UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 11
Simplified search suggestions : Pembelajaran abad ke 21
12023
final_year_project
Cabaran guru pelatih Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 semasa menjalankan latihan mengajar di sekolah
Nur El Sofia Zulqurnain
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih Pendidikan Islam terhadap PAK-21 semasa menjalankan latihan mengajar 1. Kontruk kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan guru pelatih Pendidikan Islam UPSI terhadap PAK-21 semasa menjalankan latihan mengajar, mengkaji cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih Pendidikan Islam UPSI terhadap PAK-21 semasa menjalankan latihan mengajar serta menganalisis dan mencadangkan penambahbaikan terhadap PAK-21 daripada guru pelatih Pendidikan Islam UPSI. Sumber utama bagi mendapatkan data kajian adalah melalui pendekatan kuantitatif. Responden dalam kajian ini ialah melibatkan 60 orang guru pelatih Pendidikan Islam UPSI semester 6 dan semester 7 yang telah menjalankan latihan mengajar 1. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data kuantitatif adalah borang soal selidik. Analisis ini dilaksanakan bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min dengan menggunakan perisian Statistical Packages F.....

1413 hits

22024
final_year_project
Tahap kesediaan dan motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21
Mohd Hery Wansyah Bakri
Tujuan kajian ini ingin mengenalpasti tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) serta hubungan antara tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan PAK21. Kajian korelasi ini melibatkan 70 orang guru pelatih Fizik UPSI yang dipilih melalui pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian merupakan borang soal selidik (Google Form) yang menggunakan skala Likert empat mata dan seterusnya dianalisis secara deskriptif dan inferensi (Spearman’s Rho) menggunakan perisian Pakej Statistik bagi Sosial Sains (SPSS) untuk mengenalpasti tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan PAK21 serta hubungan antara tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan PAK21. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan PAK21 adalah di tahap yang sederhana dengan nilai min = 3.38 (s.p = 0.450). Manakala tahap motivasi .....

20 hits

32021
final_year_project
Pembangunan dan persepsi guru pelatih terhadap kit pemudahcaraan (Chemcard) bagi tajuk kadar tindak balas
Mohd Rahimi Abdul Razak
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit pemudahcaraan bagi tajuk Kadar Tindak Balas serta mengkaji persepsi guru pelatih kimia terhadap kandungan, reka bentuk dan kebolehgunaannya. Responden kajian melibatkan 112 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia (AT13). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang terdiri daripada kandungan, reka bentuk dan kebolehgunaan kit pemudahcaraan. Data dianalisis secara statistik deskriptif yang mana menunjukkan nilai purata min bagi setiap konstruk berada pada tahap yang baik iaitu kandungan kit (3.86), reka bentuk kit pemudahcaraan (3.86) dan kebolehgunaan kit pemudahcaraan (3.82). Kesimpulannya, majoriti responden memberikan persepsi yang positif terhadap kandungan, reka bentuk dan kebolehgunaan kit pemudahcaraan ChemCard yang dibangunkan. Implikasinya, kit pemudahcaraan ini boleh digunakan untuk menarik minat pelajar dan digunakan sebagai bahan bantu mengajar berasaskan Pembelajaran Abad Ke- 21.....

1828 hits

42023
final_year_project
Memperbaiki kesukaran pengajaran guru Bahasa Tamil di sekolah menengah melalui pendekatan Bridge21
Malini Magendran
Kajian ini bertajuk ‘Memperbaiki kesukaran pengajaran guru Bahasa Tamil di sekolah menengah melalui pendekatan Bridge21’. Bridge21 ini adalah pendekatan yang dicipta oleh penyelaras penyelidikan bernama 'Aibhin Bray' di Trinity College Dublin. Pada masa kini, ramai guru Bahasa Tamil di sekolah menengah menghadapi pelbagai kesukaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, mereka tidak dapat melaksanakan pengajaran yang berkesan semasa pengajaran pembelajaran atas beberapa masalah yang tertimbul dari aspek-aspek lain. Selain itu, hakikat bahawa pelajar beraksi pasif pada seluruh waktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan manakala, mereka lulus pembelajaran dengan menghafal segala kandungan semasa peperiksaan. Ini secara langsungnya menunjukkan bahawa kalangan masyarakat intelektual tidak berkembang. Oleh itu, pendekatan ini membantu mengatasi masalah ini. Terdapat beberapa unsur pedagogi abad ke-21 dalam pendekatan ini termasuk pembelajaran kolaborat.....

