AbstractObjektif kajian ini adalah untuk menentukan bentuk hubungan antara pasaran saham
Islam dan Konvensional di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada tiga indeks utama yang
dijadikan sebagai proksi kepada pasaran-pasaran saham di Malaysia iaitu The Financial Times Stock
Exchange Emas Syariah Index (FBMESI), The Financial Times Stock Exchange Kuala Lumpur
Composite Index (FBMKLCI) dan The Financial Times Stock Exchange ACE Index (FBMAI).
Pendekatan kajian ini adalah secara kuantitatif dan data bagi kajian ini menggunakan data
bulanan dari bulan Januari 2009 hingga Disember 2015 yang diambil dari sumber-sumber
berautoriti seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, laporan Bank Negara dan Bursa Malaysia.
Kajian ini mengaplikasikan ujian kointegrasi Johansen dan Juselius serta Model Vektor
Pembetulan Ralat (VECM) dengan tuju.....