AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi, minat, sikap, amalan
pengajaran guru, pengetahuan Qirā’āt al-Sab‘ie dan hubungannya dengan tahap penguasaan Qirā’āt
al-Sab‘ie dalam kalangan pelajar Kelas Khas Membaca dan Menghafal al-Quran (KKQ) di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri Perak. Kajian ini dijalankan di 20 buah sekolah dengan
melibatkan 308 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan berdasarkan Model Pembelajaran Al-Nawawi dengan
menggunakan dua instrumen iaitu satu set borang soal selidik dan ujian syafawi. Statistik
deskriptif iaitu frekuensi, peratusan dan min digunakan untuk menjelaskan persoalan kajian.
Analisis deskriptif menunjukkan tahap motivasi (min=3.59, s.p=0.441), minat (min=3.63, s.p=0.503),
sikap (min=3.80, s.p=0.525), amalan pengajaran guru (min=4.01, s.p=0.433) dan pengetahuan Qirā’āt
al-Sabâ€.....