AbstractObjektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti polisi kokurikulum Ensembel Kombo
Sekolah Menengah (EKSM) dan hubungan antara persepsi kefahaman polisi dalam
kalangan guru pembimbing, sokongan iklim sekolah, kompetensi dan penguasaan mata
pelajaran Pendidikan Muzik murid yang menyertai EKSM. Kaedah kualitatif dan
kuantitatif telah dirangka dalam kajian ini bagi menjawab lima soalan kajian dan lima
hipotesis. Teknik analisis dokumen diguna pakai bagi menginterpretasikan polisi
berpandukan model ADEPT (Analysis of Determinants of Policy Impact). Dokumen
yang dipilih ialah kertas konsep, minit mesyuarat, surat-menyurat dan buku panduan
kokurikulum. Data dianalisis secara deskriptif dan menggunakan model PLS-SEM.
Dapatan kajian ini menunjukkan persepsi kefahaman polisi dalam kalangan guru
pembimbing (M = 4.33, SD = 0.39), sokongan iklim sekolah (M = 4.11, SD = 0.466),
kompetensi (M = 4.02, SD = 0.517) dan penguasaan mata pelajaran Pendidikan Muzik
murid yang menyertai EKSM (M = .....