480 hits

52023
final_year_project
Kebolehgunaan alat bantu mengajar (ABM) Interactive Mechanical terhadap guru pelatih bagi mata pelajaran RBT tingkatan 2 topik Reka Bentuk Mekanikal
Muhammad Farisdzul Hilham Aminzaki
Kajian ini dijalankan untuk melihat kebolehgunaan alat bantu mengajar (ABM) Interactive Mechanical di kalangan guru-guru pelatih RBT mata pelajaran RBT Tingkatan 2 topik Reka Bentuk Mekanikal. Kajian ini dijalankan berdasarkan kajian di Institut Pendidikan Guru mengenai amalan pedagogi guru pelatih pengkhususan dalam mata pelajaran RBT mendedahkan bahawa guru pelatih lebih cenderung menggunakan pendekatan PdPc tradisional yang berpusatkan guru, kurang integrasi teknologi, dan tidak memenuhi pembaharuan matlamat kurikulum. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kebolehgunaan ABM Interactive Mechanical sebagai pemudahcara khusus guru pelatih RBT untuk mengajar dalam topik Reka Bentuk Mekanikal mata pelajaran RBT Tingkatan 2. Objektif kajian dijalankan untuk membangunkan sebuah ABM Interactive Mechanical bagi topik Reka Bentuk Mekanikal sebagai bahan rujukan kepada guru pelatih terhadap penguasaan pelajar RBT Tingkatan 2 dan menilai kesahan kebolehgunaan ABM Interactive Mechanica.....

1266 hits

62023
final_year_project
Pembangunan modul latihan berasaskan aplikasi permainan digital flippity bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2
Muhammad Saiful Fitri Daud
Pembelajaran abad ke 21 merupakan suatu proses pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Dimana pembelajaran secara konvensional iaitu dengan menggunakan buku teks dan papan putih sudah lagi tidak relevan pada zaman sekarang. Murid menjadi cepat bosan disebabkan suasana pembelajaran yang membosankan. Penggunaan alat bantu mengajar amatlah diperlukan oleh seorang guru didalam kelas. Kajian ini bertujuan untuk membina modul latihan berasaskan aplikasi permainan digital flippity bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2. Modul ini dibangunkan dengan menerapkan penggunaan model ADDIE yang melibatkan lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Reka bentuk kajian ini adalah melibatkan penyelidikan dan pembangunan yang berbentuk penyelidikan kualitatif secara temubual. Instrumen kajian terdiri daripada borang soalan temu bual separa berstruktur kesahan dan kebolehgunaan. Bagi memastikan modul ini sesuai digunakan, tiga orang pakar tel.....

