UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 20 |
Simplified search suggestions : Ghazali Din |
1 | 2014 thesis | Kesan penggunaan buku bersiri Luqman al-Hakim terhadap perlakuan nilai akidah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah Nor Najiyah Ghazali Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan buku bersiri Luqman Al-Hakim melalui teknik penceritaan terhadap pembentukan nilai akidah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Tiga aspek perlakuan yang difokuskan ialah nilai beriman, bersyukur dan pembalasan. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimental melibatkan ujian, pemerhatian dan temu bual. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang kanak-kanak prasekolah berumur enam tahun yang terdiri daripada dua buah kelas di sebuah tadika. Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan. Kajian telah dijalankan selama enam minggu meliputi pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta proses penceritaan menggunakan buku bersiri Luqman Al-Hakim. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan ujian-t sampel tak bersandar untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi perlakuan nilai akidah antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan manakala data kualitati..... 1762 hits |
2 | 2015 thesis | An evaluation of the implementation of the school-based assessment system in Malaysia Nor Hasnida Che Md Ghazali The implementation of the school-based assessment (SBA) system is an effort in improving human capital development in a holistic manner and also to lessen the negative influences of exam-oriented education systems on students. The need to evaluate the new system is of critical importance as the SBA system is still in a relatively early stage of development. The research is conducted to evaluate the implementation of the SBA system in Malaysian schools by using Stufflebeam's CIPP (context-input-process-product) ModeL According to Stufflebeam, any programme could be evaluated from four dimensions of context, input, process and product. Applying the CIPP Model and supported by relevant learning theories - behaviourism, Piaget's learning theory, constructivism, multiple intelligence and brain research and the assessment models - formative model, the logic model and the SCAP (Social Constructivist Assessment Process) Model, this research examines the evaluation instrument in order to choose..... 1804 hits |
3 | 2016 thesis | Kepengarangan Muhammad Haji Salleh berasaskan model proses kreatif teksnaluri Ghazali Din Kajian ini bertujuan untuk membuktikan kewujudan dan pengaruh elemen naluri dalam kepengarangan Muhammad Haji Salleh. Kajian secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kerja lapangan ini menganalisis sebanyak 10 buah kumpulan puisi Muhammad Haji Salleh yang mengandungi 742 buah sajak dengan menggunakan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Model ini dibangunkan sebagai sebuah kerangka konsep bagi memperjelaskan pengaruh elemen naluri dalam kepengarangan seseorang pengarang. Terdapat tujuh elemen naluri yang menjadi teras untuk memahami peranan naluri dalam kepengarangan pengarang iaitu Naluri Kerohanian, Naluri Kemanusiaan, Naluri Kemasyarakatan, Naluri Keindividualan, Naluri Keintelektualan, Naluri Kealaman dan Naluri Keindahan. Hasil analisis ke atas 742 sajak dalam 10 kumpulan puisi ini menemukan kehadiran elemen naluri yang secara dominan mempengaruhi kepengarangan Muhammad Haji Salleh dalam proses kreatifnya. Elemen naluri yang paling dominan ditemui ialah Naluri Keala..... 2139 hits |
4 | 2017 thesis | Analisis hubungan antara Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan, gaya pengajaran dan efikasi guru Matematik sekolah rendah Affaf Ghazali Kajian tinjauan ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan guru matematik sekolah rendah tentang komponen Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK), gaya pengajaran dan efikasi dalam mengajar matematik serta hubungan yang wujud antara ketiga-tiga faktor ini dalam kalangan guru matematik sekolah rendah di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Tiga jenis soal selidik berskala Likert 5 dan satu ujian telah digunakan untuk pengumpulan data, iaitu soal selidik PPIK, soal selidik gaya pengajaran, soal selidik efikasi guru dan Ujian Pengetahuan Konseptual Pecahan. Sampel terdiri daripada 208 guru dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, seperti kekerapan, peratusan dan min, manakala statistik inferens yang terlibat menggunakan MANOVA, korelasi Pearson dan regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan bahawa PPIK dan efikasi dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berada pada tahap tinggi manakala gaya pengajaran dominan i..... 942 hits |
5 | 2017 thesis | Keberkesanan kaedah pembelajaran teradun dalam cerpen Hani Harliza Ghazali Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah pembelajaran teradun terhadap pencapaian, minat, pembelajaran kendiri dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar terhadap pengajaran cerpen. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimental telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan kelompok melibatkan 80 orang pelajar tingkatan lima aliran sains dan kemanusiaan yang dipilih secara rawak berpasangan di sebuah sekolah di daerah zon Bangsar Kuala Lumpur. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang pelajar kumpulan rawatan dan 40 orang pelajar kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra, ujian pasca dan juga soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan ujian-t untuk melihat kesignifikan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan signifikan terhadap pencapaian, minat, pembelajaran kendiri dan KBAT pelajar dalam kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. K..... 795 hits |
