UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Faiz Zulkifli |
1 | 2021 thesis | Pembangunan model regresi ordinal teori respons item teguh dalam meramal prestasi gred peperiksaan akhir pelajar Faiz Zulkifli Kajian ini bertujuan membangunkan model regresi ordinal teori respons item (TRI)
teguh dalam meramal prestasi gred peperiksaan akhir pelajar. Kaedah pembangunan
model adalah berasaskan model regresi ordinal iaitu model ganjil kumulatif (MGK) dan
analisis literatur bersistematik. MGK diubah suai dengan menerapkan TRI dan kaedah
teguh penganggar-M (pemberat Huber dan Tukey Bisquare). Sampel kajian terdiri
daripada 326 orang pelajar dari salah sebuah universiti awam di Malaysia yang
mendaftar kursus berkaitan STEM. Sementara enam orang pakar dalam bidang statistik
terlibat bagi mengesahkan kualiti sampel item soalan yang digunakan. Data kajian
dianalisis menggunakan analisis deskriptif, indeks tahap persetujuan Cohen Kappa,
analisis faktor, analisis pengukuran Rasch, plot diagnostik dan penyuaian model. Model
yang dibangunkan diuji kebagusannya terhadap data sebenar dan simulasi. Simulasi
Monte Carlo dijalankan berdasarkan faktor simulasi iaitu saiz sampel, kombinasi tahap
kes..... 558 hits |