UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
89012018
Article
Hubungan antara beban tugas dan tekanan kerja dengan komitmen guru sekolah rendah
Abdul Said Ambotang
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor beban tugas, tekanan kerja guru dan hubungannya dengan komitmen kerja guru berdasarkan ciri demografi guru. Seramai 207 orang guru dari enam buah sekolah terpilih kategori bandar di daerah Tawau mengambil bahagian di dalam kajian ini. Soal selidik terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A tentang ciri demografi, bahagian B merupakan skala Beban Tugas Guru, bahagian C pula skala Tekanan Kerja Guru dan bahagian D ialah Skala Komitmen Kerja Guru. Kaedah deskriptif untuk kajian ini ialah frekuensi dan peratus dan ujian -t tidak bersandar. Manakala kaedah statistik inferens pula ujian –t tidak bersandar dan korelasi Pearson digunakan untuk menjawab objektif dan persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tekanan kerja dalam kalangan guru lelaki dan perempuan. Begitu juga berdasarkan faktor kategori perkhidmatan guru tidak terdapat perbezaan komitmen kerja guru. Berdasarkan faktor kategori perkhidmatan juga tidak a.....

1334 hits

89022018
Article
Kehadiran imageri dalam karangan bahasa Melayu murid di sekolah jenis kebangsaan (Tamil)
Suppiah Nachiappan
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis imageri, mengklasifikasi serta menginterpretasi peristiwa-peristiwa dan pengalaman-pengalaman yang membantu kehadiran imageri dalam karangan murid. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan penyelidikan kualitatif. Sebanyak sepuluh karangan murid Tahun 5 dan Tahun 6 di sebuah SJK (Tamil) di daerah Manjung, Perak telah dipilih untuk menganalisis bagi mengenal pasti kehadiran unsur imageri dan menginterpretasikannya menggunakan kaedah Hermeneutik. Tajuk bagi karangan adalah sama, iaitu ‘Pengalaman berkelah di tepi pantai’. Hasil kajian menunjukkan imageri yang paling banyak digunakan dalam karangan murid adalah imageri kata ganda, iaitu sebanyak tiga puluh lima kali, diikuti dengan imageri aspek emosi sebanyak dua puluh kali, kemudian imageri peribahasa sebanyak sembilan kali, imageri kiasan bunga sebanyak tujuh kali dan imageri waktu sebanyak enam kali. Implikasi kajian ini adalah penting terutama kepada guru dalam membantu murid.....

640 hits

89032018
Article
Tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan prasekolah di daerah Maran, Pahang
Tham, Hou Yin
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan prasekolah di daerah Maran, Pahang. Kajian ini juga menentukan perbezaan di antara tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan prasekolah dengan berdasarkan faktor jenis prasekolah, jantina, tahap pendidikan dan pendapatan. Teori Expectancy-Disconfirmation telah digunakan sebagai teori asas kajian ini. Ia disokong oleh model Harris Interactive Poll Organization. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan deskriptif digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak berlapis melibatkan 148 orang ibu bapa, di mana 74 orang ibu bapa dipilih dari tiga buah prasekolah KPM dan 74 orang ibu bapa dipilih dari tiga buah prasekolah swasta di daerah Maran. Daripada 74 orang ibu bapa dari prasekolah KPM dan prasekolah swasta masing-masing, 37 orang ibu dan 37 orang bapa dipilih sebagai sampel secara rawak. Data dikumpul menggunakan soal selidik .....

