|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 2301 | 2023 Article | Designing the Integrated Thematic Preschool Stream Module Phang, Anna Wai Leng Malaysian Blueprint (2013-2025), under Malaysian Ministry of Education (MoE) has placed great emphasis on STEM education. Currently preschool STEM education has evolved from STEAM to STREAM. STREAM is an acronym for Science, Technology, Reading, Engineering, Arts and Mathematics. However, methods of promoting STREAM are barely adapted in preschool classroom practice. There is hardly substantial research that emphasize on the design and development of STREAM module to foster STREAM at the preschool level. This requires a reliable and effective teaching and learning STREAM module that can train or guide teachers using the Integrated thematic instruction (ITI) model to address the National Philosophy of Education for developing the potential of individuals in a holistic and integrated manner. Therefore, this research paper aims to design and development of integrated thematic preschool STREAM module by using the design and development research (DDR) approach. In order to determine the ins..... 279 hits |
| 2302 | 2023 Article | Children and adolescents use of internet psychological issues and challenges Nurhafizah Mohd Sukor Technological advancement and the Internet are two-edged swords. Children and adolescents across the world have turned to the internet and digital technologies as a result of the pandemic COVID-19. Despite the benefits, technology advancement has a negative impact. There are many factors contributing to the use of internet among children and adolescents as well as the hazards associated with the over-usage of the digital technology. Studies also investigate the psychological effects of internet use on children and adolescents, which include physical, social, cognitive and emotional effects. This paper highlights the discussion of Islam as a way of encountering the issues and challenges faced as a result of the internet usage. Islam recognises the advent of technological tools to facilitate lives and provides general guidelines in using modern technology such as internet. This is paralleled with the role of human as a vicegerent on earth, which calls for good and prevents evildoing, in ..... 544 hits |
| 2303 | 2024 Final Year Project | Pembangunan dan kebolehgunaan modul pembelajaran Heat Classrom bagi keseimbangan terma dalam kalangan pelajar Fizik tingkatan 4 Nur Shafiza Mhd Daud Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan modul pembelajaran Heat Classroom menggunakan
perisian Genially. Kajian ini turut mengenal pasti nilai kesahan kandungan modul, kebolehpercayaan modul dan
persepsi pelajar terhadap modul dari segi kebolehgunaan, mudah digunakan, mudah dipelajari dan kepuasan
modul. Reka bentuk kajian adalah reka bentuk dan pembangunan. Model ADDIE digunakan sebagai model reka
bentuk instruksi dalam pembangunan modul pembelajaran Heat Classroom. Dua instrumen telah digunakan, iaitu
borang kesahan muka dan kandungan, juga borang soal selidik . Dua orang guru sekolah telah dilantik untuk
menilai kesahan kandungan Heat Classroom tersebut. Seramai 15 orang pelajar tingkatan empat daripada SMK
Pandan Indah terletak di Ampang, Selangor digunakan sebagai sampel dalam kajian rintis. Seramai 32 orang
pelajar fizik daripada SMK Pandan Jaya yang terletak di Ampang, Selangor dipilih sebagai responden kajian
lapangan. Dapatan kajian menunjukkan nilai Indeks..... 355 hits |
| 2304 | 2024 Final Year Project | Pembangunan dan kebolehgunaan Modul Differentip5 bagi topik pembezaan dalam Matematik Tambahan tingkatan lima Nur Shahirah Mohd Farok Matematik adalah satu cabang ilmu yang melatih seseorang itu untuk berfikir secara
sistematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berkaitan
konsep-konsep dalam matematik. Sehingga 2022, laporan analisis keputusan
Matematik Tambahan mengalami penurunan sebanyak 0.15 mata dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini dilihat bahawa kebanyakan murid lemah dalam
tajuk Pembezaan walaupun keputusan yang diperoleh dalam SPM adalah baik.
Penguasaan dari penyelesaian masalah juga menjadi punca murid lemah dalam
topik Pembezaan ini. Kerangka pengukuhan teras terhadap penyelesaian masalah
topik Pembezaan berbentuk Modul DifferenTip5 yang telah dibangunkan dilihat dapat
membantu mengatasi masalah ini. Bagi memastikan Modul DifferenTip5 ini dapat
digunakan secara optimum dan memenuhi standard yang ditetapkan, modul kendiri
ini perlu dibangunkan. Ia boleh dijadikan panduan kepada guru dan murid dalam
mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam..... 628 hits |
| 2305 | 2024 Final Year Project | Pembangunan dan kebolehgunaan aplikasi Glosari Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris bagi topik Haba dan Gelombang Fizik KSSM Nor Fazlin Md Pudzi Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Aplikasi Glosari Bahasa Melayu-Bahasa
Inggeris bagi topik Haba dan Gelombang KSSM dan menentukan tahap kebolehgunaan
Aplikasi Glosari dalam kalangan guru pelatih. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian
pembangunan dan model yang diadaptasi bagi pembangunan ini ialah Model ADDIE.
