UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 12
12012
conference_item
An Assessment in Mathematics Education : Different Modes Of Assessing Learner Teachers
Abu Saman Mas Norbany, Mohd Tajudin Nor‘ain, Lee Abdullah Mohd Faizal,
There has been a vigorous debate for many years on how assessment can affect students‘ performances. Even if differences have an impact on pupils‘ academic progress this still leaves unanswered important questions about what mediates the effect. This study is conducted to inform the student‘s attainment in different modes of assessing and the relationship between genders in the three modes of assessment. The students‘ preference in assessment was also explored. The quantitative study is based on an analysis of 39 students who are doing their degree programme in collaboration with Canterbury Christ Church University. The methods used were questionnaires and interviews. The results showed the performance of students was average. Only oral presentation showed the girls‘ preferences more than the other modes. In addition, as educators we can use these different modes of assessment to evaluate the students‘ performance in mathematics...

2612 hits

22005
conference_item
Pemelayuan: pengalaman etnik Bugis di Johor berdasarkan nashkah-nashkah sejarah tradisional Melayu Johor
Abdullah Mohd Akbal, Sulaiman Abdullah,
Kajian ini mencuba melihat pengalaman sebuah etnik yang banyakjasanya kepada politik Melayu tradisional di Semenanjung Tanah Melayu satu waktu dulu. Etnik Bugis ini dianggap sebuah etnik yang amat dominan dan sinonim dengan laut dan aktiviti pelayaran. Justeru itu tidak hairanlah jika etnik ini dalam banyak keadaan sama ada terpaksa ataupun rela memasuki masyarakat tempatan yang jelas mempunyai budaya yang asing. Pengalaman etnik ini yang besar ialah bersemenda dengan keturunan Sultan Johor berdarah Bendahara Tun Abdul Jalil. Dalam proses awal persemendaan itu, unsur jati diri Bugisnya bercanggah dengan unsur tempatan, iaitu Melayu. Banyak keadaan menunjukkan berlaku konflik yang mendalam bahkan ada yang membawa pertumpahan darah dalam keluarga. Namun, tanpa disedari, persemendaan dan konflik itu telah berjaya mengukuhkan lagi sebuah bangsa yang ketika itu jati diri merudum akibat sengketa istana. Malahan dari ini Melayu di Johor dianggap berjaya meraih martabat dari proses tersebut. K.....

1566 hits

32001
conference_item
Kenali Kami: kajian terhadap gaya hidup masyarakat Orang Asli di laluan rentasan antara Tanah Rata, Cameron Highlands Ke Kampung Lanai, Kuala Lipis, di Banjaran Titiwangsa, Pahang
Sulaiaman Abdullah, Abdullah Mohd. Akbal,
Kajian ini cuba mendedahkan secara realiti cara hidup, prestasi dan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli (bumiputera) yang berada di sepanjang laluan Tanah Rata, Cameron Highlands hingga ke Kampung Lanai, Kuala Lipis, Pahang. Objektif kajian ini hendak melihat dan mengupas gaya hidup masyarakat ini yang setakat ini terlalu sukar ditemui kerana mereka tinggal di kawasan pedalaman. Maklumat kajian dikumpul secara temubual dan pemerhatian oleh sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein ann. Tumpuan aspek pemerhatian dilakukan terhadap kegiatan seharian, ekonomi, nilai kekeluargaannya, pegangan dan pandangan hidup terhadap kemajuan yang ada. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menemukan maklumat yang ada percanggahan dengan kefahaman dan pendapat umum atau masyarakat lain terhadap masyarakat Orang Asli (bumiputera)...

