UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 15
12018
research_report
Pembangunan modul kesediaan global prasekolah berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi
Azizah Zain
Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan Modul Kesediaan Global Kanak-kanak Prasekolah berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Proses pembangunan modul melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis elemen keperluan modul, fasa pembangunan modul dan fasa pelaksanaan dan penilaian modul. Modul Kesediaan Global yang dibangunkan ini merangkumi aspek (a) kemahiran komunikasi dan kebolehan berbahasa pelbagai (b) kemahiran ICT (c) kepelbagaian dan multikulturalisme (d) kemahiran berfikir aras tinggi (e) kemahiran pemeliharaan alam sekitar (f) kemahiran literasi kewangan dan (g) kemahiran asas keselamatan serta pertahanan diri. Kajian secara kualitatif menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen melibatkan 10 orang guru prasekolah di sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Dapatan kajian dalam fasa pertama telah mengenalpasti elemen keperluan modul berasaskan tujuk aspek yang telah dinyatakan. Dalam fasa kedua iaitu fasa pembangunan modul, penamba.....

437 hits

22018
research_report
Pembangunan dan keberkesanan Modul Eksperimen dan Demonstrasi Fizik Berbantukan Telefon Pintar (MFBTP) bagi tajuk data dan gerakan di UPSI
Tho, Siew Wei
Objektif kajian ini adalah untuk membangun dan menguji keberkesanan Modul Eksperimen dan Demonstrasi Fizik Berbantukan Telefon Pintar (MFBTP) dalam meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar melalui penggunaan telefon pintar secara inovatif. Kajian ini menggunakan dua reka bentuk kajian iaitu kajian reka bentuk dan pembangunan dan kajian eksperimen. Reka bentuk dan pembangunan modul ini menggunakan model ADDIE (Analisis, Reka bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian). Manakala, kajian eksperimen menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen di mana kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dipilih secara rawak mudah kelompok satu peringkat daripada kursus diploma Fizik Asas I. Dua jenis instrumen kajian telah diadpatsi, dibina dan digunakan iaitu, pra- dan pascaujian dan juga soal selidik persepsi pelajar terhadap penggunaan MFBTP modul. Data dianalisis dengan menggunakan analisis inferensi dan deskriptif. Analisis statistik inferensi melibatkan ujian-t dan saiz kesan manakala a.....

642 hits

32018
research_report
Pembangunan dan penilaian perisian kursus pembelajaran pengaturcaraan bagi meningkatkan keupayaan Computational Thinking dalam kalangan pelajar Novis
Nor Hasbiah Ubaidullah
Kajian ini bertujuan membangunkan perisian kursus pendidikan berasaskan web portal (My- ProgCT) yang bertindak sebagai alat bantu mengajar pengaturcaraan serta computational thinking, dan menilai keberkesanan perisian kursus tersebut. Kajian ini melibatkan gabungan kajian pembangunan perisian dan penilaian terhadap perisian yang dibangunkan. Kaedah kualitatif yang mana temu bual dijalankan terhadap sepuluh (10) responden bagi mengumpul data tentang keperluan terhadap perisian dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Manakala dalam pembangunan perisian kursus, model reka bentuk berarah ADDIE digunakan dan penilaian keberkesanan perisian, kajian eksperimental dengan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan digunakan. Responden penilaian terdiri daripada 60 pelajar yang mengambil kursus pengaturcaraan di salah sebuah pusat persediaan universiti di Perak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min markah ujian pengaturcaraan bagi kumpulan rawatan b.....

