AbstractTujuan utama kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh komponen kecergasan
fizikal terhadap prestasi lari pecut 100 meter dalam kalangan murid lelaki berumur 13
tahun di Kuala Lumpur. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kajian kes
sekali (one shot case study) untuk menganalisis pengaruh komponen kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan, komponen kecergasan fizikal berasaskan sukan dan komponen
antropometri terhadap lari pecut 100 meter. Seramai 180 orang murid lelaki berumur 13
tahun telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan
rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan analisis regresi pelbagai. Dapatan kajian
menunjukkan, tiga komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan iaitu daya tahan
kardiovaskular, kekuatan otot dan komposisi tubuh badan; tiga komponen kecergasan
fizikal berasaskan sukan iaitu kuasa, kepantasan, masa reaksi; dan dua komponen
antropometri iaitu ketinggian berdiri dan berat badan; menyumbang kepad.....