AbstractKajian ini menguji kesan latihan Mindfulness Acceptance Commitment-Physical (MAC-
P) dan Psychological Skill Training (PST) ke atas prestasi aerobik, anaerobik, kekuatan
mental, dan efikasi kendiri fizikal. Modul MAC-P dan PST dibina berdasarkan pendekatan alternatif
dan konvensional dalam psikologi sukan untuk latihan aerobik dan anaerobik, serta telah melalui
proses kesahan oleh lima orang pakar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen.
Instrumen kajian terdiri daripada ujian Bleep dan Wingate, Mental Toughness Questionnaire (MTQ),
dan skala efikasi kendiri fizikal. Subjek adalah pelajar semester satu Sains Kejurulatihan, yang
diagihkan secara rawak kepada kumpulan MAC-P (n=21), PST (n=21) dan kawalan (n=21). Analisis
Kovarians (ANCOVA) menunjukkan kesan intervensi yang signifikan ke atas prestasi
pasca V̇ O2max [F(2,59)= 8.12, p..