UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 6
12001
conference_item
Pendokumentasian karya-karya Pak Sako dan pemikiran pembangunan bangsa
Samat Talib, Wahid Azhar,
Suatu hal yang mungkin tidak terfikirkan oleh para pengkaji atau peneliti sastera ialah sumbangan A. Karim Haji Abdullah (1937-2001) dalam menjayakan pelaksanaan komponen sastera dalam bahasa Melayu (Komsas) ialah sumbangannya yang tersendiri dengan menerbitkan semula novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad yang dialihkan tulisannya daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi pada tahun 1973. Novel Putera Gunung Tahan yang terpilih sebagai buku teks sastera Komsas bagi Tingkatan 5 dan digunakan di semua aliran sekolah mulai tahun 2001. Pada mulanya novel ini diterbitkan oleh Jamaliah Press, Muar pada tahun 1938 dan dicetak kali kedua oleh Geliga Limited Singapura pada tahun 1957 yang kesemuanya dalam tulisan jawi. Pada tahun 1973 atau lebih awal daripada itu, A. Karim Haji Abdullah mengambil daya usaha merumikan novel Putera Gunung Tahan ini yang diterbitkannya sendiri menerusi penerbitannya Pustaka Budaya Agency dan dicetak semula pada tahun 1985. Novel ini sememangnya telah.....

1411 hits

22005
conference_item
Aktiviti keusahawanan di kalangan ibu tunggal di negeri Johor : kajian terhadap faktor penglibatan dan masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal dalam bidang perniagaan
Abu Bakar Thuaibah @ Suaibah, Md Ali Azlah, Md Som Hishamuddin, Bujang Siti Mariam,
Satu ketika dahulu, bidang keusahawanan lebih banyak dipelopori oleh kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita. Namun demikian, keadaan ini telah berubah apabila lebih ramai kaum wanita mula menyahut cabaran dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan pada masa kini. Antara golongan wanita tersebut, golongan ibu tunggal juga turut mengejar peluang yang ada dalam bidang keusahawanan ini. Keadaan hidup yang bersendirian tanpa suami dan ditambah lagi dengan tanggungjawab untuk menyara keluarga menyebabkan mereka terpaksa mencari pekerjaan dan sesetengah menjalankan pemiagaan secara kecil-kecilan bagi memperoleh pendapatan. Dorongan dan motivasi ibu tunggal ini untuk memberanikan diri menceburi bidang pemiagaan merupakan suatu perkara yang perlu dikagumi dan dipuji. Langkah ini selaras dengan dasar Kementerian Pembangunan Usahawan yang mahu menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam bidang pemiagaan secara lebih efektif agar mampu bersaing dalam pasaran ekonomi yang bersifat global pada .....

1211 hits

32001
conference_item
Hala Tuju Program Kebudayaan & Kesenian Negeri Pahang
Muhamad Abdul Hamid,
Kertas ini merupakan suatu imbasan atau "Reflection" yang akan cuba mengaitkan aspek pentadbiran atau pengurusan kebudayaan dalam konteks professionalisme serta kaitan dengan halatuju merangka sesuatu program pembangunan kebudayaan yang "Comprehensive" di awal abad ke 21 ini. Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, makmur, berdaulat, diketahui umum tentang latarbelakang sejarah, politik, ekonomi, sosiol dan kebudayaan, akan memberi jawapan tersendiri kenapa struktur dan sistemnya yang ada berlatarkan kepelbagaian kaum, peringkat hiraki kuasa dalam sesebuah persekutuan (federalism) suatu gerakan yang perlu sekarang selepas kemerdekaan sejak 1957, adalah kesediaan masyarakat yang berbilang kaum, berbilang kepercayaan, adat resam, bahasa pertuturan, mengembelingkan tenaga menunaikan ikrar dan janjisetia sewaktu negara mencapai kemerdekaan...

