UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 7
12018
research_report
Kajian perbandingan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) seiring KSSM Geografi di sekolah
Mohmadisa Hashim
Tujuan kajian ini adalah membuat perbandingan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Geografi dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Geografi Sekolah Menengah. Kajian ini melibatkan analisis dokumen kurikulum geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran geografi dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil analisis mendapati sebanyak 14 kursus daripada 16 kursus ISMP Geografi adalah selaras dengan DSKP Geografi KSSM Tingkatan 1 hingga 3. Dapatan kajian juga mendapati lapan topik DSKP Geografi KSSM adalah tidak diberi penekanan dalam Rancangan Instruksional (RI) ISMP Geografi iaitu, dua topik adalah daripada Tingkatan 1 iaitu Kedudukan dan Lakaran Peta Malaysia; tiga topik daripada Tingkatan 2 iaitu Telekomunikasi di Malaysia, Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia serta Teknologi Hijau; dan tiga topik daripada Tingkatan 3 iaitu Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia, Hidup.....

258 hits

22018
research_report
Kaedah Talaqqi Musyafahah dalam pengajaran Al-Quran Wa Al-Hifz Kurikulum Dini SABK di Perak.
Norhisham Muhamad
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan Talaqqi Musyafahah pengajaran al-Quran Kurikulum Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Perak, mengenal pasti tahap pencapaian bacaan al-Quran dan hubungan antara pelaksanaan Talaqqi Musyafahah dengan pencapaian bacaan al-Quran pelajar SABK. Maklumat kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif melalui soal selidik dengan melibatkan 304 orang pelajar tingkatan empat SABK di negeri Perak. Data kajian yang dikumpul, diproses dengan menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Penemuan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Talaqqi Musyafahah berada pada tahap tinggi (min=4.15,sp.=0.65) dan pencapaian bacaan al-Quran pelajar adalah tinggi (min=4.28,sp.=0.52). Kajian juga menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang sederhana tinggi (r=0.514,p..

347 hits

32018
research_report
Implementasi elemen sinografi dalam penciptaan karya kreatif pelajar menengah atas menerusi produksi teater di Sekolah Seni Malaysia, Johor
Zolkipli Abdullah
Implementasi elemen sinografi dalam penciptaan karya kreatif dan artistik saling berdampingan dan juga merupakan komponen penting dalam proses teaterikal sesebuah produksi teater. Ini kerana komponen sinografi menggabungkan elemen rekaan visual dan idea kreatif dalam bentuk abstrak, realistik dan eksperimental mengikut konsep dan tema naskah yang dipentaskan. Kajian ini dijalankan menerusi kaedah kualitatif yang berpandukan data yang ditemukan karya teater produksi kesenian menengah atas dan kurikulum pengajaran dan pembelajaran elemen sinografi ke atas 20 orang pelajar dan 2 orang guru. Justeru kajian memperlihatkan peranan sinografi dalam menghasilkan suatu pementasan produksi teater di Sekolah Seni Malaysia, Johor yang berkesan dengan penerapan corak pengajaran dan pembelajaran yang memberi fokus kepada pembinaan kemahiran pemikiran kreatif dan inovatif melalui aktiviti eksplorasi untuk menghasilkan idea serta daya cipta yang berkualiti. Selain itu ia turut memperlihatkan.....

283 hits

42018
research_report
Pembinaan model kompetensi profesionalisme dan Pedagogi guru Geografi pra universiti
Hanifah Mahat
Kajian ini bertujuan bagi mengkaji kompetensi profesionalisme guru dalam kurikulum geografi pra universiti tingkatan enam di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan mix method iaitu bagi kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan 200 orang guru geografi seluruh Malaysia yang dipecahkan kepada lima zon; Zon Utara, Zon Tengah, Zon Pantai Timur, Zon Selatan dan Zon Malaysia Timur yang dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Manakala kaedah kualitatif adalah dengan menggunakan teknik pemerhatian dengan melibatkan responden yang terdiri daripada tiga orang guru yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun mengajar mata pelajaran Geografi Tingkatan Enam dan bertugas di sekitar daerah Batang Padang, Perak dan daerah Hulu Selangor, Malaysia. Konstruk yang dinilai adalah pengetahuan profesionalisme, pengetahuan kandungan subjek, pengetahuan pedagogi kandungan, pengetahuan teknologi pedagogi, sikap dan nilai profesionalisme keguruan guru yang.....