329 hits

42018
research_report
Pembangunan Modul pengajaran berasaskan pemikiran bidang perkaitan dan Algebra Tingkatan Satu bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Nor\'ain Mohd Tajudin
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pengajaran Berasaskan Pemikiran (Thinking-Based Learning, TBL) bidang Perkaitan dan Algebra Tingkatan Satu iaitu topik Ungkapan Algebra. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan menggunakan model yang dibangunkan oleh Mohd Afifi (2017) berasaskan Model ADDIE (Piskurich, 2006) dan Model Kemp, Morrison, & Ross (1998). Kajian telah dilaksanakan dalam lima fasa: (1) Analisis (2) Reka bentuk Modul TBL,(3) Pembangunan Modul TBL (4) Pelaksanaan pengajaran, dan (5) Penilaian Modul TBL. Instrumen kajian ialah Soal Selidik Analisis Keperluan, Borang Kesahan Kandungan, dan Soal Selidik Kebolehpercayaan Modul. Kesahan modul dilaksanakan oleh tiga pakar bidang Pendidikan Matematik. Sampel kajian untuk menentukan kebolehpercayaan modul dipilih secara rawak terdiri daripada 34 guru pra-perkhidmatan matematik daripada sebuah Univeristi Awam. Dapatan kajian menunjukkan (1) Indek kesahan kandungan modul TBL ialah 1.00, dan (2) Indek kebolehpercayaaan .....

289 hits

52018
research_report
Pembangunan model penglibatan belia ke arah kelestarian alam sekitar
Hanifah Mahat
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji membentuk model penglibatan golongan belia dalam kelestarian alam sekitar khususnya di Daerah Muallim sebagai Bandar Belia atau 1Malaysia Youth City (1MYC). Responden terdiri daripada 400 orang belia daripada dua buah mukim dalam daerah Muallim, Perak iaitu mukim Slim dan Hulu Bernam Timur. Pemilihan responden adalah dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Konstruk penglibatan kelestarian alam sekitar belia yang diukur adalah pengetahuan, nilai, kemahiran dan amalan kelestarian alam sekitar belia. Setiap komponen dipecahkan kepada empat sub konstruk iaitu penjimatan elektrik, penjimatan air, penggunaan produk mesra alam dan juga mod perjalanan. Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kebolehpercayaan nilai Alpha Cronbach dan Analisis Faktor Pengesahan (CFA) digunakan untuk mendapatkan penyelesaian empat faktor dengan menggunakan perisian SPSS 22 dan AMOS 20. Hasil analisis menunjukkan nilai Alpha Cronbach berada pada.....

275 hits

62018
research_report
Pembangunan gajet elektrik berfungsi bagi mata pelajaran Rekan Bentuk dan teknologi di Sekolah Menengah Sains Tapah Perak
Che Ghani Che Kob
Gajet Elektrik Berfungsi adalah alat bantu mengajar yang dibangunkan sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) tingkatan 3. Gajet Elektrik Berfungsi ini telah diaplikasikan penggunaannya dalam proses pdp bagi topik Pembangunan Produk. Justeru itu, satu kajian tentang keberkesanan alat bantu mengajar (ABM) Gajet Elektrik Berfungsi tersebut dijalankan untuk mengenalpasti sama ada pembangunan ABM Gajet Elektrik Berfungsi tersebut mencapai objektif pembangunannya dalam membantu aktiviti PdP di dalam kelas. Kajian dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 39 orang responden iaitu pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Sains Tapah yang merupakan pengguna ABM ini. Hasil analisis kajian, tahap keberkesanan ABM Gajet Elektrik Berfungsi berada pada tahap tinggi dengan purata skor min sebanyak 4.51...

251 hits

72018
research_report
Pembangunan model pengajaran guru pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional UPSI (TVETaGogi) berasaskan Project Oriented Problem Based Learning dan Work Based Learning
Ridzwan Che Rus
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul pengajaran guru pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVETaGogi) berasaskan Project Oriented Problem Based Learning dan Work Based Learning. Proses untuk membangunkan modul TVETaGogi adalah berpandukan model ADDIE yang mengandungi tiga fasa. Data fasa pertama melibatkan analisis keperluan dengan menggunakan soal selidik yang dijalankan ke atas 2 orang tenaga pengajar dan 62 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk dan Teknologi) dengan kepujian yang mengambil mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Pertanian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dapatan daripada item soal selidik dianalisis secara deskriptif untuk mengenal pasti keperluan bagi pembinaan modul TVETaGogi. Data fasa kedua peringkat reka bentuk modul diperoleh melalui teknik Delphi Ubahsuai berdasarkan pandangan dan keputusan sembilan ahli panel pakar yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang pertanian, teknologi pendi.....

