UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
92012017
Thesis
The impact of pre service teachers Mathematical knowledge for teaching on the Mathematical quality of instruction
Lena Vimalanandan
This study was aimed to investigate the impact of pre service teachers' (PSTs') Mathematical Knowledge for Teaching (MKT) on the Mathematical Quality of their Instruction (MQI). A case study involving three pre service teachers (PSTs) was carried out to detail the MQI and the domains of MKT they hold. The context of the study was the final practicum placement for three participants in the fourth year of their degree program (Bachelor of Teaching- Primary Mathematics). The study employed observational approach using video-recording of classroom teaching and interviews as its primary method. Observational notes, participants' lesson plans and reflective writing were used to compliment the video data. Two protocols, the Pre service Teachers' MKT protocol (PTMKT) and Pre service Teachers' MQI protocol (PTMQI) were developed to code and analyze the data. The MQI were coded and analyzed using the PTMQI protocol. Similarly, participants' MKT was determined through the analysis of interview tr.....

1134 hits

92022019
Thesis
Kesan modul kelompok pengurusan tekanan 5R terhadap pengurusan tekanan mahasiswa
Mohd Shahril Khasin
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R terhadap pengurusan tekanan dalam kalangan mahasiswa. Objektif kajian adalah untuk mengukur kesan Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R yang dibangunkan berdasarkan Teori Kognitif Tingkah Laku dan Model Pengurusan Tekanan 5R terhadap pengurusan tekanan dalam kalangan mahasiswa. Kesan modul ini diukur dengan cara membandingkan skor min praujian dan pascaujian pengurusan tekanan antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan berdasarkan (a) keseluruhan pengurusan tekanan, (b) submodul rethink (berfikir semula), (c) submodul reduce (mengurangkan), (d) submodul reorganize (menyusunsemula), (e) submodul relax (bertenang), dan (f) submodul release (melepaskan). Kajian ini merupakan kajian kuasi eksperimen dengan dua kumpulan: (a) kumpulan rawatan yang merupakan kumpulan yang diberi Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R dan (b) kumpulan kawalan yang merupakan kumpulan yang tidak diberi Modul Kelompok Pengurusa.....

1096 hits

92032018
Thesis
Development of teacher leadership knowledge model for Malaysian teachers
Farrah Dibba Ahmad Fadzil
This study aims to develop and validate the Teacher Leadership Knowledge Model in order to determine the key factors of teacher leadership knowledge among Malaysian teachers. This study applied a quantitative approach using survey research strategy and questionnaires as the research instrument. A total of 413 trained teachers from schools in Petaling Perdana district, Selangor were selected using proportional stratification sampling and simple random sampling. Data in this study were analysed using Exploratory Factor Analysis (EFA) and Confirmatory Factor Analysis (CFA) to test the validity of the Teacher Leadership Knowledge Model. The EFA yielded a three-factor sub constructs namely Collaborative Culture In and Beyond School, Improvement in Instructions and Student Learning and Organizational Development with the acceptable Cronbach Alpha values that were .926, .817 and .827 respectively. The study also found that, in the First Order CFA the goodness-of-fit indexes indicated that the.....

1222 hits

92042017
Thesis
Penggunaan kaedah nyanyian menerusi kit nyanyi, ingat, baca, tulis (nibt) dalam meningkatkan kebolehan menyebut dan menulis huruf Jawi di prasekolah
Zubaidah Mohaidin
Objektif kajian ini ialah untuk menguji peningkatan penguasaan murid prasekolah dalam aktiviti menyebut dan menulis huruf Jawi dengan menggunakan kaedah nyanyian menerusi Kit Nyanyi, Ingat, Baca, Tulis (NIBT). Kaedah nyanyian melalui aktiviti muzik dan gerakan digunakan untuk menentukan peningkatan penguasaan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Reka bentuk kuasi-eksperimen digunakan dalam pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid prasekolah dari sebuah sekolah di Kuantan, Pahang. Mereka dikelompokkan kepada dua kumpulan, dan setiap kumpulan mempunyai 30 orang kanak-kanak prasekolah. Kumpulan rawatan yang didedahkan dengan kaedah baru dan kumpulan kawalan diajar dengan menggunakan kaedah konvensional. Kajian eksperimen ini selesai dilaksanakan dalam tempoh 10 minggu. Instrumen kajian yang digunakan terdiri daripada set soalan ujian pra pasca dan senarai semak pemerhatian. Analisis dapatan kajian melibatkan penggunaan statis.....

1278 hits

92052017
Thesis
Hubungan antara pemahaman guru dengan sikap murid di SK Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam: satu kajian kes
Norliza@Noriza Ahbar@Akhbar
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara pemahaman guru terhadap program Super VAKS dengan sikap murid. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan 32 orang guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani bagi daerah Sabak Bemam. Pendekatan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan digunakan bagi kajian ini. lnstrumen soal selidik yang mengandungi item demografi, kefahaman guru dan sikap murid digunakan. Dalam kajian ini data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang menjelaskan tahap kefahaman guru dan korelasi Pearson untuk menentukan hubungan di antara pemboleh ubah. Hasil kajian mendapati purata min bagi kefahaman guru berada pada tahap tinggi dan ini menunjukkan bahawa majoriti guru faham tentang pelaksanaan program Super YAKS. Hubungan antara pemahaman guru terhadap program Super VAKS dengan sikap murid didapati berada pada tahap lemah dan negatif tetapi signifikan. Kesimpulannya, program Super VAKS boleh dijadikan amalan terbaik sekolah.....