6 | 2010 thesis | Proses kreatif dan pemikiran: kajian puisi A. Wahab Ali dan Kemala Ghazali Din Disertasi yang bertajuk “Proses Kreatif dan Pemikiran: Kajian Puisi A. Wahab Ali dan Kemala” ini dibuat bertujuan mengkaji bagaimana mereka menghasilkan karya kreatif. Perbincangan memberi fokus kepada proses kreatif dan pemikiran dari hasil karya yang dihasilkan yang bertitik tolak daripada latar belakang kehidupan dan pendidikan. Aspek ini dianggap relatif dengan dunia penulisan kreatif dalam semua genre kesusasteraan. Setiap pengarang mempunyai proses kreatif tersendiri yang memberi kesan kepada karya yang dihasilkan. Pengkaji melihat penyair A. Wahab Ali dan Kemala memiliki kekuatan rohaniah dan jasmaniah serta pengaruh bakat dan psikologi yang perlu dikaji bagi menjawab persoalan bagaimana pengalaman hidup dan pendidikan mempengaruhi proses kreatif mereka melahirkan karya yang mencapai pengiktirafan peringkat nasional, serantau dan dunia. Persoalan kedua, keperluan melihat bagaimana proses kreatif berlaku dari peringkat awal hingga menjadi sebuah karya. Proses kreatif penyair ..... 3152 hits |
7 | 2018 thesis | Analisis persejarahan baharu dalam novel Melayu terpilih Ghazali Taib Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis novel Melayu terpilih dari
perspektif Persejarahan Baharu. Bagi mencapai tujuan itu, tiga objektif ditetapkan iaitu,
mengenalpasti dan menganalisis hubungan kait unsur sejarah baharu dengan sejarah lama
jungkir balik sejarah, pemaknaan baharu, menganalisis hubung kait unsur sejarah baharu
dengan ideologi pengarang serta menjelaskan sisipan elemen mimikri dalam novel yang
dikaji. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan. Sumber utama data kajian ialah novel
`1515` oleh Faisal Tehrani (2003) dan novel
`Luka Nering` karya Malim Ghozali PK (2014). Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan
dan dibincangkan secara deskriptif berpandukan empat prinsip Persejarahan Baharu.
Berdasarkan analisis yang dilakukan, kajian ini mendapati unsur sejarah..... 1707 hits |
8 | 2013 thesis | Keberkesanan sistem pengurusan pembelajaran ExeLearn di dalam pembelajaran Geografi Ghazali Abdul Hamid Persekitaran pembelajaran berasaskan penggunaan sistem pengurusan pembelajaran
masih baru diperkatakan di negara ini. Walaupun telah ada usaha untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan kaedah tersebut, tetapi masih belum ada sistem pengurusan
pembelajaran yang benar-benar mantap untuk dilaksanakan di sekolah di negara ini. Sistem
ExeLearn merupakan sistem pengurusan pembelajaran berasaskan web yang dibangunkan dan direka bentuk
oleh pengkaji agar menepati aspek isi kandungan pelajaran dan aspek pedagogi di samping memupuk
pembelajaran secara konstruktivisme. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi dengan
ujian pra dan ujian pasca. Kajian dijalankan terhadap dua kumpulan murid tingkatan dua di dalam
mata pelajaran Geografi, iaitu satu kumpulan belajar dengan menggunakan sistem ExeLearn, manakala
satu kumpulan lagi belajar dengan menggunakan kaedah tradisional. Kajian bertujuan menilai
keberkesanan peng..... 482 hits |
9 | 2022 thesis | Analisis kontrastif frasa adjektif bahasa Arab dan bahasa Melayu dalam cerpen Shahrul Anuwar Mohd Ghazali Pengaruh bahasa Arab telah meresap ke dalam bahasa Melayu. Kemasukan
perbendaharaan kata bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu menyebabkan wujud kosa
kata pinjaman bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa Arab. Selain itu, pengaruh
bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda memberi kesan kepada pelajar dalam menguasai
bahasa Arab. Pengetahuan dan pengalaman bahasa pertama sering digunakan oleh
pelajar semasa mempelajari bahasa asing. Hal ini menimbulkan kekeliruan kepada
pelajar dalam memahami dan menguasai struktur frasa bahasa Arab. Ini kerana, struktur
frasa adjektif berbeza antara bahasa Arab dengan bahasa Melayu. Oleh demikian, kajian
ini bertujuan untuk menentukan jenis frasa adjektif dalam bahasa Arab dan bahasa
Melayu serta mengkaji aspek persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua bahasa
berdasarkan cerpen karya Mustafa Lutfi al-Manfaluti dan Shahnon Ahmad. Metodologi
kajian yang dijalankan adalah melalui pendekatan kualitatif secara analisis dokumen
menggunakan kajian perpust..... 808 hits |
10 | 2022 thesis | The best practices of STEM education for children aged 5-6 years old Muhammad Nur Azam Ghazali The purpose of this study is to determine how STEM education can bridge the gap
between the productivity of early childhood educators and government policies in
elevating the quality of education based on 21st century learning in Malaysia. There
are 4 objectives of this study which are (i) explore the best practice in Early Science
towards the implementation of STEM activity in kindergarten; (ii) explore the best
practice in Early Mathematics towards the implementation of STEM activity in
kindergarten; (iii) explore technology-assisted teaching tools towards the
implementation of STEM activity in kindergarten; and (iv) explore engineering activity
towards the implementation of STEM activity in kindergarten. The method of
exploratory case study was used to design this study, which was based on a qualitative
study. It was successfully carried out at three different private kindergartens in
Malaysia, with four kindergarten teachers and 39 kindergarten students participating.
T..... 1070 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 2 | [ Next ] [ Last ] |