UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Nor Hadisah Mohamed Shalikin |
1 | 2023 Final Year Project | Kepelbagaian pendekatan pengajaran dalam kalangan guru Bahasa Arab di Sekolah Agama Menengah Jeram Kuala Selangor Nor Hadisah Mohamed Shalikin Proses pengajaran dan pemudahcaraan mementingkan kepada kesesuaian bentuk pedagogi yang
dipilih oleh guru. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang bentuk-bentuk pedagogi
yang diaplikasikan, pendekatan pengajaran yang digunakan dan tahap penggunaan teknologi di
kalangan guru subjek Al-Lughah Al-Arabiyyah Al-Mu’asirah sepanjang proses PdPc LAM.
Tambahan pula, kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif dengan menerapkan pelaksanaan
temubual separa berstruktur, merangkumi empat persoalan temubual yang bakal menjawab
persoalan kajian ini dan melibatkan seramai sepuluh orang guru subjek Al-Lughah Al-Arabiyyah
Al-Mu’asirah sebagai responden kajian dari Sekolah Agama Menengah Jeram, Kuala Selangor,
Selangor. Hasil dapatan menunjukkan kepelbagaian bentuk pedagogi yang diterapkan guru
seperti jenis pembelajaran: heautagogi, peeragogi, sibergogi, bentuk pedagogi kontemporari:
pembelajaran berasaskan projek mahupun inkuiri, dan aktiviti yang menerapkan pembelajaran
abad..... 674 hits |
2 | 2024 Article | Kepelbagaian pendekatan pengajaran dalam kalangan guru mata pelajaran al-lughah al-arabiyyah al--mu'asirah Nor Hadisah Mohamed Shalikin Penguasaan bahasa Arab adalah bergantung kepada keberhasilan suatu proses pengajaran berdasarkan
pemahaman guru terhadap kurikulum dan pendekatan pengajaran yang diaplikasikan semasa proses pengajaran
dan pemudahcaraan(PdPc). Hal ini membuka ruang kepada guru-guru untuk mempelbagaikan lagi pendekatan
pengajaran dengan menggunakan pendekatan pengajaran moden dan tidak lagi bergantung kepada pendekatan
pengajaran tradisional sahaja secara sepenuhnya dalam proses PdPc bahasa. Kajian ini bertujuan untuk meneroka
bentuk-bentuk pedagogi yang diaplikasikan guru, jenis-jenis pendekatan pengajaran yang digunakan guru subjek
LAM sama ada bersifat tradisional atau moden, dan tahap penggunaan teknologi oleh mereka sepanjang kelas
PdPc berlangsung. Seramai sepuluh orang guru mata pelajaran Al- Lughah Al-‘Arabiyyah Al-Mu’asirah (LAM)
terlibat dalam kajian ini sebagai responden. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan proses
temubual separa berstruktur sebagai proses pegum..... 10 hits |