768 hits

92062017
Thesis
Enrichment of anaerobic ammonium oxidation bacteria using anaerobic up-flow biofilm column reactor
Mumtazah Ibrahim
This research aims to enrich anaerobic ammonium oxidation (anammox) culture which capable of oxidizing ammonium to dinitrogen gas in a laboratory-scale anaerobic up-flow biofilm column reactor. A 16S rDNA gene analysis targeting planctomycetes-anammox bacteria was performed to screen anammox microorganism from sludge samples obtained from five sources of wastewater around Perak and Kuala Selangor. Anammox enrichment was carried out for 180 days in 1.0 L anaerobic up-flow biofilm column reactors with three different mode of feeding; (i) batch, (ii) fed-batch and (iii) continuous. The N-NH₄⁺, N-NO2ֿ and N-NO3ֿ concentrations were monitored throughout the enrichment period. The enriched anammox was identified using 16S rDNA and fluorescence in situ hybridization (FISH) techniques. After amplification using primer pair Pla46F-Amx368R, it was found that the genomic DNA from sludge of Jeram sanitary landfill showed a similarity in 16S rDNA gene to uncultured anammox bacteria clone AMX-.....

826 hits

92072018
Thesis
The development of a Wireless Mobile RFID Reader system for real-time tracking based on embedded architecture
Siti Norainah Semunab
The aims of the study is to develop a system that able to overcome the limitations of keeping track inventories on the manufacturing plant. The proposed system is named Wireless Mobile RFID Reader (WiBRED) in order to improve the accuracy and traceability of materials in the industrial warehouse management process. This novel system was developed based on the Waterfall model involving the integration of active and passive Radio Frequency Identification (RFID) and IOIO is a board specially designed to work with Android 1.5 and later device to support wireless communication over a smart phone running on Android operating system. This system was implemented in a Wireless Mesh Network (WMN) environment in which its performance was assessed in terms of maximum read range for indoor environment, multi tags communication efficiency, power consumption, and tag collection time. The findings of the assessment showed that maximum read range reach up to 3.5meter for passive wireless communication .....

1321 hits

92082018
Thesis
Estetika Pagar Musang tradisional pantai timur era kontemporari
Mohd Fauzi Md Rejab
Kajian empirikal ini bertujuan untuk mengkaji nilai estetika yang terdapat pada Pagar Musang gaya pantai timur bentuk tradisional dan kontemporari berdasarkan aspek reka bentuk, ragam hias serta fungsinya. Kajian ini dibuat dengan bersandarkan kepada teori budaya David Kaplan dan prinsip estetika Zakaria Ali. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah reka bentuk kajian kes. Data dikumpul melalui cara temu bual, pemerhatian, rakaman visual, analisa produk, kajian dokumen dan kepustakaan. Kajian ini dilakukan di daerah Besut Terengganu, Kota Bharu Kelantan dan Temerloh Pahang. Dapatan dari kajian menunjukkan faktor penggunaan teknologi moden, penggunaan bahan yang bukan berasaskan kayu serta pemakaian motif yang lebih moden dan kontemporari telah memberi wajah yang baru pada Pagar Musang pantai timur dalam era kontemporari. Berdasarkan pada enam prinsip estetika Zakaria Ali dan tiga subsistem dari teori budaya David Kaplan menunjukkan nilai estetika Melayu tradisional mas.....

1503 hits

92092017
Thesis
Penilaian program tahfiz Ulul Albab di Maktab Rendah Sains Mara
Mardhiah Yahaya
Kajian ini bertujuan untuk menilai program tahfiz di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berdasarkan perspektif pelajar, amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta perlaksanaan Modul Quranik. Pembinaan kerangka konseptual adalah berdasarkan adaptasi model CIPP yang menggunakan keempat-empat dimensi iaitu konteks, input, proses dan produk. Kajian ini juga menilai hubungan antara pencapaian pelajar dengan tahap perlaksanaan Modul Quranik. Kajian deskriptif ini menggunakan pendekatakan kuantitatif sebagai data utama dan kualitatif sebagai data sokongan. Pemilihan subjek kajian melibatkan seramai 233 orang pelajar yang telah tamat pengajian dan 62 orang guru hafazan di MRSM Ulul Albab. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu soal selidik, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Scienes 20.0 (SPSS 20.0). Analisis deskriptif menjelaskan penilaian terhadap Program Ulul Albab manakala stati.....

1896 hits

92102018
Thesis
Peramalan siri masa ozon mengikut monsun di kawasan pendidikan tinggi Malaysia melalui pendekatan kalut
Wan Nur Afateen Wan Mohd Za'im
Kajian ini bertujuan untuk meramal siri masa ozon mengikut monsun di kawasan pendidikan tinggi Malaysia melalui pendekatan kalut. Terdapat tiga objektif utama kajian iaitu mengesan kehadiran dinamik kalut dalam siri masa ozon, meramal siri masa ozon menggunakan pendekatan kalut dan membina kaedah baharu iaitu kaedah k- songsang bagi mencari bilangan jiran terdekat k . Bagi mengesan kehadiran dinamik kalut, kaedah Cao, kaedah m -songsang dan plot ruang fasa adalah digunakan. Bagi meramal siri masa ozon melalui pendekatan kalut, terdapat dua langkah yang terlibat iaitu pembinaan semula ruang fasa dan proses peramalan. Untuk pembinaan semula ruang fasa, tiga parameter diperlukan iaitu masa tunda r, matra pembenaman m dan bilangan jiran terdekat k . Parameter r ditentukan melalui kaedah purata maklumat bersama, penetapan r=1 dan kaedah r-songsang. Parameter m pula dikira melalui kaedah Cao dan kaedah m - songsang. Kajian ini memperkenalkan kaedah baharu iaitu kaedah k -songsang. Pendekatan.....

840 hits

[ First ] [ Prev ] Page 921 of 1182 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.