913 hits

89042018
Article
Bahasa Arab untuk pendidikan awal kanak-kanak: satu kajian analisis keperluan
Mohammad Taufiq Abdul Ghani
Pembelajaran bahasa penting untuk pendidikan awal kanak-kanak di negara yang pelbagai budaya seperti Malaysia. Justeru, guru prasekolah memainkan peranan penting dalam melaksanakan pendidikan pembelajaran bahasa di dalam kelas. Pembelajaran bahasa, khususnya bahasa Arab telah mendapat perhatian dalam kalangan pendidik pada masa kini. Oleh itu, penyelidikan ini menerangkan keperluan dan kepentingan bahasa Arab dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Borang Soal selidik tertutup telah diedarkan kepada 80 orang pelajar yang mengikuti kursus diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Kota Bharu, Kelantan manakala boring soal selidik terbuka telah diedarkan kepada tujuh (7) orang guru prasekolah di Kota Bharu untuk meneroka kepentingan bahasa Arab dalam kalangan pendidik kanak-kanak. Analisis kuantitatif deskriptif digunakan untuk menganalisis data melalui penggunaan perisian statistik IBM .....

1150 hits

89052018
Article
Biblioterapi kaedah didik hibur memotivasikan kanak-kanak sekolah dalam hospital
Ani Omar
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan bahan sastera yang boleh dijadikan sebagai terapi untuk murid-murid sekolah dalam hospital (SDH). Kajian ini melibatkan sebuah SDH yang terpilih di semenanjung Malaysia. Bahan bacaan sastera yang digunakan dalam kajian ini meliputi lima buah buku cerita karya Khadijah Hashim yang berjudul Cerita Itik dan Buaya, Semut Melancong ke Pulau Pinang, Angsa Berjasa, Ikan Emas Mangsa Banjir dan Sedap Rumput Enak Lagi Lobak. Biblioterapi kaedah didik hibur akan dijalankan menggunakan buku cerita yang berkenaan. Lima orang kanak-kanak terlibat dalam kajian ini berumur antara 5 hingga 6 tahun. Penyelidik juga menggunakan kaedah permerhatian, temu bual, dan kajian kepustakaan. Nama hospital, identiti murid-murid yang terlibat serta guru dan lain-lain yang berkaitan dengannya tidak dinyatakan kerana ia berkaitan dengan etika yang perlu dipatuhi. Begitu juga dengan bahan bukti seperti video atau gambar tidak dapat disertakan dalam artikel ini ker.....

744 hits

89062018
Article
Stres dan simptom onychophagia dalam kalangan kanak-kanak prasekolah orang Asli
Nor Aimi Hj. Harun
Golongan kanak-kanak dan remaja turut berhadapan dengan pengaruh stres dan ianya merupakan ancaman yang serius dalam kalangan murid sekolah. Kajian kes kualitatif ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kewujudan dan simptom stres dalam kalangan murid prasekolah Orang Asli. Sampel kajian melibatkan seorang kanak-kanak prasekolah orang asli. Instrumen pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah protokol temu bual, senarai semak, pemerhatian dan dokumen. Data transkrip dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo 0.8. Dapatan menunjukkan subjek kajian mengalami stres di tahap skor75 mata berdasarkan Instrumen Pengukuran Stres: Child and Adolescent Survey of Experiences (CASE). Simptom stres yang ditunjukkan oleh subjek kajian adalah masalah Onychophagia. Simptom Onychophagia merupakan habit menggigit kuku dan ia merupakan masalah psiko-emosi (psycho emotional) berkait dengan stres. Kanak-kanak tersebut melakukan tindakan menggigit kuku sewaktu berada dalam tertekan dan tindakan.....

711 hits

89072018
Article
Penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak menerusi pendekatan projek
Noor Ashikin Mohd Yusop
Tujuan kajian ini ialah untuk meneroka pelaksanaan penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak. Secara khususnya kajian ini memberi maklumat tentang elemen-elemen penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan terhadap dua orang pendidik berserta dua kumpulan fokus kanak-kanak yang berusia 4+ dan 5+ di sebuah tadika di negeri Perak. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian pelbagai kes. Data kajian diperoleh menerusi dokumen dan pemerhatian terhadap peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen pelaksanaan aktiviti penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak dapat ditonjolkan menerusi soalan kanak-kanak, pemilihan bahan dan alat radas, tatacara pelaksanaan penyiasatan dan penghasilan projek. Lantaran itu, hasil kajian ini membuktikan bahawa penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak mampu meningkatkan penguasaan konsep sains kanak-kanak...

