UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 11
Simplified search suggestions : Nur Ain Kamal
12015
thesis
Faktor-faktor keusahawanan yang menyumbang kepada kejayaan koperasi kredit yang cemerlang di Malaysia
Mustapa Kamal Maulut
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sifat-sifat keusahawanan cemerlang yang dimiliki oleh Anggota Lembaga Koperasi Kredit yang cemerlang untuk dijadikan contoh Anggota Lembaga Koperasi yang lain. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk mengumpul data utama dari tiga puluh lima buah koperasi kredit yang cemerlang. Seramai 190 orang Anggota Lembaga Koperasi Kredit telah terpilih sebagai responden. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu Ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda. Pemboleh ubah yang diuji ialah fenomena kejayaan koperasi kredit selaku pemboleh ubah bersandar dengan sembilan dimensi sebagai pemboleh ubah bebas iaitu penetapan matlamat sukar, penetapan matlamat jelas, personaliti berorientasikan tindakan, personaliti berorientasikan keadaan, pengetahuan perancangan, pengetahuan kepimpinan, pengetahuan pengurusan, motivasi dan pembiayaan secara Islam. Dapatan kaji.....

882 hits

22007
thesis
Perkaitan diantara oreintasi matlamat, motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan penglibatan atlit individu dan berpasukan dalam aktiviti sukan
Zatin @ Mohd. Kamal Kakom Abdullah
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat perkaitan orientasi matlamat, motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan penglibatan atlit individu dan berpasukan dalam sukan di beberapa buah sekolah menengah terpilih sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah. lnstrumen kajian ialah yang digunakan dalarn kajian ini ialah (TEOSQ) (Duda & Nicholls, 1989) dan 'Participation Motivation Inventory (PMQ)' yang telah diubahsuai ditadbir ke atas 168 orang responden yang terdiri 84 orang atlit individu dan 84 orang atlit berpasukan. Purata umur responden 13.1 ± 6 tahun. Data dianslisis dengan nilai min, sisihan piawai, ujian t dan kolerasi dengan menggunakan Program 'Statistical Packages for the Social Science' (SPSS/PC+). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan orientasi matlamat, rnotivasi intrinsik dan ekstrinsik antara kedua-dua kumpulan atIit individu dan atlit berpasukan. Melalui kajian ini juga penyelidik dapat mengenal pasti bahawa oreintasi tugasan dan motivasi intrinsik merupakan motif.....

1461 hits

32010
thesis
Konsep estetika bersepadu: terapan dan analisis terhadap karya-karya puisi Ahmad Kamal Abdullah
Abdul Halim Ali
Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu sering ditanggapi berasaskan kerangka pemikiran estetik Barat. Terdapat juga kerangka teori estetik Melayu seperti Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh dan Rasa-Fenomenologi oleh Sohaimi Abdul Aziz yang boleh digunakan untuk memahami konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu, namun, kedua-dua kerangka teori ini tidak mengambil Islam sebagai asas yang mendasari keindahan, sedangkan kajian terdahulu menunjukkan, bahawa teras utama kesusasteraan Melayu ialah Islam dan jati diri bangsa Melayu itu sendiri. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengaplikasikan pendekatan Estetika Bersepadu dalam analisis puisi Ahmad Kamal Abdullah bagi memahami konsep keindahan bermakna dalam puisi Melayu moden. Untuk mencapai tujuan ini, dua objektif ditetapkan iaitu (1) membuktikan kesepaduan aspek stail (gaya bahasa kiasan dan pemikiran) dengan perutusan agama dan (2) mengenalpasti aspek-aspek kontekstual yang berkaitan secara langsung dengan stail.....

2427 hits

42016
thesis
Kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
Mustafa Kamal Saleh
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan kesan kaedah pembelajaran koperatif model STAD terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik dalam mata pelajaran KHB. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti motivasi pelajar terhadap pembelajaran koperatif. Reka bentuk kuasi-eksperimental digunakan untuk membandingkan pencapaian antara kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Kajian ini berlangsung selama lapan minggu terhadap pelajar tingkatan dua di dua buah sekolah iaitu sebuah di Negeri Sembilan dan sebuah lagi di negeri Melaka yang melibatkan seramai 128 orang pelajar sebagai responden. Data diperoleh melalui instrumen ujian pra-pasca, soal selidik dan protokol temu bual. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif dibuat menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Statistik inferensi seperti ujian-t, ANOVA dan k.....