456 hits

72023
final_year_project
Kepelbagaian pendekatan pengajaran dalam kalangan guru Bahasa Arab di Sekolah Agama Menengah Jeram Kuala Selangor
Nor Hadisah Mohamed Shalikin
Proses pengajaran dan pemudahcaraan mementingkan kepada kesesuaian bentuk pedagogi yang dipilih oleh guru. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang bentuk-bentuk pedagogi yang diaplikasikan, pendekatan pengajaran yang digunakan dan tahap penggunaan teknologi di kalangan guru subjek Al-Lughah Al-Arabiyyah Al-Mu’asirah sepanjang proses PdPc LAM. Tambahan pula, kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif dengan menerapkan pelaksanaan temubual separa berstruktur, merangkumi empat persoalan temubual yang bakal menjawab persoalan kajian ini dan melibatkan seramai sepuluh orang guru subjek Al-Lughah Al-Arabiyyah Al-Mu’asirah sebagai responden kajian dari Sekolah Agama Menengah Jeram, Kuala Selangor, Selangor. Hasil dapatan menunjukkan kepelbagaian bentuk pedagogi yang diterapkan guru seperti jenis pembelajaran: heautagogi, peeragogi, sibergogi, bentuk pedagogi kontemporari: pembelajaran berasaskan projek mahupun inkuiri, dan aktiviti yang menerapkan pembelajaran abad.....

185 hits

82024
final_year_project
Tinjauan tahap kesediaan guru Sains dari aspek pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan PAK-21 di empat buah daerah di Perak
Jason Micheal
Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana guru Sains di empat daerah di Perak bersedia dalam aspek pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Tujuan kajian juga termasuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan kemahiran guru Sains dalam melaksanakan PAK-21. Data dikumpul melalui tinjauan yang melibatkan 102 orang guru Sains, dan sampel dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Soal selidik dengan skala Likert empat mata melalui Googleform digunakan sebagai instrumen kajian. Kesahan kandungan instrumen dinilai oleh lima pakar, termasuk tiga orang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris dan dua orang guru Sains yang telah berkhidmat selama lebih 10 tahun. Indeks Kesahan Kandungan atau (CVI) telah digunakan bagi menentukan kesahan instrumen kajian. Hasil analisis menunjukkan nilai CVI = 1.00, menandakan instrumen kajian mempunyai kesahan yang baik. Kajian rintis dijalankan melibatkan 20 orang guru Sains yang merupa.....

74 hits

92024
final_year_project
Persepsi guru Sains Sekolah Menengah di daerah Muar terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PjBL)
Nur Farhana Ayob
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru Sains sekolah menengah terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PjBL) di daerah Muar. Pembelajaran berasaskan projek (PjBL) merupakan salah satu kaedah pengajaran abad ke- 21 yang dapat membantu guru mengajar mengikut keperluan murid. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 108 responden telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah terdiri daripada guru Sains yang mengajar di daerah Muar. Analisis deskriptif dilaporkan melalui nilai skor min dan sisihan piawai. Hasil dapatan mendapati persepsi guru Sains sekolah menengah terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PjBL) mempunyai nilai min 4.53 (s.p : 0.380) manakala persepsi guru Sains sekolah menengah terhadap murid ketika pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PjBL) memiliki min yang paling tinggi 4.91 (s.p : 0.182) dan min bagi persepsi guru Sains sekolah m.....

47 hits

102024
final_year_project
Tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan Realiti Berperantara (Augmented Reality) dalam pembelajaran guru pelatih Biologi Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mashitah Mazlan
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan Realiti Berperantara (Augmented Reality) dalam pembelajaran guru pelatih Biologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Hubungan antara tahap kesediaan dan penggunaan AR dalam pembelajaran guru pelatih Biologi UPSI turut diukur dalam analisis kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kajian tinjauan. Kaedah persampelan rawak mudah dijalankan ke atas populasi kajian berjumlah 221 orang yang terdiri daripada guru pelatih Biologi UPSI semester lima hingga tujuh. Data daripada instrumen borang soal selidik digunakan untuk analisis deskriptif dan inferensi statistik. Analisis adalah menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 29. Borang ini mengandungi empat bahagian dengan jumlah 29 soalan beserta demografi responden dan dinilai menggunakan Skala Likert 4 mata. Kesahan borang soal selidik oleh dua orang pakar memperolehi nilai Cohe.....

31 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (45)
article ... (88)
monograph ... (12)
bulletin ... (2)
research_report ... (1)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Pembelajaran +abad +ke +21




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.