823 hits

42005
conference_item
Nilai dan amalan negatif masyarakat Melayu: satu analisis
Nordin Shah Rul Anuar, Abdullah Md. Akbal, Sulaiman Abdullah, Wan Mohamed Nik Kamal,
Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan nilai, amalan dan pemikiran negatif. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis masyarakat Melayu dari aspek amalan dan nilai-nilai budaya mereka khususnya tentang nilai dan amalan yang bersifat negatif. Perbincangan tentang permasalahan ini sebenamya telah banyak diperkatakan oleh para sarjana Melayu dan Orientalis Barat di dalam penulisan dan buku-buku mereka. Segolongan sarjana mengatakan bahawa masyarakat Melayu memang mempunyai nilai dan amalan negatif yang telah turun-temurun membudaya dalam kehidupan mereka sehari-hari dan ada segolongan pula yang menolak dakwaan ini. Golongan kedua ini lebih berhati-hati dan berpegang kepada teori bahawa bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang hina seperti yang digambarkan oleh golongan pertama tadi tetapi ia adalah suatu pengkhianatan dalam memanipulasi fakta tentang masyarakat Melayu. Penggunaan sumber rujukan di perpustakaan telah membawa penulis kepada suatu dapatan; iaitu teori persambu.....

1883 hits

52001
conference_item
Masyarakat Melayu Pahang dalam kisah pelayaran Abdullah
Selat Norazit, Suhaili Samsudin,
Penelitian secara ethnografi terhadap sesebuah masyarakat secara langsung boleh memberi gambaran mengenai identiti masyarakat tersebut. Melalui kaedah penelitian dan turut serta, gambaran yang diberikan ternyata boleh dipertanggungjawabkan dan rnewakili keadaan yang sebenar sarna ada dalam bentuk tulisan, bergambar atau lisan. Begitulah juga dengan pernaparan yang dilakukan oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau Abdullah Munsyi melalui karyanya Kisah Pelayaran Abdulah (KPA). Pelayaran Abdullah ke Pahang, Terengganu dan Kelantan pada tahun 1838 rnerupakan catatan peribadi beliau dalam bentuk karya sastera naratif. Melalui karya ini dapat dikesan kekuatan dan kesungguhan pengarang dalam rnenghasilkan persoalan yang dihadapinya. Sesebuah karya sastera yang dihasilkan rnerupakan jalinan pengalaman, sikap dan pemikiran pengarangnya yang telah direnung, difikir dan ditapis untuk menjadi sebuah karya kreatif atau deskriptif. Begitu juga dengan karya Abdullah Munsyi terrnasuklah KPA (1838) .....

1103 hits

62003
conference_item
Senibina Landskap Melayu Tradisi - Analisis Dari Perspektif Nilai
Ahmad Abdullah Sani, Abu Bakar Jamil, Ibrahim Fawazul Khair, Khamis Hazel,
Senibina landskap Melayu telah lama bertapak dan berkembang dalam negara ini tetap tidak ketahui akan kehadirannya dalam kehidupan masyarakat k’ta. Adat dan budaya dalam masyarakat Melayu itu sendiri merupakan agen dalam mengetengahkan senibina landskap Melayu. Ini dapat dilihat dengan amalan penggunaan tumbuhan-tumbuhan dalam kehidupan harian, upacara dan majlis tradisi yang diadakan dalam masyarakat Melayu. Landskap tradisi Melayu secara amnya menekankan fungsi dan peranan berbanding dengan unsur estetikanya. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling kita mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaannya terhadap kehidupan harian iaitu seperti contohnya sumber makanan, pelindung, penedub. perubatan, pagar dan keperluan adat serta budaya. Fungsi yang di maksudkan ini adalah berdasarkan kepada kehidupan Melayu sebenamya. Fungsi ini terbahagi kepada dua iaitu secara fizikal dan rohani (spiritual)...

1184 hits

72001
conference_item
DPMP: wadah perjuangan penulis Pahang
Syed Abdullah Syed Ahmad,
DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannya ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu organisasi yang berperlembagaan. Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam genre syair. Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka sebelum berpindah ke Tanjung Malim. Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training C.....