274 hits

52018
research_report
Meneroka pendidikan kewarganegaraan global di sekolah-sekolah
Hamidah Yusof
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pendidikan kewarganegaraan global di sekolah rendah dan menengah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengumpul data melalui soal selidik. Soalan pertama hingga ketiga telah mendapat data daripada 49 orang; soalan keempat data daripada 87 orang guru; dan soalan kelima diperoleh daripada 155 pelajar diploma di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Guru-guru yang menjadi responden terdiri daripada guru sekolah rendah dan menengah mengajar di sekolah-sekolah wilayah persekutuan, selangor, dan perak. Kajian ini mengkaji kurikulum dan buku teks Tahun 5 dan Tahun 6 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi sekolah menengah bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Jasmani,Pendidikan Modal dan Sejarah. Dapatan kajian ini mendapati elemen pendidikan kewarganegaraan global ada dalam kurikulum dan buku teks kebanyakan mata pelajaran yang dikaji. Guru-guru juga menerapkan bebera.....

540 hits

62018
research_report
Pembangunan model pengajaran guru pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional UPSI (TVETaGogi) berasaskan Project Oriented Problem Based Learning dan Work Based Learning
Ridzwan Che Rus
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul pengajaran guru pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVETaGogi) berasaskan Project Oriented Problem Based Learning dan Work Based Learning. Proses untuk membangunkan modul TVETaGogi adalah berpandukan model ADDIE yang mengandungi tiga fasa. Data fasa pertama melibatkan analisis keperluan dengan menggunakan soal selidik yang dijalankan ke atas 2 orang tenaga pengajar dan 62 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk dan Teknologi) dengan kepujian yang mengambil mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Pertanian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dapatan daripada item soal selidik dianalisis secara deskriptif untuk mengenal pasti keperluan bagi pembinaan modul TVETaGogi. Data fasa kedua peringkat reka bentuk modul diperoleh melalui teknik Delphi Ubahsuai berdasarkan pandangan dan keputusan sembilan ahli panel pakar yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang pertanian, teknologi pendi.....

245 hits

72018
research_report
Pembangunan modul Adventure-Based Learning untuk Kursus Statistik Asas peringkat Diploma
Nor ain Mohd Tajudin
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Adventure-Based Learning yang dikenali sebagai MARBLE bagi kursus Statistik Asas peringkat Diploma. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan yang telah dilaksanakan dalam lima fasa: (1) Analisis (2) Reka bentuk MARBLE, (3) Pembangunan MARBLE(4) Pelaksanaan pengajaran, dan (5) Penilaian MARBLE. Instrumen kajian ialah Soal Selidik Kesahan Kandungan dan Soal Selidik Kebolehpercayaan MARBLE. Kesahan modul dilaksanakan oleh tiga pakar bidang Pendidikan Matematik. Sampel kajian untuk menentukan kebolehpercayaan modul dipilih secara rawak terdiri daripada 30 guru pra-perkhidmatan matematik daripada sebuah Univeristi Awam. Dapatan kajian menunjukkan (1) Indek kesahan kandungan MARBLE ialah 1.00, dan (2) Indek kebolehpercayaan MARBLE iaitu nilai alfa Cronbach ialah 0.84. MARBLE merangkumi empat aktiviti iaitu Adventure Berjalan Kaki, Adventure Flying Fox, Adventure Rentas Halangan dan Adventure Berkonsepkan Abseiling. Pelbagai tugasan kompleks dalam.....

161 hits

Filter
thesis ... (165)
article ... (202)
book_section ... (3)
conference_item ... (1)
monograph ... (58)
bulletin ... (9)
research_report ... (7)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Kurikulum

+kurikulum +jean +piaget

+Kurikulum +dalam +sukan +olahraga

+Kurikulum +dalam +sukan

pengajaran+dan+kurikulum




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.