1154 hits

42003
conference_item
Pengaruh persekitaran ke atas sistem nilai kaum Jawi Peranakan
Mohd Said Halimah, Abdul Majid Zainab,
Dalam sejarah Semenanjung Tanah Melayu, pendatang India Muslim merupakan satu daripada kelompok minoriti pendatang (selain Arab, Cina, India Hindu, Siam dan rumpun-rumpun Melayu seperti Minangkabau, Bugis, Jawa dan Acheh) yang bertembung dengan orang Melayu asli yang dominan dari segi jumlah bilangan, kuasa dan pengaruh politik. Pertembungan kebudayaan antara kelompok minoriti dan kelompok dominan yang berlainan keturunan etnik ini telah mengakibatkan berlakunya proses asimilasi di mana kelompok minoriti India Muslim mengubahsuaikan budaya mereka kepada budaya Melayu yang dominan. Perkahwinan campur yang berleluasa dan pengubahsuaian kebudayaan yang berterusan selama beberapa generasi telah mewujudkan satu kelompok berketurunan kacukan India Muslim/Melayu yang secara progresif telah menerima kebudayaan orang Melayu dan berasimilasi ke dalam masyarakat Melayu. Pada peringkat awal pertembungan, faktor kebudayaan khususnya persamaan dalam budaya, tradisi serta nilai-nilai Islam telah memu.....

707 hits

52003
conference_item
Pendeta Za'ba : Pemikir wawasan sains bangsa
Salleh Mohammad Noor,
Kertas kerja ini mencuba menampilkan Pendeta Za’ba sebagai pemikir wawasan sains dan teknologi bangsa Melayu. Selama ini Za’ba dilihat sebagai pejuang dalam bidang agama Islam, bahasa, kesusasteraan, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial sahaja melalui beberapa kajian dan penyelidikan. Pada tahun 1923 lagi, Za’ba mengemukakan wawasan saintifik melalui dua artikel pentingnya tent an g kemiskinan orang Melayu dan cara mengatasinya. Dengan pembentangan wawasan itu, Za’ba dilihat menyampai dan menyempurnakan empat jenis ilmu dan pemikiran secara bersepadu untuk pembangunan minda bangsanya. Teori empat jenis pemikiran bersepadu dikaitkan dengan ajaran Islam, teori tokoh-tokoh pemikiran Barat dan cara kehidupan masyarakat majmuk Tanah Melayu. Ketokohan dan kependetaan Za’ba dikaitkan dan dibandingkan dengan kemajuan sains dan teknologi Negara Jepun dan Wawasan 2020 Dr. Mahathir Mohamad dalam arus kemajuan zaman sains dan teknologi. Ternyata wawasan Za’ba tahun 1923 untuk bangsa.....

487 hits

62004
conference_item
Islam hadhari: persepsi orang Melayu dalam menghadapi tuntutan dan cabaran milenium
Ishak Abdul Jalil,
Kebangkitan pemikiran terhadap Islam hadhari menuntut agar orang Melayu mengadakan muhasabah din terhadap pelbagai cabaran dan harapan menjelang milenium akan datang. Orang Melayu harus melakukan anjakan paradigma bagi menyaingi bangsa lain jika inginkan kehidupan sejahtera, aman dan bahagia di tanah air sendiri. Kertas kerja ini cuba meninjau kesediaan dan keterpanggilan orang Melayu dalam ledakan kebangkitan negara bangsa yang mendasari prinsip Islam hadhari yang digalurkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kajian mengenai peradaban Melayu pada masa lalu yang dijalankan sendiri oleh penulis, serta pelbagai konotasi yang dilemparkan golongan colonial terhadap bangsa yang pernah digambbarkan Windstead sebagai orang yang berbudi bahasa turut dijadikan kayu ukur dalam menjana pemikiran terhadap kemampuan orang Melayu dalam menghadapi cabaran dan tuntutan masa hadapan, khususnya dalam. permasalahan mencakupi institusi keluarga, pendidikan, kejiranan dan .....

642 hits

Filter
thesis ... (376)
article ... (385)
book_section ... (5)
conference_item ... (6)
monograph ... (79)
final_year_project ... (113)
bulletin ... (35)
research_report ... (15)



Specific Period







Top 5 related keywords

+pembangunan

+pembangunan +modul

+Pusat +Pembangunan +Keusahawanan

+pembangunan +dan +kebolehgunaan

+Pembangunan +permainan




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.