AbstractKajian ini bertujuan menilai pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani (PJ) Tingkatan 4 bagi tunjang kecergasan fizikal di sekolah menengah daerah Gombak, Selangor. Penilaian adalah berdasarkan kepada Model penilaian Stufflebeam (2000) iaitu dari dimensi konteks, sumber, proses, dan hasil. Data dikumpul melalui soal selidik, temu bual (senarai semak berstruktur), pemerhatian (senarai semak berstruktur), analisis dokumen (senarai semak), dan temubual open ended question. Kajian ini melibatkan 50 orang guru opsyen PJ sebagai responden. Dapatan kajian bagi dimensi konteks menunjukkan pengetahuan guru PJ adalah pada tahap sederhana (M=3.57; SP=0.53), tetapi pengetahuan tentang matlamat (M=3.67;SP=0.34) dan objektif (M=3.76;SP=0.64) adalah pada tahap tinggi. Berdasarkan kepada temubual, guru PJ dapat memahami dengan jelas tentang matlamat dan objektif PJ. Pada dimensi sumber, tahap perancangan dan persediaan mengajar guru PJ adalah tinggi (M=3.97; SP=0.81). Seterusnya, dapatan bagi dimensi p.....