UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 4
12018
research_report
Pembinaan dan penilaian Kit Pintar STEM Unit Metrik sekolah rendah
Zulkifley Mohamed
Kajian dilakukan untuk membina dan menilai Kit Pintar STEM Unit Metrik (KSUM) sekolah rendah. Penyelidikan pembangunan dengan pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Pensampelan rawak berkelompok digunakan untuk memilih masing-masing 36 orang murid kumpulan rawatan dan kawalan. Manakala seramai 98 murid terlibat dalam memberi respon terhadap KSUM yang dipilih daripada 15 buah sekolah dalam daerah Kinta Utara Perak. Model ASSURE digunakan dalam pembinaan KSUM. Bagi tujuan penilaian kepraktikalan dan keberkesanan KSUM, instrumen penilaian dibina dan diuji kesahan dan kebolehpercayaan oleh pakar dalam bidang STEM. Kajian yang dilakukan berjaya membina KSUM berdasarkan model ASSURE. Dapatan kajian menunjukkan instrumen penilaian KSUM memenuhi kriteria kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam konteks keberkesanan KSUM, pencapaian matematik murid kumpulan rawatan adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Kajian juga berjaya menerangkan hubungan secara serentak berdasark.....

272 hits

22018
research_report
Pembangunan Modul pengajaran berasaskan pemikiran bidang perkaitan dan Algebra Tingkatan Satu bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Nor\'ain Mohd Tajudin
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pengajaran Berasaskan Pemikiran (Thinking-Based Learning, TBL) bidang Perkaitan dan Algebra Tingkatan Satu iaitu topik Ungkapan Algebra. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan menggunakan model yang dibangunkan oleh Mohd Afifi (2017) berasaskan Model ADDIE (Piskurich, 2006) dan Model Kemp, Morrison, & Ross (1998). Kajian telah dilaksanakan dalam lima fasa: (1) Analisis (2) Reka bentuk Modul TBL,(3) Pembangunan Modul TBL (4) Pelaksanaan pengajaran, dan (5) Penilaian Modul TBL. Instrumen kajian ialah Soal Selidik Analisis Keperluan, Borang Kesahan Kandungan, dan Soal Selidik Kebolehpercayaan Modul. Kesahan modul dilaksanakan oleh tiga pakar bidang Pendidikan Matematik. Sampel kajian untuk menentukan kebolehpercayaan modul dipilih secara rawak terdiri daripada 34 guru pra-perkhidmatan matematik daripada sebuah Univeristi Awam. Dapatan kajian menunjukkan (1) Indek kesahan kandungan modul TBL ialah 1.00, dan (2) Indek kebolehpercayaaan .....

289 hits

32018
research_report
Meneroka pendidikan kewarganegaraan global di sekolah-sekolah
Hamidah Yusof
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pendidikan kewarganegaraan global di sekolah rendah dan menengah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengumpul data melalui soal selidik. Soalan pertama hingga ketiga telah mendapat data daripada 49 orang; soalan keempat data daripada 87 orang guru; dan soalan kelima diperoleh daripada 155 pelajar diploma di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Guru-guru yang menjadi responden terdiri daripada guru sekolah rendah dan menengah mengajar di sekolah-sekolah wilayah persekutuan, selangor, dan perak. Kajian ini mengkaji kurikulum dan buku teks Tahun 5 dan Tahun 6 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi sekolah menengah bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Jasmani,Pendidikan Modal dan Sejarah. Dapatan kajian ini mendapati elemen pendidikan kewarganegaraan global ada dalam kurikulum dan buku teks kebanyakan mata pelajaran yang dikaji. Guru-guru juga menerapkan bebera.....

566 hits

42018
research_report
Pembangunan modul Adventure-Based Learning untuk Kursus Statistik Asas peringkat Diploma
Nor ain Mohd Tajudin
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Adventure-Based Learning yang dikenali sebagai MARBLE bagi kursus Statistik Asas peringkat Diploma. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan yang telah dilaksanakan dalam lima fasa: (1) Analisis (2) Reka bentuk MARBLE, (3) Pembangunan MARBLE(4) Pelaksanaan pengajaran, dan (5) Penilaian MARBLE. Instrumen kajian ialah Soal Selidik Kesahan Kandungan dan Soal Selidik Kebolehpercayaan MARBLE. Kesahan modul dilaksanakan oleh tiga pakar bidang Pendidikan Matematik. Sampel kajian untuk menentukan kebolehpercayaan modul dipilih secara rawak terdiri daripada 30 guru pra-perkhidmatan matematik daripada sebuah Univeristi Awam. Dapatan kajian menunjukkan (1) Indek kesahan kandungan MARBLE ialah 1.00, dan (2) Indek kebolehpercayaan MARBLE iaitu nilai alfa Cronbach ialah 0.84. MARBLE merangkumi empat aktiviti iaitu Adventure Berjalan Kaki, Adventure Flying Fox, Adventure Rentas Halangan dan Adventure Berkonsepkan Abseiling. Pelbagai tugasan kompleks dalam.....

179 hits

Filter
thesis ... (151)
article ... (187)
book_section ... (2)
conference_item ... (1)
monograph ... (30)
bulletin ... (13)
research_report ... (4)



Specific Period







Top 5 related keywords

+matematik

+isu +dalam +matematik

+pembangunan +dan +kebolehgunaan +matematik

topik+matematik+tingkatan+dua

+inovasi +dalam +pendidikan +matematik




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.