1316 hits

82003
conference_item
Kelab-kelab Melayu di Johor: amalan dan kecenderungan masyarakat Melayu pra-merdeka berpersatuan
Abdullah Mohd. Akbal,
Kertas kerja ini mencuba melihat perkembangan dan bentuk amalan berpersatuan oleh masyarakat Melayu di Johor sekitar tempoh 1945-1957. Dalam tempoh ini sebenamya di Johor terdapat satu arus dan gelombang yang dibina oleh gerakan sosial masyarakat Melayu. Di mana sahaja, sama ada bandar atau kampung satu fenomena bersosial mulai semarak kembali. Mereka terbentuk dalam pertubuhan-pertubuhan sosial yang sah. Kewujudan persatuan-persatuan begini telah memberikan sumbangan besar dan penting dalam situasi dan waktu masyarakat Melayu memerlukannya. Meskipun amalan berpersatuan di Johor dapat dikesani mulai 1915, namun kajian ini hanya membataskan tempoh 1945-57. Tempoh ini dipilih kerana ia mengandungi dua peristiwa besar, iaitu tamatnya penjajahan Jepun dan 1957, Malaya merdeka. Kedua-dua peristiwa itu menjadi pembuka dan penutup kepada amalan dan kecenderungan berpersatuan yang ingin diselidiki. Dari seg: peristiwa sejarah, ia bermula dengan gerakan penjajahan dan pendudukan tentera Jepun d.....

526 hits

92001
conference_item
Pendokumentasian karya-karya Pak Sako dan pemikiran pembangunan bangsa
Samat Talib, Wahid Azhar,
Suatu hal yang mungkin tidak terfikirkan oleh para pengkaji atau peneliti sastera ialah sumbangan A. Karim Haji Abdullah (1937-2001) dalam menjayakan pelaksanaan komponen sastera dalam bahasa Melayu (Komsas) ialah sumbangannya yang tersendiri dengan menerbitkan semula novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad yang dialihkan tulisannya daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi pada tahun 1973. Novel Putera Gunung Tahan yang terpilih sebagai buku teks sastera Komsas bagi Tingkatan 5 dan digunakan di semua aliran sekolah mulai tahun 2001. Pada mulanya novel ini diterbitkan oleh Jamaliah Press, Muar pada tahun 1938 dan dicetak kali kedua oleh Geliga Limited Singapura pada tahun 1957 yang kesemuanya dalam tulisan jawi. Pada tahun 1973 atau lebih awal daripada itu, A. Karim Haji Abdullah mengambil daya usaha merumikan novel Putera Gunung Tahan ini yang diterbitkannya sendiri menerusi penerbitannya Pustaka Budaya Agency dan dicetak semula pada tahun 1985. Novel ini sememangnya telah.....

1413 hits

102001
conference_item
Nilai-Nilai Melayu Dalam Pendidikan
Md Hashim Omar,
Dari awal lagi saya mesti membuat pengakuan ikhlas bahawa menyiap kertas kerja ini merupakan satu tugasan yang amat berat, pertamanya kejauhan saya dengan bahan penyelidikan terkini yang mungkin ada tetapi khasnya kerana walaupun banyak memperkatakan isu-isu orang-orang Melayu, tentang ekonominya, penderitannya, dan kelemahan-kelemahan sehingga diexploitasi oleh bangsa asing, tetapi tidak ada kajian menyeluruh mengenai kelemahan orang Melayu dalam pendidikan dan kaitannya dengan nilai budaya yang dianuti. Perintis awal dalam mengenengahkan permasalahan orang Melayu termasuk Munshi Abdullah, Wilkinson Winstedt, Zaaba, Barnes, Aminuddin Baki, Ungku Aziz, Dr. Mahathir Mohamad. Ada juga pemikir pendatang baru yang banyak menulis tentang hal ini seperti Asrul Zamaani, Abang Yusuf Putih dan Hasan Ahmad. Tetapi bagi saya dua tokoh yang paling fokus mengenai isu nilai dan kemajuan Melayu ialah Za’ba dan Mahathir kerana kedua-dua mereka bukan sahaja mengupas masalah tetapi juga menyaran malah.....

701 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (69)
article ... (598)
conference_item ... (12)
monograph ... (26)
bulletin ... (18)
research_report ... (8)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Abd +Rahim +Abdullah

+Maria +Shu +Hong +Bee +Abdullah

+Zolkipli +Abdullah

+Abdullah

+Mohd +Abdullah +Jusoh




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.