UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 13
Simplified search suggestions : M K Ahmad
12021
final_year_project
Pembinaan transformation Geoboard sebagai alat bantu mengajar untuk tajuk transformasi isometri tingkatan dua
Aishah Syawallina Ahmad Zazali
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina sebuah alat bantu mengajar iaitu Transformation Geoboard yang mempunyai kesahan dan kebolehgunaan yang tinggi. Pembinaan Transformation Geoboard ini adalah untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk Transformasi Isometri Tingkatan Dua. Kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan kerana kajian ini melibatkan pembinaan produk. Terdapat dua jenis instrumen bagi kajian ini, iaitu Soal Selidik Kesahan Muka dan Kandungan Transformation Geoboard dan Soal Selidik Kebolehgunaan Transformation Geoboard. Data yang diperolehi daripada instrumen yang melibatkan kesahan Transformation Geoboard dianalisis untuk mendapatkan nilai peratusan kesahan kandungan Transformation Geoboard yang dibina. Manakala, data daripada instrumen yang melibatkan kebolehgunaan Transformation Geoboard dianalisis untuk mendapatkan nilai skor min. Kesahan kandungan Transformation Geoboard dalam kajian ini diperolehi daripada tiga orang pakar iaitu d.....

1733 hits

22021
final_year_project
Perbezaan kinematik antara kaki dominan dan bukan dominan ketika tendangan kapak dan hadapan dikalangan atlit elit dalam sukan taekwondo
Ahmad Fahmy Al-Haqim Harun
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan kinematik antara kaki dominan dan bukan dominan ketika tendangan kapak dan hadapan dikalangan atlit elit dalam sukan taekwondo. Seramai 10 orang peserta kajian yang terdiri daripada atlet elit taekwondo universiti pendidikan sultan idris kajian ini dijalankan secara eksperimental bagi kaki dominan dan bukan dominan ketika tendangan hadapan dan kapak dilakukan oleh atlit elit taekwondo. Instrumen yang digunakan adalah menggunakan applikasi kinovea untuk mengukur perbezaan pada ketinggian puncak tendangan, sudur lutut tendangan dan halaju tendangan terhadap kaki dominan dan bukan dominan bagi tendangan hadapan dan kapak. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial SPSS versi 25.0 bagi menjawab persoalan-persoalan dalam kajian ini. Hasil analisis ujian sampel-T berpasangan telah menunjukkan tiada perbezaan yang mempengaruhi antara kaki dominan dan bukan dominan ketika tendangan kapak dan hadapan di.....

827 hits

32021
final_year_project
Penilaian tahap kecergasan fizikal dan tabiat pemakanan di kalangan pelajar UPSI
Mohamad Firdaus Ahmad
Kajian ini bertujuan untuk melihat kekerapan aktiviti fizikal tahunan di kalangan pelajar, melihat masa yang diambil oleh pelajar untuk melakukan aktiviti fizikal, melihat rutin harian pemakanan pelajar di waktu pagi, mengenalpasti makanan utama dalam kehidupan seharian setiap pelajar dan mengenalpasti pengambilan makanan ringan di kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Reponden kajian ini melibatkan 375 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah dipilih secara rawak. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data kajian ialah soal selidik yang mengandungi 18 item soalan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian SPSS 23. Hasil kajian menunjukkan seramai 37.6% pelajar menyatakan mereka selalu beraktiviti fizikal sepanjang tahun, 52% pelajar memperuntukkan masa 1-2 jam serninggu. Seterusnya, analisis bagi tabiat pemakanan menunjukkan 34.4% pelaja.....

1843 hits

42019
final_year_project
Kajian terhadap faktor persekitaran yang mempengaruhi tahap kemahiran sosial pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar
Muhammad Badrul Amin Ahmad Fuad
Kajian ini dibuat untuk mengkaji faktor persekitaran yang mempengaruhi tahap kemahiran sosial pelajar tingkatan empat dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Responden kajian terdiri daripada 150 orang pelajar tingkatan empat dan lima SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Data yang diperoleh adalah merangkumi analisis deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23 baig mendapatkan frekuensi,peratusan, min, ujian – T, ANOVA, Korelasi Pearson dan Regresi linear pelbagai. Hasil daripada analisis deskriptif yang dilakukan menunjukkan bahawa tahap kemahiran sosial adalah pada tahap tinggi. Hasil ujian – T dan ANOVA menunjukkan perbezaan antara tahap kemahiran sosial dengan demografi. Hasil daripada analisis korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan positif antara faktor perseki.....

402 hits

52023
final_year_project
Pembangunan E-Modul Easy Learning Electric bagi topik Reka Bentuk Elektrik dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan 2
Ahmad Nabil Mohd Saharum
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menambahbaik silibus pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu bersepadu (KHB) kepada subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di peringkat sekolah menengah pada tahun 2016. Salah satu topik yang dimasukkan adalah Reka Bentuk Elektrik untuk tingkatan dua. Topik ini merupakan salah satu topik yang agak susah untuk diajar oleh para guru di sekolah serta susah untuk murid fahami dengan pantas. Oleh hal yang demikian, pengkaji membangunkan sebuah modul iaitu E-Modul Easy Learning Electric bagi topik Reka Bentuk Elektrik dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan 2. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti keperluan bahan bantu mengajar (BBM) bagi topik Reka Bentuk Elektrik dalam kalangan pelajar dan guru untuk mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, membangunkan sebuah E-Modul Easy Learning Electric bagi topik Reka Bentuk Elektrik sebagai bahan rujukan bagi membantu pelajar Tingkatan 2 dalam menguasai topik elektrik dan menilai kesahan penggu.....

