkan maklum
balas di atas kajian yang dilakukan. Berdasarkan kajian, didapati bahawa buku teks 2010 mampu
menarik minat para peJajar untuk belajar, namun impaknya ialah kualiti pembacaan para
pelajar kurang bermutu dan kejelasan hala tuju sebenar penerapan Komsas ke dalam Bahasa Melayu
kabur. Semoga kajian ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan sebagai landasan dalam melakukan atau..... 165 hits |
| 1325 | 2004 Thesis | Terra Sigillata - permanfaatan bahan tempatan sebagai bahan pewarna alternatif dalam penghasilan produk seramik Zaidi Wasli Kajian ini merupakan "studio experimental research". Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan
bahan pewarna alternatif dalam penghasilan produk seramik. Ia menjurus kepada usaha meningkatkan
kualiti bahan "terra sigillata" dengan menggunakan tanah liat tempatan untuk menyamai atau lebih
baik dari licau konvesional. Sampel bahan (tanah liat) diperoleh dari kawasan sekitar Daerah Batang
Padang dan tiga lokasi telah dipilih iaitu bukit, tebingan sungai dan paya.
Setiap proses, ujian dan keputusan dinilai dan disahkan bersama oleh pakar tempatan. Terdapat dua
jenis instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data iaitu, peralatan makmal yang terdapat di
bengkel seramik Fakulti Seni Dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Borang laporan makmal
pula digunakan untuk merekod setiap proses, ujian, keputusan dan pengesahan penyelia. Pengkaji
berharap dapatan kajian ini dapat membantu guru Pendidikan Seni dan para pendidik menyelesaikan
masalah dalam proses ..... 214 hits |
| 1326 | 2004 Thesis | Perkaitan antara minat dan budaya membaca dengan kebolehan berbahasa pelajar yang digambarkan dalam penulisan karangan Latifah Harun Kajian ini bertujuan mengkaji perkaitan antara minat dan budaya membaca dengan kebolehan berbahasa
pelajar yang digambarkan dalam penulisan karangan. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar
Tingkatan 4 di Seko)ah Menengah Kebangsaan Senawang 2, Seremban, Negeri Sembilan. Sebanyak 60
responden Melayu yang terdiri daripada 30 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan dipilih secara
rawak. Alat kajian berupa satu set borang soal selidik, pemerhatian, temu bual pengkaji dengan
responden dan guru bahasa Melayu dan markah ujian bulanan penulisan karangan. Dapatan kajian
dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan. Data yang diperolehi mengenal pasti faktor yang
mempengaruhi pelajar menghasilkan karangan yang baik (berkualiti). Tujuh faktor yang berkait
rapat dengan kemahiran menulis karangan iaitu latar belakang keluarga, status sosio ekonomi, sikap
dan minat, kekerapan membaca pelbagai bahan bacaan, jenis bahan bacaan yang dibaca, faktor
persekitar..... 221 hits |
| 1327 | 2014 Thesis | Asas pergendangan Kelantan dalam Mak Yong Yap, Eng Sim Kesenian tradisional dilihat semakin hilang ditenggelami era teknologi dan globalisasi masa kini. Ini amat kritikal kerana pengiat atau pewaris kesenian tradisional juga semakin berkurangan, sama ada ditelan dek umur atau meninggal dunia. Adalah amat penting bagi kita memulihara dan memastikan kesenian tradisional warisan ini terus wujud. Ia melambangkan identiti Negara kita yang unik. Sebuah Negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum peribumi. Kesenian tradisi ini merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya pada bangsa dan Negara kita. Dalam sistem pendidikan di sekolah, pendidikan muzik banyak mengunakan sistem pendidikan muzik dari barat. Menurut Zaharul Lailidin Saidon (14:2009), amalan pendidikan muzik di Malaysia masih berorientasikan dan berkisar secara eksklusif sekitar tradisi muzik klasikal barat. Walaupun pada masa kini terdapat kesedaran yang wujud dalam pendidik untuk menggunakan sumber kesenian tradisional sebagai bahan pen..... 240 hits |
