UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

24 record(s) found

1
Abstract
This case study research aims at giving a description of the teaching and learning of history in a secondary school. It then proceeds to elaborate the teaching and learning process that occurs, based on the use of a Constructivist Teaching Module for History (MPKdS being its acronym in the Malay Language), designed based on Needham’s “Phases in Teaching Schemes”. The study involves four phases: Orientation Phase, Observation Phase, Participation Phase and Consolidation Phase. Sampling in the Observation phase consisted of six teachers and seven students. For the Participation Phase, a sample of 28 form four students were selected. They were divided into two groups of fourteen students each. Both the groups underwent two lessons using the MPKdS module. The findings of the study showed that the teaching and learning of history was geared more towards the need of preparing the students for examinations, to the extent that it detracted from the actual purpose of learning history for .....
Thesis Published 2004 3565 hits Available
2
Abstract
Naratif telah menjadi satu ciri yang sangat menonjol dalam sejarah seni visual. Pelukis pada masa kini terus melibatkan diri dengan naratif untuk bercerita dan mengungkap suatu ungkapan agar menjadi lebih hebat dan menarik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui dan memahami apakah ciri-ciri atau konsep yang digunakan dalam struktur karya naratif. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk memahami bagaimana perbezaan sifat pelukis yang menggunakan konsep naratif bagi menggambarkan karya mereka sebagai salah satu bentuk penceritaan mengenai subjek sama ada dalam konteks pengalaman peribadi, budaya popular, peristiwa sejarah, fantasi, fiksyen dan dunia. Akhir sekali, kajian ini dijalankan untuk memahami bagaimana semua maklumat tersebut boleh digunakan dalam memahami karya-karya yang dihasilkan oleh penyelidik meliputi pemahaman bergambar, struktur imej dan berkaitan dengan pembuatan maknanya. Para pelukis seperti David Salle, Christian Boltanski, Tim Barney, Jailani Abu Hass.....
Article Published 2016 1916 hits Available
3
Abstract
An extremely easy method is presented for producing TiO2 nanoparticles (NPs) films as photoanode in dye-sensitized solar cell applications. This paper presents the study on the effect of Polyethylene glycol 20000 (PEG 20000) on the properties of TiO2 NPs films. The amount of PEG 20000 were varied between 0.1 and 0.5 g. Sonication and stirring of commercial TiO2 NPs Degussa P25 and PEG 20000 in ethanol results in highly homogeneous dispersions which are used to prepare TiO2 films. The use of optimum amount of PEG 20000 will increase the light absorption due to the increment of the surface area within the film. The films were characterised using ultraviolet-visible-near infrared spectrometer, field emission scanning electron microscopy and current-voltage measurement...
Article Published 2016 1847 hits Available
4
Abstract
Manusia sebagai makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baik kejadian diberikan tugas dan amanah yang sangat besar, iaitu untuk mentadbir, memakmur dan membangun peradaban. Berbekalkan kejadian penciptaan manusia yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani dengan kelebihan akal dan kudrat, manusia berkemampuan merubah dan mencorak masa depan peradaban mereka sendiri. Persoalan tentang pembinaan dan perkembangan peradaban telah pun dibincangkan oleh beberapa orang tokoh sarjana dan pemikir tersohor di Timur dan di Barat dengan menjadikan manusia sebagai fokus utama perbincangan. Cetusan minda sarjana dan pemikir silam wajar direnungi dan dimanfaat oleh generasi hari ini untuk membangunkan kembali kegemilangan peradaban manusia. Pembinaan peradaban harus bercirikan keseimbangan antara kemajuan material dengan ketinggian akhlak yang berpaksikan tauhid. Kajian ini bertujuan menganalisis dan membahaskan beberapa aspek pemikiran dua orang tokoh pemikir Muslim yang berkaitan.....
Article Published 2014 2435 hits Available
5
Abstract
Kajian ini meneroka potensi penggunaan penceritaan digital atau digital storytelling (DST) di dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dari perspektif murid luar bandar sekolah rendah di SK Sungai Galah, Perak. Sebuah video telah dihasilkan oleh penyelidik yang diadaptasikan dari buku cerita yang bertajuk "Tidy Your Room, Tanya!". Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui pemerhatian di dalam bilik darjah dan makmal computer terhadap 19 orang murid, analisis bahan untuk memilih peserta kumpulan fokus dan menemubual 10 orang pelajar dalam kumpulan fokus bagi mengumpul data. Pendekatan naratif dan intepretatif telah digunakan bagi menganalisa data tersebut. Kajian ini telah berjaya mengenal pasti tiga tema utama iaitu; motivasi, pembelajaran dan potensi. DST telah dilihat sebagai bahan yang berpotensi untuk membantu menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris di sekolah rendah..
