UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

14 record(s) found

1
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan pengaturcaraan LOGO terhadap pencapaian matematik murid tingkatan dua bagi topik geometri. Pencapaian matematik diukur berdasarkan pencapaian secara keseluruhan dan pencapaian berdasarkan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kajian ini mengguna reka bentuk Eksperimen Kuasi Pasca Ujian sahaja bagi membandingkan pencapaian matematik murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Seramai 36 murid ditempatkan dalam kumpulan eksperimen dan 36 murid lagi ditempatkan dalam kumpulan kawalan. Murid kumpulan eksperimen menjalani proses pembelajaran matematik menggunakan pengaturcaraan LOGO manakala murid kumpulan kawalan menjalani pembelajaran matematik menggunakan persembahan slaid PowerPoint. Tempoh pelaksanaan kajian adalah selama enam minggu. Instrumen yang digunakan untuk mengukur pencapaian matematik murid adalah ujian pasca yang diadakan sebanyak dua kali. Ujian Pasca I dilakukan sejurus selepas du.....
Article Published 2016 8849 hits Available
2
Abstract
Keterlibatan dilihat sebagai konstruk penting yang berkait rapat dengan pencapaian murid. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keterlibatan murid Kolej Vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik sama ada keterlibatan tingkah laku, keterlibatan kognitif atau keterlibatan afektif serta mengenalpasti jenis keterlibatan yang mempengaruhi individu terbabit dalam mempelajari Matematik. Kajian ini menggunakan pendekatan ‘Q-methodology’ yang diperkenalkan oleh William Stephenson (1902-1989) pada tahun 1935. ‘Q-methodology’ merupakan satu teknik penyelidikan yang membolehkan penyelidik mengenalpasti, memahami dan mengkategorikan persepsi individu serta mengumpulkan individu yang mempunyai persamaan persepsi terhadap sesuatu perkara. Dalam kajian ini, persepsi pelajar berkaitan keterlibatan Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dapat dikelompokkan. Seterusnya, kelompok pendapat yang subjektif ini digunakan untuk mengenalpasti faktor berkaitan keterlibatan ya.....
Article Published 2016 3750 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman membaca murid pasca LINUS dan murid arus perdana di sekolah rendah. Metodologi kajian menggunakan kaedah campuran yang melibatkan kaedah kualitatif berdasarkan analisis transkrip responden serta kaedah kuantitatif berdasarkan kekerapan dan peratus keputusan ujian saringan responden. Dapatan kuantitatif menunjukkan kebanyakan tahap kefahaman membaca murid pasca LINUS adalah pada tahap yang rendah dan hanya segelintir murid berada pada tahap kefahaman literal. Tahap kefahaman membaca murid arus perdana pula berada pada tahap sederhana dengan sebahagian mereka menguasai tahap kefahaman literal dan segelintir menguasai tahap kefahaman taakulan. Dapatan kualitatif pula menunjukkan kualiti kefahaman murid pasca LINUS berada pada tahap yang paling rendah kerana mereka tidak memahami petikan yang dibaca, tidak mampu mengingat semula watak dan plot dalam petikan. Murid arus perdana pula hanya mencapai tahap kefahaman asas; tahap literal .....
Thesis Published 2016 3722 hits Available
4
Abstract
The aim of this research is to contribute further results on the coverings of some finite groups. Only non-cyclic groups are considered in the study of group coverings. Since no group can be covered by only two of its proper subgroups, a covering should consist of at least 3 of its proper subgroups. If a covering contains n (proper) sub- groups, then the set of these subgroups is called an n-covering. The covering of a group G is called minimal if it consists of the least number of proper subgroups among all coverings for the group; i.e. if the minimal covering consists of m proper subgroups then the notation used is σ (G) = m. A covering of a group is called irredundant if no proper subset of the covering also covers the group. Obviously, every minimal cover- ing is irredundant but the converse is not true in general. If the members of the covering are all maximal normal subgroups of a group G, then the covering is called a maximal covering. Let D be the intersection of all members i.....
Thesis Published 2018 1503 hits Available
5
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk menentukan bentuk hubungan antara pasaran saham Islam  dan  Konvensional  di  Malaysia.  Kajian  ini  memfokuskan  kepada  tiga  indeks utama yang  dijadikan sebagai proksi kepada pasaran-pasaran saham di Malaysia iaitu The Financial Times Stock  Exchange Emas Syariah Index (FBMESI), The Financial Times   Stock   Exchange   Kuala   Lumpur    Composite   Index   (FBMKLCI)   dan   The Financial Times Stock Exchange ACE Index (FBMAI).  Pendekatan kajian ini adalah secara  kuantitatif  dan  data  bagi  kajian  ini  menggunakan  data   bulanan  dari  bulan Januari  2009  hingga  Disember  2015  yang  diambil  dari  sumber-sumber   berautoriti seperti  Suruhanjaya  Sekuriti  Malaysia,  laporan  Bank  Negara  dan  Bursa  Malaysia.  Kajian  ini  mengaplikasikan  ujian  kointegrasi  Johansen  dan  Juselius  serta  Model Vektor    Pembetulan   Ralat   (VECM)   dengan   tuju.....
