UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 7
12018
final_year_project
'The truth behind : Nelayan Seberang Takir'
Abdullah Amir Azlan
KursusProjek Tahun Akhir (FYP) ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan menelaah dengan lebih mendalam kepada pengetahuan penyelidikan studio ke dalam proses penghasilan penyelidikan. Juga ditekankan adalah proses penterjemahan aspek-aspek pengetahuan dan pengumpulan maklumat menerusi konsep pembelajaran sepanjang hayat dengan menjelaskan proses perkembangan kreativiti dalam kajian berasaskan portfolio. Penglibatan diri dalam pameran akhir secara bekerjasama adalah untuk menunjukkan nilai-nilai keperibadian intelektual dan kreativiti.Studio yang dipilih sebagai pengkhususan penghasilan karya FYP ini adalah studio Lukisan (Drawing Studio).Studio lukisan yang dihasilkan biasanya menggunakan media jenis kering.Karya lukisan juga merupakan sebahagian kerja peringkat awal yang dibuat untuk menghasilkan catan.Karya lukisan mementingkan unsur garisan untuk membentuk imej dan tidak menggunakan warna, kecuali warna daripada alat tulis seperti pensel warna atau krayon. Lukisan biasanya.....

664 hits

22021
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Germs Striker bagi subtopik pertahanan badan dalam mata pelajaran Sains tingkatan dua
Nur Amalina Abdullah
Penggunaan teknik dan bahan bantu mengajar yang kreatif oleh pendidik dalam sesi pengajaran dapat membantu pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan serta menentukan kebolehgunaan permainan ‘Germs Striker’ bagi subtopik pertahanan badan dalam Sains Tingkatan dua daripada persepsi guru pelatih. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan dan berpandukan model ADDIE. Seramai 140 orang guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Biologi semester enam dan tujuh dari Universiti Pendidikan Sultan Idris terlibat di dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang kesahan pakar dan borang soal selidik kebolehgunaan. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Dapatan kajian menunjukkan, permainan Germs Striker yang dibina mempunyai kesahan yang baik dengan nilai peratus persetujuan pakar sebanyak 84%. Dapatan kajian juga menunjuk.....

2252 hits

32019
final_year_project
Kajian terhadap penggunaan telefon pintar di luar sekolah untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar SMK Munshi Abdullah, Selangor
Bieorykha Ester Jerikol
Penggunaan telefon pintar kini bukan lagi semata-mata digunakan dengan fungsi sebagai alat komunikasi. Malahan, kewujudan telefon pintar yang mampu menyimpan pelbagai aplikasi telah memberikan manfaat dalam bidang pendidikan. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti kekerapan penggunaan telefon pintar antara pelajar, tujuan umum pelajar menggunakan telefon pintar, serta mengkaji apakah dan sejauh manakah penggunaan telefon pintar oleh pelajar untuk tujuan pembelajaran. Satu set soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data daripada 120 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Selangor. Data telah dianlisis dengan menggunakan perisisan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 22. Berdasarkan kepada keputusan kajian ini, majoriti pelajar bersetuju bahawa kekerapan paling tinggi penggunaan telefon pintar adalah antara tiga hingga empat jam sehari dimana kekerapan ini telah mencatatkan min yang paling tinggi. Bagi kategori pe.....

874 hits

42023
final_year_project
Musculoskeletal pain and postural awareness among public university students
Siti Nur Fatimah Abdullah
Musculoskeletal pain is amongst the most prevalent health issues in today's society. University students are particularly impacted by issues brought on by musculoskeletal pain. Thus, the main aim of this study is to identify the pattern of musculoskeletal pain among public university students. A cross sectional study was carried out in public university. Participants were university students who completed structured questionnaire on the topic of musculoskeletal pain and postural awareness. The first part of the questionnaire was self-administered regarding their demographic information. The second section of the questionnaire was the Nordic Musculoskeletal Questionnaire (NMQ) to determine the site of pain. The third section was Postural Awareness Scale Questionnaire (PAS) to identify their postural awareness level. A total of 110 public university students responded to the questionnaire consisting of 43.60% male and 56.40% female students. Lower back (46.4%) and shoulders (.....