Thesis Published 2015 3910 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penglibatan ibu bapa dalam aspek kognitif, sosial, emosi dan bahasa serta hubungannya dengan perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian; bahasa, komunikasi dan literasi awal; dan awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai 279 orang sampel ibu bapa dan kanak-kanak yang dipilih daripada beberapa buah Taska Permata Kemas di Negeri Perak dan Selangor. Data dianalisis secara deskriptif bagi menjelaskan tahap penglibatan ibu bapa dan perkembangan kanak-kanak. Manakala statistik inferensi menerangkan hubungan serta perbezaan antara pemboleh ubah. Penglibatan ibu bapa dalam aspek bahasa menunjukkan nilai min tertinggi, manakala penglibatan ibu bapa dalam aspek kognitif menunjukkan nilai min terendah. Analisis inferensi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dalam aspek emosi dengan perkembangan sahsiah, sosio emosi dan kerohanian. Dapat.....
Thesis Published 2017 2090 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan arahan tumpuan terhadap aktiviti otot dan prestasi senaman squat. Seramai 36 orang pelajar perempuan universiti awam telah menyertai  kajian  ini  dan dibahagikan  secara  rawak  kepada  tiga  kumpulan,  iaitu  12 orang bagi setiap kumpulan. Tiga kumpulan tersebut adalah arahan tumpuan dalaman (TD), tumpuan luaran (TL) dan kawalan. Arahan yang diberikan kepada kumpulan TL adalah  membayangkan  seperti  duduk  di  atas  kerusi  manakala  kumpulan  TD  diarah untuk   menumpukan   kepada   pergerakan   dan kedudukan   anggota   tubuh  badan. Elektromiografi  (EMG)  digunakan  untuk  mengukur  aktiviti  otot  semasa  melakukan senaman  squat  manakala  tapisan  pergerakan  Movement  Competency Screen  (MCS) pula digunakan sebagai kriteria untuk mengukur prestasi perlakuan teknik squat yang betul.  Tempoh  intervensi  dijalankan  selama  enam  minggu.  ANOVA  3  kumpulan (arahan T.....
Thesis Published 2020 1228 hits Available
9
Abstract
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktrem. Kajian ini bertujuan untuk menguji kebolehgunaan elemenelemen amalan zikir yang telah dibangunkan dalam Garis Panduan Guru terhadap kanakkanak berusia empat hingga enam tahun yang bermasalah tingkah laku agresif di sebuah TADIKA berkonsep Islam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dua fasa yang terlibat dalam kajian ini adalah Fasa analisis keperluan dan pembangunan garis panduan guru (Fasa I) dan Fasa penilaian garis panduan guru (Fasa II). Kajian berbentuk kajian kes ini menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kualitatif dan 12 orang responden yang terdiri daripada enam orang guru dan enam orang ibu terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis dokumen, pemerhatian, senarai semak kanak-kanak agresif dan set soalan temu bual. Hasil temu bual bersama responden dalam Fa.....
Article Published 2020 2159 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen-elemen keperluan, membangunkan Garis Panduan Guru  Untuk Pelaksanaan Amalan Zikir dalam Kalangan Kanak-kanak Bermasalah  Tingkah  laku  Agresif  serta   mengenal  pasti  maklumbalas  guru  terhadap kebolehgunaan pelaksanaan amalan zikir melalui garis  panduan guru ini. Reka bentuk kajian  ini  menggunakan  pendekatan  kualitatif  dengan  kaedah   pengumpulan  data melalui   analisis   dokumen   dan   temu   bual.   Analisis   dokumen   melalui    kajian perpustakaan  dibuat  bagi  mengenal  pasti  elemen-elemen  keperluan  dan  mendapat  kesahan   pakar   mengenai   kesesuaian   elemen-elemen   keperluan   tersebut   dalam membina   Garis  Panduan  Guru.  Pakar  yang  dipilih  terdiri  daripada  dua  orang  pakar dalam  bidang   pendidikan  awal  kanak-kanak  dan  seorang  lagi  dalam  bidang  agama. Temu bual dijalankan  kepada tiga orang gur.....
Thesis Published 2021 2405 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.