Thesis Published 2019 2867 hits Available
6
Abstract
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik merupakan salah satu matapelajaran yang penting untuk melengkapkan potensi murid secara kolektif. Namun pendidikan muzik tidak hanya berfokus pada penyampaian satu hala sahaja. Penggunaan soalan juga sangat penting bagi meransang penguasaan murid didalam setiap topik dan kemahiran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan soalan didalam pengajaran dan pemudahcaraan adalah terbukti memberi banyak faedah kepada guru dan murid. Selaras dengan matlamat Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia iaitu melestarikan pembelajaran abad ke-21, penggunaan soalan bersama aktiviti pembelajaran abad ke-21 dapat memberikan impak kepada perkembangan murid. Kajian ini dijalankan untuk menilai dan meninjau teknik penyoalan lisan guru muzik serta meninjau penggunaan aras taksonomi bloom dalam mengutarakan soalan lisan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas Pendidikan Kesenian (Muzik). Hasil tinjauan yang dij.....
Thesis Published 2020 1969 hits Available
7
Abstract
Andaikan G adalah kumpulan terhingga. Jika terdapat suatu set yang mengandungi n subkumpulan wajar dalam G yang kesatuannya merangkumi semua unsur bagi G, maka G merupakan kumpulan terlitup. Set bagi n subkumpulan wajar dipanggil litupan-n bagi G dan bilangan minimum bagi n yang melitupi G ialah 3, ini bermakna n X 3 . Jika litupan-n tidak mempunyai subset wajar yang juga melitupi G, maka ia dipanggil litupann tak berlebihan bagi G dan ia dipanggil litupan-n maksimal jika ia mengandungi hanya subkumpulan maksimal bagi G. Suatu litupan-n tak berlebihan maksimal dengan persilangan bebas-teras dikenali sebagai suatu litupan-Xn. Kajian ini mencirikan kumpulan-5 yang mempunyai suatu litupan-X11. Didapati bahawa kumpulan-5 mempunyai litupan-X11 jika dan hanya jika ia berisomorfisma dengan beberapan kumpulan abelan bagi sesetengah peringkat.  ..
Article Published 2021 836 hits Available
8
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk membantu pengajaran guru berkaitan ketidakfahaman membaca murid bukan penutur natif Bahasa Melayu dengan membangunkan modul pengajaran kefahaman membaca melalui pendekatan pengajaran bahasa asing. Pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang mengandungi tiga fasa iaitu analisis keperluan (tujuh pakar dan 302 dokumen murid), diikuti fasa reka bentuk dan pembangunan (15 pakar bidang) serta penilaian kebolehgunaan modul (3 pakar, 156 guru dan 13 murid bukan penutur natif). Dapatan fasa analisis keperluan menunjukkan keperluan enam elemen dalam modul iaitu (1) kaedah pengajaran yang sesuai (2) bahan pengajaran sesuai dengan tahap kognitif (3) interaksi bermakna (4) ekstralinguistik (5) motivasi (6) aktiviti kolaborasi dan koperatif berpandu. Dapatan rekabentuk dan pembangunan modul memperoleh konsensus pakar melebihi 75% dengan seluruh item yang dipilih memenuhi syarat kesepakatan antara pakar dengan nilai defuzzification Alpha-Cut (?-Cut) .....
Thesis Published 2023 14759 hits Available
9
Abstract
Hanya sebahagian kecil ilmuwan yang sanggup melangkah tembok bidang kepakaran masing-masing bagi menikmati panorama rentas mahupun multi disiplin. Salah seorang yang sanggup melakukannya ialah Shaharir Mohamad Zain. Beliau yang mendapat pendidikan rasmi dalam bidang matematik dan fizik, kemudiannya menyerlahkan penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu lain seperti bahasa, budaya, ekonomi, politik dan falsafah. Makalah ini bertujuan membincangkan pemikiran dan sumbangan Shaharir terhadap bahasa Melayu dengan fokus yang spesifik kepada pemerkasaan bahasa ini sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengungkapan ilmu. Bagi mencapainya, makalah ini berpedoman kepada perspektif grafisejarah menerusi konsep iklim idea (Koerner, 1989) khusus untuk menelusuri cetusan awal dan perkembangan pemikiran Shaharir tentang bahasa Melayu. Penyerlahan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikasi ilmu dilakukan menerusi telaah kritis terhadap karangan Shaharir, kemudiannya dipaparkan menurut tema-tema tert.....
Article Published 2023 738 hits Available
10
Abstract
Saban tahun, pencapaian pelajar sekolah menengah bagi kertas 2611/2 (menggambar) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia menunjukkan senario yang membimbangkan. Hal ini berlaku kerana pelajar kurang menguasai kemahiran melukis dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Justeru, satu kajian kes kemahiran melukis dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual telah dilaksanakan terhadap sebilangan pelajar di sebuah sekolah menengah dalam daerah Hulu Selangor. Matlamat kajian adalah untuk mengenal pasti punca kelemahan penguasaan kemahiran melukis tersebut dan mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaikinya. Tiga objektif yang diharapkan menerusi kajian ini adalah untuk melihat kesediaan dan minat belajar pelajar, melihat penguasaan kemahiran melukis pelajar, dan melihat kepentingan kemahiran melukis tersebut dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Justeru, kajian ini direka bentuk berdasarkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif, di mana data-data dikumpulkan.....
Thesis Published 2006 452 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.