UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 6
12005
conference_item
Persepsi terhadap orang Jepun: dari sudut komunikasi antara budaya
Mohd Ali Suraiya,
Isu 'persepsi antara budaya' membawa kita kepada persoalan tentang peranan 'persepsi' dan kerelevenannya. 'Persepsi' memainkan peranan utama berhubungkait dengan perlakuan dan aktiviti manusia dan dari situ persepsi menjadi pengaruh utama ke atas perlakuan dan aktiviti manusia apabila manusia berkomunikasi antara satu sarna lain. Secara ringkasnya, 'persepsi bukan sekadar gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran kita sahaja, malah ianya secara langsung menentukan cara seseorang berhubung dengan orang lain dan apa yang berlaku kepada dirinya, iaitu pengalaman seseorang dalam konteks hubungan tersebut. Oleh itu, isu 'persepsi antara budaya' lebih sahih dan reieven sekiranya dilihat dari sudut konteks komunikasi antara budaya. Saya akan menghuraikan persepsi saya terhadap orang Jepun, sebagai seorang wanita Melayu yang pemah tinggal dan belajar di Jepun, sebagai seorang yang sedikit sebanyak mengenali adat resam orang Jepun serta dapat berkomunikasi dengan orang Jepun dengan menggun.....

432 hits

22005
conference_item
Dilema Melayu Samsam: Persepsi antara kelompok minoriti Melayu bertuturan Thai di Daerah Kubang Pasu dengan masyarakat Melayu arus perdana
Hasan Mohd Yusof,
Kertas kerja ini merupakan satu keperihalan awal tentang persepsi di antara orang-orang Melayu bertuturan Thai dengan orang-orang Melayu ams perdana. Orangorang Melayu kelompok minoriti berkenaan terdapat di Mukim Hosba, Kubang Pasu, Mukim Binjal dan Mukim Ternin di Daerah Kubang Pasu. Mereka ini adalah terdiri dari orang-orang Melayu yang beragama Islam, tetapi bertutur dalarn bahasa Thai atau bahasa Siam sebagai bahasa ibunda mereka. Dalarn komunikasi sehari-hari mereka hanya bertutur dalam bahasa Thai, tetapi tidak tahu membaca atau menulis bahasa tersebut. Dan mereka tidak bemsaha untuk mempelajari cara menulis dan membaca bahasa berkenaan. Oleh sebab perbezaan penggunaan bahasa pertuturan orang-orang minoriti ini dengan bahasa pertuturan orang Melayu arus perdana, pihak rninoriti memperlihatkan persepsi berbeza dari segi psikologinya. Bila orang-orang minoriti bertutur bahasa Melayu arus perdana, mereka memperlihatkan pelat atau loghat yang ketara. Hal ini menimbulkan sikap negati.....

1743 hits

32005
conference_item
Kesantunan Bahasa: pertembungan antara budaya melayu-bukan melayu dan islam-bukan islam
Ja'afar Salinah,
Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa seringkali dapat dilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa hams sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat seringkali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut. Budaya kesantunan masyarakat Melayu pula seringkali dikaitkan dengan agama Islam. Setiap masyarakat mempunyai norma dan nilai kesantunan bahasa yang berbeza. Masyarakat Malaysia yang memang sudah dikenali sebagai masyarakat majmuk tidak dapat lari daripada mengalami pertembungan budaya. Peristiwa perkahwinan campur bukanlah gejala yang barn berlaku di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia, malah sudah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat "Malaysia" yang berbilang kaum. Pertembungan budaya ini juga telah menimbulkan pelbagai ragam dan.....

446 hits

42003
conference_item
Nilai-nilai perwatakan Melayu dalam imej warna: satu penelitian Etnografi seni
Hasan Achmad Sopandi,
Dalam masyarakat Melayu penggunaan warna biasanya dijumpai dalam pelbagai artifak. Warna alam semula jadi lebih banyak digunakan untuk bahan pewama, diperolehi daripada bahan pewama yang ‘mesra alam’ yang sebati dengan kehidupan seharian masyarakat Melayu. Perkara itu telah wujud sejak berabad-abad yang lalu, malah dipercayai wujud dari zaman prasejarah lagi. Orang Melayu pada zaman dahulu mengambil berat tentang nilai-nilai dan perwatakan warna. Warna digunakan rneluas dalam masyarakat Melayu, imej dap satu warna menurut kepercayaan, pengguna akan aman damai dan jauh dari malapetaka. Warna tradisional tempatan ialah satu warisan milik orang Melayu yang memiliki makna dan nilai-nilai yang melibatkan cara hidup, ekonomi, alam persekitaran. Dari faktor ini lahimya pelbagai bentuk kraftangan dan artifak tradisional Melayu. Dalam penggunaan warna trad sional Melayu, pandai tukang memainkan peranan yang penting. Warna wujud kerana keperluan kehidupan seperti untuk berkomunikasi, adat is.....

1358 hits

52003
conference_item
Peranan dan permasalahan Bahasa Melayu dalam memperkukuhkan peradaban melayu pada abad ke-21
Abdul Hamid Nor Zakiah, Mis Mohammed Azlan,
Semenjak Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu) mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu memainkan peranan utama sebagai bahasa rasmi dalam segala urasan pentadbiran negara. Bukan itu sahaja, bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa perpaduan, iaitu bahasa komunikasi yang digunakan untuk berhubung di antara mdividu pelbagai kaum di Malaysia. Peranan bahasa Melayu semakin berkembang sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, malah juga di Sabah dan Sarawak. Selang beberapa tahun kemudian apabila bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa pengantar pendidikan dalam Akta Pelajaran 1961, kedudukan bahasa Melayu menjadi semakin mantap. Bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara yang melibatkan pendidikan di semua peringkat .....

2829 hits

62003
conference_item
Masalah keluarga Melayu bandar: isu dan cabaran
Ab. Rahman Hamidah, Ab. Kadir Hamdan,
Kertas kerja ini membincangkan dua isu terkini dan utama yang dihadapi oleh institusi keluarga di lapan daerah di negeri Johor, Malaysia (Johor Bahru, Mersing, Kota Tinggi, Pontian, Kluang, Muar, Batu Pahat dan Segamat). Sejumlah 517 sampel keluarga Melayu yang mempunyai masalah keluarga dipilih secara rawak mengikut masalah keluarga iaitu Keluarga tunggal dan Penceraian. Faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya kedua-dua masalah tersebut dibincangkan seperti faktor ekonomi, pengangguran/pekerjaan, komunikasi, perubahan nilai, tanggungjawab dan urbanisasi. Kaedah kajian ialah dengan menggunakan kaedah soa! selidik. Pemilihan sampel keluarga bermasalah dibuat berasaskan bilangan keluarga bermasalah di lapan daerah di Johor seperti yang terdapat di berbagai jabatan kerajaan dan badan sukarela. Responden kajian terdiri daripada ketua keluarga (ibu/bapa). Profil keluarga bermasalah dibentang dalam bentuk peratusan dan dibuat berasaskan kepada kekerapan. Manakala skor min dan peratusan .....

1022 hits

Filter
thesis ... (129)
article ... (183)
book_section ... (1)
conference_item ... (6)
monograph ... (43)
bulletin ... (15)
research_report ... (1)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Komunikasi

+Bahagian +Komunikasi +Korporat +UPSI

+Teknologi +maklumat +dan +komunikasi

Teknologi+maklumat+dan+komunikasi

+Penggunaan +bahan +bantu +mengajar +berasakan +teknologi +maklumat +dan +komunikasi +dalam +pengajaran +dan +pembelajaran +pendidikan +islam




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.