AbstractKajian ini menyentuh batasan akidah Islamiah yang diaplikasi dalam tulisan sastera dan kewajipan sasterawan dalam mematuhinya. Objektif kajian ini ialah mendedahkan amalan yang bercanggah dengan akidah Islamiah dalam memanfaatkan elemen akidah Islamiah dan elemen kepercayaan selain Islam, yang bercanggah dengan akidah Islamiah, dalam karya sastera. Kedua ialah menilai implikasi akidah Islamiah, kesan daripada penyalahgunaan penamaan dan kerangka Islami dalam tulisan sastera yang bersifat agresif dalam menghina agama Islam. Ketiga ialah menilai implikasi akidah Islamiah, kesan daripada penggunaan penamaan dan kerangka bukan Islami dalam tulisan sastera yang bersifat kontrastif dalam menghina Islam. Keempat ialah menilai secara khusus implikasi akidah Islamiah kesan daripada pengaruh kerangka tashkik (menimbulkan keraguan) orientalisme, yang bercanggah dengan akidah Islamiah. Kelima ialah menolak manfestasi karya dalam bentuk watak dan perwatakan, dan dalam bentuk kerangka pengkaryaan ya.....