825 hits

52023
final_year_project
Model pembelajaran digital interaktif dalam Pendidikan Islam di Bukit Sentosa, Rawang Selangor
Norazlinda Umaira Abdullah
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui model pembelajaran digital interaktif dalam Pendidikan Islam dalam kalangan sekolah menengah di Bukit Sentosa, Rawang Selangor. Dalam meniti arus kemodenan yang semakin canggih dan moden ini, sistem pendidikan semakin hari semakin berkembang kerana banyak perubahan teknologi yang mengikut peredaran zaman. Oleh demikian, kewujudan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolahsekolah bukan sahaja untuk mempelajari ilmu agama Islam secara berhala sahaja, malah amalan pengajaran yang berbeza dari segi silibus telah menyebabkan kewujudan bahan bantu mengajar (BBM) yang menggunakan sistem pendigitalan sebagai satu kaedah penyampaian guru kepada murid untuk melihat keberkesanan sesi Pdp dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti mengenalpasti kemahiran murid dalam model pembelajaran digital interaktif sebagai modul pengajaran. Selain itu, pengkaji ingin mengetahui tahap pengetahuan, tahap penerimaan dan mengenalpasti penerimaan murid.....

391 hits

62024
final_year_project
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan permainan Pac-The Sciencemen bagi topik jadual berkala
Muhammad Luqman Hakim Abdullah
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan permainan Pac-The Scienceman bagi topik Jadual Berkala dan mengkaji persepsi murid Sains terhadap kebolehgunaan permainan Pac-The Scienceman. Reka bentuk kajian ini adalah kajian pembangunan dengan pendekatan kuantitatif dan berasaskan model ADDIE. Kajian ini melibatkan 117 orang responden dan teknik persampelan yang digunakan adalah teknik persampelan mudah. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik kebolehgunaan. Dua orang pakar telah dilantik bagi menilai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan nilai peratus persetujuan kesahan kandungan, kesahan ciri khas permainan, kesahan soal selidik kebolehgunaan permainan adalah baik iaitu 96.5%, 100% dan 100%, masing-masing dapatan soal selidik kebolehgunaan permainan bagi konstruk kebolehgunaan, kebolehmainan, mudah digunakan, mudah dipelajari dan kepuasan pada tahap tinggi dengan nilai min yang diperolehi adalah 3.59 (SP=0.501), 3.64 (SP=0.507), 3.55 (SP=0.562), 3.....

128 hits

72024
final_year_project
Tinjauan kesan pemansuhan pentaksiran tingkatan 3 (PT3) terhadap pilihan aliran menengah atas dalam kalangan pelajar tingkatan empat
Siti Aisyah Abdullah
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan faktor yang menentukan pilihan aliran menengah atas dalam kalangan pelajar tingkatan 4. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan iaitu kajian kuantitatif. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 181 orang pelajar tingkatan 4 di 3 buah sekolah di Pulau Pinang yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Instrumen yang diguna pakai dalam kajian tinjauan ini bagi mengumpul data, ialah Soal Selidik Tahap Pengetahuan tentang kesan pemansuhan PT3 serta faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan aliran menengah atas. Data ini dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif, iaitu nilai min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi melibatkan korelasi Pearson. Dapatan bagi kajian ini menunjukkan bahawa kesan pemansuhan PT3 adalah pada tahap (min = 3.03, sisihan piawai = 0.44) yang sederhana manakala purata bagi faktor-faktor yang mempengar.....

95 hits

Filter
thesis ... (69)
article ... (598)
conference_item ... (12)
monograph ... (26)
bulletin ... (18)
research_report ... (8)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Abd +Rahim +Abdullah

+Maria +Shu +Hong +Bee +Abdullah

+Zolkipli +Abdullah

+Mohd +Abdullah +Jusoh

+Abdullah




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.