3021 hits

52021
thesis
Kesan pengajaran menggunakan strategi model peringkat kefahaman numerasi terhadap pencapaian dan sikap murid tingkatan 2 dalam penyelesaian masalah Matematik berayat
Norshafikah Mustapha Kamal
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pengajaran menggunakan Strategi Model Peringkat Kefahaman Numerasi (SMPKN) terhadap pencapaian dan sikap murid Tingkatan 2 dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian kuasi eksperimen. Sampel kajian terdiri daripada dua buah kelas berjumlah 66 murid Tingkatan 2 yang dipilih secara rawak kelompok daripada sebuah sekolah di daerah Larut, Taiping. Seramai 33 orang murid sebagai kumpulan eksperimen menjalani pengajaran menggunakan SMPKN manakala seramai 33 orang murid sebagai kumpulan kawalan menjalani pengajaran menggunakan Strategi Pengajaran Konvensional (SPKON). Dua jenis instrumen digunakan bagi mengumpul data iaitu Ujian Pra dan Pasca Penyelesaian Masalah Matematik Berayat dan Soal Selidik Sikap terhadap Penyelesaian Masalah Matematik Berayat. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai, disusuli dengan analisis statistik inferensi men.....

654 hits

62013
thesis
Perbandingan kesan tiga jenis lompatan skip terhadap peningkatan daya tahan kardiovaskular
Mohd Kamal Mohammed Suhaimi
Penyelidikan ini bertujuan untuk menentukan kesan tiga jenis lompat skip terhadap peningkatan daya  tahan kardiovaskular di kalangan guru pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis yang  mengambil mata pelajaran Pendidikan Jasmani sebagai mata pelajaran minor. Seramai 60 orang guru  pelatih terlibat dalam penyelidikan melibatkan 30 orang lelaki dan 30 orang perempuan. Kumpulan  guru pelatih lelaki dan perempuan tersebut dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan tiga jenis  lompat skip. Setiap kumpulan hanya melakukan satu jenis lompat skip sahaja sepanjang penyelidikan  dijalankan. Ujian pra dan paska Harvard Step dijalankan bagi mendapatkan data mentah dalam sesi  latihan yang dijalankan selama enam minggu. Analisis data menggunakan perisian Statistic Package of  Sosial Sciences menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan daya tahan  kardiovaskular sebelum dan selepas menjalani latihan lompat skip dengan p< 0.001 bagi setiap jenisÂ.....

657 hits

72022
thesis
Interaksi antara kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan tahap kerisauan terhadap pencapaian akademik murid-murid tahun enam yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2017
Mohd Kamal Tahir
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan melihat interaksi antara kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan tahap kerisauan terhadap pencapaian akademik murid-murid tahun enam yang akan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2017. Instrumen pengukuran kecerdasan emosi yang digunakan adalah kecerdasan emosi Goleman. Data yang diperolehi dalam kajian ini telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Seramai 700 orang responden terlibat dalam kajian ini di mana melibatkan dua daerah dalam negeri Perak iaitu daerah Batang Padang dan juga Daerah Muallim. Seramai 348 responden lelaki dan 352 responden perempuan terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Selain itu, ujian hubungan pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar menggunakan korelasi Pearson dan analisis regresi pelbagai digunakan dalam menentukan pengaruh pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar. Ujian ANOVA jug.....

492 hits

82023
thesis
Factors that affect the adoption of International Financial Reporting Standards in Libyan companies with moderating effect of foreign ownership
Abonwara, Kamal Masoud Ab
International Financial Reporting Standards (IFRS) is a set of international accounting standards, which facilitate the reporting of financial results of companies. The purpose of this study is to examine the predictors and the effect of adopting IFRS on the organizational level in Libya. The population consists of 2,212 respondents. Using the random sample technique, the sample size accounted for 425 and a total of 248 responses were collected. The data was analysed using SPSS and AMOS. SPSS was used to examine the data and conduct the descriptive analysis while AMOS was used to conduct the regression analysis. The study proposed that perceived organizational factors (POF) (accounting capabilities (AC), top management support (TMS), and organizational readiness (OR), perceived technical factors (PTF) (compatibility (COMP) and complexity (COX), and perceived environmental factors (PEF) (government regulation (GR) and external pressure (ER) will affect the adoption of IFRS w.....

100 hits

92011
thesis
Novel the missing piece- analisis dari perspektif teori takmilah
Zailani Zawawi
This study is conducted to gain insight knowledge and discover the suitability of the first principle in Takmilah Theory that is the Divine Principle with Kamal’s characteristic on the novel The Missing Piece (Part I and II) written by Fatimah Busu. Taking into consideration Takmilah Theory as a piece of Islamic literature theory, this study will identify the image and Islamic awareness that fulfill the needs and meaning of the theory’s first principle. The Missing Piece (Part I and II) is choosen after the researcher finds that the author potrays many elements related to Islamic awareness together with Malay culture elements (specifically Kelantanese culture). However, for the purpose of this study, the analysis focuses on the elements which related and accurante to the meaning of the first principle in Takmilah Theory. This study divided by five chapters, First Chapter (Introduction), Second Chapter (Literature Review), Third Chapter (Elaboration on Takmilah Theory), Fourth Chapt.....

881 hits

102018
thesis
Adaptasi kesusasteraan rakyat cerita jenaka Melayu dalam karya seni cetakan kontemporari
Hazrul Mazran Rusli
908 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (11)
article ... (75)
conference_item ... (1)
monograph ... (7)
bulletin ... (3)
research_report ... (1)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Nur +Ain +Kamal




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.