UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 6
Simplified search suggestions : Azizah Mat Ail
12015
thesis
Analisis penguasaan kemahiran penaakulan saintifik, kemahiran proses sains dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar sekolah menengah di jajahan Bachok, Kelantan
Azizah Mat Ail
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran penaakulan saintifik,kemahiran proses sains dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar sekolah menengah Jajahan Bachok, Kelantan. Responden terdiri daripada 293 orang pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat telah dipilih menggunakan pensampelan rawak berstrata. Kajian jenis kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan tiga instrumen iaitu soal selidik kemahiran abad ke-21, Ujian Bilik Darjah Lawson dan Ujian Kemahiran Proses Sains. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar adalah tinggi bagi setiap subskala kemahiran abad ke-21 dan sederhana bagi kemahiran proses sains dan rendah bagi kemahiran penaakulan saintifik. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kemahiran pemikiran inventif, komunikasi berkesan dan produktiviti tinggi berdasarkan tingkatan. Selain itu, terdapat perbezaan signifikan dalam penguasaan kemahiran pemikiran inventif dan produktiviti tinggi berdasarkan j.....

1144 hits

22015
thesis
Pelaksanaan modul projek penyiasatan dalam meningkatkan komunikasi dan kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah
Azizah Zain
Kajian ini bertujuan mengkaji pelaksanaan Modul Projek Penyiasatan dalam meningkatkan komunikasi, kemahiran sosial dan penglibatan kanak-kanak prasekolah melalui aktiviti 'hands-on '. Kaedah kajian yang digunakan adalah etnografi berdasarkan Teori Konstruktivisme dan Teori Interaksionalis. Subjek kajian terdiri daripada sepuluh orang kanak-kanak prasekolah di sebuah sekolah di daerah Kota Setaro Data primer terdiri daripada data pemerhatian, data temu bual dan data analisis dokumen. Kesemua data dianalisis menggunakan perisian Atlas Ti.O.7. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan aktiviti yang terdapat dalam Modul Projek Penyiasatan meningkatkan komunikasi kanak-kanak dengan guru, rakan dan persekitaran mereka. Kesan terhadap peningkatan komunikasi, keyakinan kanak-kanak berkomunikasi bersama individu lain bertambah baik. Dapatan juga menunjukkan komunikasi yang berlaku semasa aktiviti projek meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kanak-kanak terhadap topik yang diminati. Di samping itu.....

1550 hits

32019
thesis
Leadership behaviour, entrepreneurial orientation and organisational performance in Malaysian small and medium enterprises
Azizah Hashim
The purpose of this study was to identify the leadership behaviour, entrepreneurial orientation and organisational performance of Small and Medium Enterprises (SMEs) in Malaysia.  Three main constructs were selected namely leadership behaviour, entrepreneurial orientation and  organisational performance based on Resource Based Theory (RBT) by Galbreath (2005) and  Transformational Leadership Theory by Bass (1985). The research design used in this study was a  survey method and data were collected using quantitative approaches. The respondents were 401 owner  or manager of SMEs operating in manufacturing and service industries in Kuala Lumpur and Selangor.  The respondents were selected using the Stratified Sampling Technique. The study instrument applied  was questionnaires. The finding showed that transformational leadership has higher impact towards  organisational performance (β=0.257, S.E=0.055) than transactional leadership (β=0.220, S.E=0.054).  Entrepreneuri.....

1555 hits

42018
thesis
Pembinaan dan penilaian modul pengajaran program pemulihan dalam komuniti bagi aktiviti asas menggambar untuk pelatih Autisme
Azizah Suleiman
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pengajaran Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK)  Asas Menggambar untuk Pelatih Autisme bagi kegunaan petugas PDK. Kajian ini juga menilai tahap  keupayaan pelatih autisme terhadap aktiviti asas menggambar yang menjurus kepada lima jenis  aktiviti iaitu lukisan, catan, resis, capan, dan cetakan. Kerangka konseptual kajian gabungan  kualitatif dan kuantitatif ini diadaptasi dari model ADDIE,   MODEL   Bandura,   dan   ASSURE.    Kajian   reka   bentuk   dan   pembangunan melibatkan  tiga  fasa  utama  iaitu  Fasa  Analisis   Keperluan,  Fasa  Reka  Bentuk  dan Pembangunan  dan  Fasa  Implementasi  dan  Penilaian.  Teknik   Fuzzy  Delphi  digunakan untuk  menentukan  reka  bentuk  kandungan  Modul  Pengajaran  PDK  Asas   Menggambar untuk Pelatih Autisme telah disahkan oleh kesepakatan pakar. Teknik pengumpulan data  melalui  soal  selidik,  pemerhatian,  analisis  dokumen,.....

2305 hits

52023
thesis
Pembangunan dan kebolehgunaan garis panduan pelaksanaan program komuniti membaca
Azizah Arsad
Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah pelaksanaan program membaca yang dalam kalangan komuniti melalui pembangunan garis panduan. Pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan yang terdiri daripada fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan serta penilaian digunakan dalam penyelidikan ini. Sampel fasa analisis keperluan terdiri daripada tujuh orang pakar menggunakan protokol temu bual dan 30 dokumen sebagai alat kajian. Sejumlah 30 orang pakar terlibat dengan soal selidik Fuzzy Delphi (FDM1 dan FDM 2) sementara lima orang pakar terlibat dengan temu bual dalam fasa reka bentuk dan pembangunan. Terdapat 11 orang pakar terlibat dengan temu bual dalam fasa penilaian. Data bagi temu bual dianalisis secara tematik menggunakan ATLAS.ti 9 sementara buku rekod bacaan dianalisis secara diskriptif. Data bagi soal selidik pula dianalisis menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Dapatan fasa analisis keperluan menunjukkan kesepakatan pakar terhadap keperluan membangunkan Garis Panduan.....

112 hits

62021
thesis
Penggunaan teater boneka dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan domain psikomotor murid berkeperluan khas
Lakshmi Permal
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jika teknik teater boneka dalam pembelajaran murid berkeperluan khas (MBK) dapat meningkatkan domain psikomotor di kalangan mereka. Teater boneka ialah sebuah teknik alternatif pengajaran di mana para pengajar menggunakan teknik tersebut dalam usaha untuk menarik minat sesebuah subjek atau peristiwa kepada murid. Walaubagaimanapun, keberkesanan teater boneka sebagai kaedah pedagogi belum pernah dibuktikan dalam meningkatkan domain psikomotor, terutama bagi MBK walaupun aspek perkembangan ini dilihat sebagai amat penting untuk dipertingkatkan dalam perkembangan mereka. 10 peserta MBK telah dipilih sebagai responden bagi kajian lapangan yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah, Kuantan, Pahang yang mempunyai masalah psikomotor yang telah disahkan oleh guru mata pelajaran mereka. Oleh kerana itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pencapaian domain psikomotor menerusi penggunaan teater boneka di kalangan MBK serta .....

657 hits

Filter
thesis ... (6)
article ... (48)
monograph ... (2)
bulletin ... (1)
research_report ... (2)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Azizah +Mat +Ail




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.