832 hits

89082018
Article
Aktiviti melukis meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak
Norjietta Julita Taisin
Keupayaan menghasilkan karya seni dalam kalangan kanak-kanak merupakan interaksi secara tidak langsung mereka dengan alam sekeliling serta dapat mengembangkan keupayaan mereka dalam membuat tafsiran melalui persekitaran mereka. Hasil seni merupakan penjelmaan beberapa bahagian nilai dan sikap. Oleh itu untuk melaksanakannya harus melihat keberkesanan aktiviti melukis dalam meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Huraian ini diketengahkan dengan menggunakan reka bentuk kualitatif untuk mengumpul data iaitu melalui pemerhatian dalam kelas, pemerhatian penilaian hasil kerja seni dan alatan bahan yang digunakan oleh kanak-kanak dalam karya seni mereka. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa aktiviti melukis mampu mengimbangi hubungan komunikasi antara murid dengan rakan sebaya serta meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak yang berterusan. Aktiviti melukis dapat memberi kepuasan kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat dan mereka pindahkan semula dalam bentuk dan rupa im.....

1235 hits

89092018
Article
Mengenal pasti keperluan pembinaan model kandungan kurikulum pendidikan keamanan berasaskan multibudaya untuk kanak-kanak prasekolah
Noor Amy Afiza Mohd Yusof
Keamanan merupakan isu yang sering diperkatakan belakangan ini terutamanya yang melibatkan kepelbagaian budaya. Melalui pendidikan, keamanan dapat disampaikan kepada semua peringkat terutamanya kanak-kanak yang merupakan pewaris generasi akan datang. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan dalam pembinaan Model Kandungan Kurikulum Pendidikan Keamanan Berasaskan Multibudaya untuk Kanak-kanak Prasekolah. Keperluan berkenaan meliputi keperluan pembinaan dan keperluan isi kandungan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi mengenal pasti tahap keperluan bagi kedua-dua keperluan berkenaan. Satu soal selidik 5 skala likert ditadbir kepada 200 orang guru prasekolah yang dipilih secara rawak di Semenanjung Malaysia. Nilai min bagi setiap konstruk keperluan dinilai bagi memperoleh tahap keperluan yang diperlukan. Nilai min yang diperoleh bagi keperluan pembinaan kandungan kurikulum adalah sebanyak 4.2879 manakala bagi keperluan isi kandungan kurikulum ialah 4.2480. Berdasarka.....

831 hits

89102018
Article
Penguasaan integrasi visual-motor kanak-kanak prasekolah di SK, SJKC dan SJKT
Atikah Mohd Tahir
Integrasi visual-motor (IVM) merupakan kebolehan untuk mengkoordinasi kemahiran persepsi visual dan motor halus. IVM mempunyai hubungan dengan kemahiran asas pembelajaran seperti membaca, menulis dan kemahiran matematik. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penguasaan IVM kanak-kanak prasekolah di SK, SJKC dan SJKT. Beery VMI-6 versi pendek telah digunakan untuk menaksir penguasaan IVM kanak-kanak prasekolah. Seramai 359 orang kanak-kanak prasekolah telah dipilih secara rawak menggunakan teknik pensampelan rawak kluster dari 20 buah institusi prasekolah KPM. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara penguasaan IVM kanak-kanak prasekolah di SK, SJKC dan SJKT. Kanak-kanak prasekolah di SJKC didapati mempunyai penguasaan IVM yang lebih tinggi daripada kanak-kanak prasekolah di SK dan SJKT. Kesimpulannya, kanak-kanak prasekolah dari jenis sekolah yang berbeza turut mempunyai penguasaan IVM yang berbeza. Perbezaan sukatan dan aktiviti pembelajaran dijangka memb.....

860 hits

[ First ] [ Prev ] Page 891 of 1136 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.