Analisis keperluan mendapati bahawa ramai guru pelatih yang tidak dapat menterjemah
secara semerta istilah dan definisi samada daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris atau
sebaliknya dengan tepat. Seramai tiga orang pakar terlibat dalam penilaian kesahan aplikasi
dan juga soal selidik kebolehgunaan. Seramai 30 orang guru pelatih dari sebuah universiti
di Malaysia yang mengikuti program latihan perguruan dalam pendidikan Fizik semester
7 dipilih secara rawak mudah sebagai responden untuk menguji kebolehgunaan. Aplikasi
yang dibina memperoleh purata indeks kesahan kandungan (CVI) yang sempurna daripada
tiga orang pakar dan peratus kesahan muka aplikasi yang b..... 429 hits |
| 2306 | 2023 Article | Analisis keperluan pembinaan madul bermain modul bermain olok-olok untuk mengalakkan komunikasi sosial kanak-kanak Nur Iman Aishah Azhar Analisis keperluan dilakukan bagi mengetahui keperluan pengguna terhadap pembangunan modul bermain olok-olok bagi menggalakkan kemahiran komunikasi sosial kanak-kanak. Terdapat beberapa aspek yang dinilai dalam pembangunan modul bermain olok-olok iaitu keperluan modul bermain olok-olok, tahap pengetahuan dan amalan guru tentang bermain olok-olok, serta elemen modul yang mendasari modul yang diperlukan oleh guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dimana borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini melibatkan guru TADIKA swasta di sekitar negeri Perak. Data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package For The Social Science Version 26 (SPSS 26). Kesimpulannya terdapat keperluan untuk membina modul aktiviti bermain olok-olok bagi menggalakkan kemahiran komunikasi sosial kanak-kanak. Oleh itu, diharapkan pembangunan modul ini dapat membantu guru dalam menggalakkan kemahiran komunikasi sosial kanak-kanak.
Kata kunci: Modul, Bermain Ol..... 283 hits |
| 2307 | 2023 Article | Analisis keperluan pembangunan modul pendidikan keusahawanan kanak-kanak melalui keadah bermain Mohamad Shafiq Zaini Artikel ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pembangunan modul pendidikan keusahawanan kanak-kanak melalui kaedah bermain. Secara umumnya kajian ini memfokuskan kepada kepentingan ciri dan elemen keusahawanan yang akan diterapkan dalam diri setiap insan khususnya kanak-kanak. Perkara yang diambil perhatian dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga aspek iaitu menganalisis pengetahuan tentang pendidikan keusahawanan, menganalisis keperluan pembangunan modul dan aktiviti yang terkandung dalam modul ini. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini ialah menggunakan kaedah kuantitatif dengan menyediakan soal selidik dan mengedarkannya kepada 30 orang guru tadika. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kepelbagaian pandangan guru tadika dalam pembangunan modul ini berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut bagi melihat keperluan pembangunan modul ini. Rumusan dari artikel ini akan menunjukkan keperluan pembangunan modul pendidikan keusahawanan kanak-kanak melalui kaedah berm..... 449 hits |
| 2308 | 2024 Final Year Project | Keberkesanan penggunaan e-Modul Mastereaction bagi standard kandungan Faktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas terhadap murid tingkatan 4 Nur Fatihah Zainudin Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan e-Modul Mastereaction bagi standard
kandungan Faktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas terhadap murid tingkatan
empat. Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk
kuasi eksperimen. Sampel bagi kajian ini melibatkan murid tingkatan empat dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama (SMKDU) Petaling Jaya, Selangor
yang mengambil mata pelajaran Kimia dan menggunakan teknik persampelan rawak
berkelompok. Jumlah keseluruhan sampel terdiri daripada 30 orang murid dan
dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan
meggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional, manakala kumpulan
rawatan adalah kumpulan murid yang akan menggunakan e-Modul Mastereaction
dalam pembelajaran. Data kajian yang telah diperoleh dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27 bagi mengira frekuensi
perbandingan hipotesis. Perbezaan min pe..... 635 hits |
| 2309 | 2024 Final Year Project | Tinjauan tahap kesediaan guru kembali mengajar bagi sesi persekolahan bermula Januari 2026 Nurul Izzati Mohd Riza Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan perubahan pada permulaan takwim
persekolahan daripada Januari kepada Mac mulai tahun 2021. Pada tahun 2026,
Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan takwim akan dikembalikan kepada
Januari. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru
kembali mengajar bagi sesi persekolahan bermula Januari dari aspek pengetahuan dan
kebimbangan. Reka bentuk kajian ialah kajian tinjauan. Sampel adalah dalam kalangan
guru sebuah sekolah swasta di Kelantan. Jumlah sampel kajian sebenar ialah seramai
100 responden. Kesahan soal selidik telah dinilai oleh dua orang pakar dengan
mendapat nilai purata 90% persetujuan. Nilai purata Alfa Cronbach kebolehpercayaan
soal selidik ialah 0.9. Analisis statistik deskriptif dengan min dan sisihan piawai telah
dilakukan menggunakan perisian SPSS versi 27. Kajian ini mendapati tahap kesediaan
guru dari segi pengetahuan berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.58
(S.P=0.346) ..... 348 hits |
| 2310 | 2024 Final Year Project | Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Hidden Horcruxes pentaksiran bagi topik Arus, Rintangan dan Electromagnetic Force (E.M.F) dalam kursus keelektromagnetan Eunice Francis Ijau Hillary Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji tahap kebolehgunaan
permainan Hidden Horcruxes sebagai pentaksiran bagi topik Arus, Rintangan dan
Electromotive Force (E.M.F.) dalam kursus Keelektromagnetan. Reka bentuk
pembangunan yang digunakan dalam kajian ini adalah model ADDIE dan pendekatan
adalah secara kuantitatif. Seramai 70 orang pelajar ISMP Fizik semester 6 dan 7 telah
dijadikan sebagai sampel kajian melalui teknik persampelan bertujuan. Borang
kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan merupakan instrumen yang digunakan
dalam kajian ini. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Excel
bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai (s.p). Peratusan kesahan daripada 3
orang pakar menunjukkan bahawa permainan Hidden Horcruxes mempunyai tahap
kesahan yang baik iaitu 100%. Purata nilai Alpha Cronbach yang diperoleh daripada
kajian rintis adalah 0.800. Purata nilai min kebolehgunaan kajian ini adalah 3.67 (s.p
= 0.49). Empat konstruk soal selidik ..... 448 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 231 of 1109 | [ Next ] [ Last ] |