266 hits

82018
research_report
Pembangunan modul Adventure-Based Learning untuk Kursus Statistik Asas peringkat Diploma
Nor ain Mohd Tajudin
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Adventure-Based Learning yang dikenali sebagai MARBLE bagi kursus Statistik Asas peringkat Diploma. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan yang telah dilaksanakan dalam lima fasa: (1) Analisis (2) Reka bentuk MARBLE, (3) Pembangunan MARBLE(4) Pelaksanaan pengajaran, dan (5) Penilaian MARBLE. Instrumen kajian ialah Soal Selidik Kesahan Kandungan dan Soal Selidik Kebolehpercayaan MARBLE. Kesahan modul dilaksanakan oleh tiga pakar bidang Pendidikan Matematik. Sampel kajian untuk menentukan kebolehpercayaan modul dipilih secara rawak terdiri daripada 30 guru pra-perkhidmatan matematik daripada sebuah Univeristi Awam. Dapatan kajian menunjukkan (1) Indek kesahan kandungan MARBLE ialah 1.00, dan (2) Indek kebolehpercayaan MARBLE iaitu nilai alfa Cronbach ialah 0.84. MARBLE merangkumi empat aktiviti iaitu Adventure Berjalan Kaki, Adventure Flying Fox, Adventure Rentas Halangan dan Adventure Berkonsepkan Abseiling. Pelbagai tugasan kompleks dalam.....

179 hits

92019
research_report
Pembangunan kepimpinan terkini di sekolah Indonesia dan Malaysia dengan menggunakan teknik Delphi
Irdayanti Mat Nashir
Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan membuat perbandingan kriteria kepimpinan sekolah antara Indonesia dan Malaysia. Kajian ini menggunakan Hallinger dan Murphy sebagai model utama. Kajian ini telah menggunakan teknik Delphi sebagai kaedah untuk mengkaji kriteria kepimpinan sekolah di Malaysia. Penyelidik memilih untuk menjalankan teknik Delphi dengan mengambil kira pandangan daripada penyelidik sebelumnya menggunakan kaedah ini dalam mengukuhkan lagi instrumen yang terhasil. Di samping itu, terdapat beberapa kelebihan lain yang membawa penyelidik utama menggunakan teknik Delphi, antaranya (i) Teknik Delphi boleh mendapatkan persetujuan pakar panel sebagai seorang ahli tidak tahu tetapi tidak pernah bertemu antara satu sama lain, (ii) persetujuan atau Panel konsensus ahli boleh dicapai tanpa mempunyai sebarang kesan, pengaruh dan tekanan mana-mana pihak, (iii) panel pakar meluahkan pandangan mereka selaras dengan bidang (iv) Teknik Delphi boleh digunakan untuk membuat ko.....

245 hits

102018
research_report
Pembinaan garis panduan guru untuk melaksanakan projek penyiasatan dalam kalangan pelajar ISMP Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Azizah Zain
Kajian ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu Garis Panduan Guru (GPU) untuk melaksanakan Modul Projek Penyiasatan dalam kalangan pelajar ISMP Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menjalani latihan mengajar di TADIKA. Kajian yang berbentuk kualitatif ini mempunyai tiga fasa iaitu fasa analisis elemen keperluan GPG, fasa membina GPG dan fasa pelaksanaan dan penilaian GPG. GPG yang dihasilkan mengandungi tiga aktiviti pelaksanaan berdasarkan Modul Projek Penyiasatan, iaitu fasa permulaaan projek, fasa pembangunan projek dan fasa dokumentasi atau kemuncak. Persampalen yang digunakan ialah persempalan bertujuan iaitu 10 orang pelajar ISMP yang menjalani latihan mengajar. Teknik pengumpulan data adalah dengan menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen Instrumen yang digunakan ialah senarai semak pemerhatian, senarai semak analisis dokumen dan protokol temubual. Fasa pertama bertujuan untuk mengenalpasti keperluan dalam GPG .....

429 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (376)
article ... (385)
book_section ... (5)
conference_item ... (6)
monograph ... (79)
final_year_project ... (113)
bulletin ... (35)
research_report ... (15)



Specific Period







Top 5 related keywords

+pembangunan

+pembangunan +modul

+Pusat +Pembangunan +Keusahawanan

+pembangunan +dan +kebolehgunaan

+Pembangunan +permainan




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.