AbstractNaratif telah menjadi satu ciri yang sangat menonjol dalam sejarah seni visual. Pelukis pada masa kini terus melibatkan diri dengan naratif untuk bercerita dan mengungkap suatu ungkapan agar menjadi lebih hebat dan menarik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui dan memahami apakah ciri-ciri atau konsep yang digunakan dalam struktur karya naratif. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk memahami bagaimana perbezaan sifat pelukis yang menggunakan konsep naratif bagi menggambarkan karya mereka sebagai salah satu bentuk penceritaan mengenai subjek sama ada dalam konteks pengalaman peribadi, budaya popular, peristiwa sejarah, fantasi, fiksyen dan dunia. Akhir sekali, kajian ini dijalankan untuk memahami bagaimana semua maklumat tersebut boleh digunakan dalam memahami karya-karya yang dihasilkan oleh penyelidik meliputi pemahaman bergambar, struktur imej dan berkaitan dengan pembuatan maknanya. Para pelukis seperti David Salle, Christian Boltanski, Tim Barney, Jailani Abu Hass.....