| 1328 | 2012 Thesis | Tahap pemahaman pendidikan multibudaya dalam kalangan guru di sekolah menengah Md Zaini Saaid Pengetahuan, kemahiran, sikap dan amalan merupakan elemen penting yang disarankan oleh Byram (1997) dalam teorinya berkaitan pendidikan multibudaya. Para guru perlu dilengkapkan dan didedahkan dengan elemen-elemen tersebut melalui latihan perguruan dan program-program berkaitan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matlamat pendidikan multibudaya yang bertujuan menghindari prejudis terhadap perbezaan etnik serta membina sikap positif terhadap perbezaan etnik. Kajian ini meneliti dan mengenalpasti pemahaman guru mengenai pendidikan multibudaya yang diamalkan di sekolah. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 16, Bandar Tun Abd Razak, Jengka, Maran, Pahang. Elemen pendidikan multibudaya seperti pengetahuan, kemahiran, sikap dan amalan merupakan fokus utama pengkaji yang berpandukan kepada model Byram (1997). Soal selidik digubal oleh pengkaji digunakan sebagai instrumen utama kajian. Soal selidik yang menggunakan skala likert ini mengandung..... 230 hits |
| 1329 | 2023 Thesis | "Pantok Variasi" pengembangan tema melodi Tongkek dengan menggunakan pendekatan teori Leonstein Muhammad Alfian Nur Khair Bedodok adalah tradisi khas _membangunkan sahur_ di bulan Ramadhan di Kampung Pancor, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat (NTB). Tradisi Bedodok dimainkan dengan alat muzik Tongkek yang mempunyai corak tema melodi tersendiri. Namun, rujukan dan dokumentasi berkaitan corak tema melodi Tongkek amat terhad. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menciptakan komposisi dan mendigitalkan corak melodi Tongkek. Sehubungan dengan itu, terdapat dua objektif dalam penyelidikan ini. Pertama, mengembangkan idiom muzik Tongkek dengan menggunakan pendekatan teori Leon Stein. Kedua, mendigitalkan komposisi muzik Tongkek untuk didokumentasikan semula ke dalam platform digital. Penyelidikan ini dijalankan menggunakan pendekatan practice-based research. Penyelidikan ini menghasilkan empat buah karya bertajuk 'Variasi Pantok'. Penyelidikan ini juga diharapkan dapat menambah literatur berkaitan instrumen tradisi Tongkek, mengarkibkan idiom tradisional Tongkek serta teknik komposisi yang digunakan berpotensi un..... 439 hits |
| 1330 | 2024 Article | Effects of mindfulness meditation training on anxiety, self-confidence, and mindfulness among Indonesian athletes Shaleh Afief Mushawwir This study examines the effect of mindfulness meditation training for sport on anxiety, self-confidence and mindfulness of Indonesian track and field’s athletes. A quantitative approach with a pre and post experimental design was employed in this study. The participants consisted of 18 Eastern Indonesian national team athletes, who were divided into a control group and a treatment group. The research instruments used were the Mindfulness Meditation Training for Sport 2.0 (MMTS 2.0) module, the Competitive State Anxiety Scale Revised (CSAI-2R), and the Mindful Attention Awareness Scale (MAAS). Data were analyzed using mean, standard deviation, percentages and, the Two-Way Mixed ANOVA test. The findings of the study indicate that the MMTS 2.0 module intervention can control somatic anxiety F (1, 16) = 9.63, p < .05, cognitive anxiety F(1, 16) = 7.67, p < .05, increase self-confidence F(1, 16) = 23.86, p < .05, and enhance mindfulness levels F(1, 16) = 40.60, p < .05 among Indonesian Tr..... 308 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 133 of 1165 | [ Next ] [ Last ] |