1162 hits

62023
final_year_project
Eksplorasi Variasi Tumbuhan Malar Hijau Dalam Mewujudkan Kelestarian Persekitaran Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Nayli Ahmad Zaki
Kajian ini telah dipilih untuk mengkaji tentang “Eksplorasi Variasi Tumbuhan Malar Hijau Dalam Mewujudkan Kelestarian Persekitaran Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)”. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji elemen dalam reka bentuk landskap berkonsepkan kelestarian semulajadi dalam persekitaran kampus, menghasilkan cadangan reka bentuk landskap dengan merangkumi 5 fasa iaitu analisis dan inventori tapak cadangan, kajian visual, kajian konsep, penghasilan pelan induk dan penghasilan model 3D dan membangunkan sebuah model 3D reka bentuk landskap berkonsepkan kelestarian semula jadi dalam persekitaran kampus berdasarkan tema yang diberikan. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian studio, kaedah kajian lapangan, kaedah pengumpulan data dan analisis data. Pengkarya berharap melalui penulisan ini, ia dapat membawa perubahan yang positif kepada warga UPSI mengenai keindahan kelestarian tumbuh-tumbuhan yang wujud di persekitaran kampus.....

187 hits

72023
final_year_project
Kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap sikap profesionalisme dalam latihan mengajar di sekolah
Nor Yasmin Ahmad Ghazali
Kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam terhadap sikap profesionalisme adalah penting. Hal ini kerana dengan mengamalkan sikap profesionalisme dapat menjadi guru pelatih tersebut menjadi seorang guru yang berkualiti pada masa akan datang. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap sikap profesionalisme dalam latihan mengajar. Kajian dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan instrument borang soal selidik. Kajian ini melibatkan 31 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam UPSI daripada semester 6 dan semester 7 yang telah menjalani Latihan Mengajar 1 (LM1) pada Ogos 2022 sehingga Oktober 2022. Hasil dapatan kajian yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dengan kaedah desktiptif untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian. Hasil dapatan kajian mendapati persepsi guru pelatih Pendidikan Islam terhadap profesionalisme adalah tinggi (min=4.2.....

279 hits

82023
final_year_project
Motivasi dan faktor kebolehpasaran graduan dalam bidang kemahiran di Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI
Izzatul Husna Ahmad Sahar
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti motivasi pelajar dan faktor kebolehpasaran graduan dalam bidang kemahiran di Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI. Antara faktor kebolehpasaran yang dikaji adalah faktor dari segi kemahiran interpersonal, kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran etika dan moral. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang dijana dalam bentuk perisian Google Forms sebagai instrumen pengukuran kajian. Kajian rintis juga telah dilaksanakan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai Cronbach’s Alpha yang diperoleh adalah 0.910. Peserta kajian adalah seramai 140 orang responden terdiri daripada graduan Fakulti Teknikal dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris melibatkan pelbagai peringkat pengajian iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science Social.....

138 hits

92024
final_year_project
Tinjauan hubungan tahap pengetahuan teknologi Pedagogi kandungan guru dengan gred purata mata pelajaran STEM SPM di Sekolah Menengah Daerah Kuala Selangor
Nur Ilyana Ahmad Razali
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap Pengetahuan Teknologi, Pedagogi, Kandungan (PTPK) guru yang melibatkan empat konstruk iaitu: Pengetahuan Teknologi (PT), Pengetahuan Pedagogi (PP), Pengetahuan Kandungan (PK) dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) serta hubungannya terhadap Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) STEM SPM di sekolah menengah daerah Kuala Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Set instrumen soal selidik yang mengandungi empat konstruk berskala Likert empat mata iaitu konstruk teknologi, pedagogi, kandungan dan PTPK digunakan untuk pengumpulan data. Instrumen soal selidik telah mencatatkan nilai CVI 0.98, manakala nilai Alpha Cronbach adalah 0.87. Maka, kedua-dua nilai ini boleh ditafsirkan sebagai diterima dan cemerlang. Seramai 97 orang guru yang mengajar tingkatan empat dan lima bagi mata pelajaran sains, biologi, fizik, kimia, matematik serta matematik tambahan di sekolah menengah daerah .....

65 hits

102024
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan \"Gravina 5\" bagi topik kegravitian dalam kalangan pelajar tingkatan empat
Nor Arina Safiah Ahmad Termizi
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membangunkan dan menguji kesahan serta mengenalpasti kebolehgunaan permainan ‘GraviNa 5’ dalam kalangan pelajar fizik tingkatan empat. Kajian ini adalah berbentuk kajian reka bentuk pembangunan dengan menggunakan model ADDIE di mana pendekatan kuantitatif kepada 59 orang responden dilakukan. Teknik persampelan rawak mudah digunakan 59 orang pelajar fizik tingkatan empat di sekolah di daerah Alor Gajah, Melaka dan di bahagian kebolehpercayaan intrumen, kajian rintis dijalankan kepada 15 orang pelajar fizik tingkatan empat daripada sekolah yang berbeza. Kajian ini menggunakan peratusan persetujuan pakar (%) serta kaedah analisis data deskriptif dengan mengambil nilai skor min dan sisihan piawai daripada perisian Statistic Package for Social Science (SPSS). Kesimpulannya, pembangunan permainan ‘GraviNa 5’ ini telah mencapai objektif kajian di mana dapat dibuktikan mempunyai tahap kebolehgunaan yang baik dan tinggi dalam kalan.....

27 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (120)
article ... (934)
book ... (3)
book_section ... (2)
conference_item ... (15)
monograph ... (52)
bulletin ... (27)
research_report ... (5)



Specific Period







Top 5 related keywords

+M +K +Ahmad




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.