UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Ahmad Yazid Yahya |
1 | 2018 thesis | Pembinaan dan pengujian modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran tanpa komunikasi lisan Ahmad Yazid Yahya Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk membina dan menguji modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi (IPB) menggunakan isyarat tangan bagi kegunaan murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran (BPKMP) tanpa komunikasi lisan. Seramai 134 orang peserta kajian, iaitu 115 orang guru pendidikan khas, tujuh orang pakar dan 12 orang murid BPKMP tanpa komunikasi lisan dipilih menggunakan multiphase sampling. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik, borang penilaian pakar, modul, ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis secara deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan 83.8% guru memerlukan modul pengajaran untuk mengajar murid BPKMP tanpa komunikasi lisan dan 81.3% guru mempunyai masalah menjalankan pengajaran dan berkomunikasi bersama murid BPKMP tanpa komunikasi lisan. Dapatan kajian menyenaraikan 70 perkataan berfungsi mengikut tema dan daripada senarai ini, 10 perkataan paling utama dikenalpasti, iaitu [duduk] (M=9.33), [makan] (M=9.30), [rumah] (M=9.23), [b..... 1002 hits |
2 | 2001 conference_item | Penyair muda wanita Pahang: catatan biografiktif & antologi Khirul Bariah Arup Ali Abdul Halim, Nama-nama seperti Sahmad Malaya, Baharuddin Zakaria, Yassin Salleh, Arisel BA (Subari Ahmad), Maznan Nordin, M.Z Alias dan Aripin Said sudah tidak asing lagi dalam peta perpuisian Melayu moden di negeri Pahang dan negara amnya. Nama Sahmad Malaya sudah muncul sejak tahun 1950 dan terus terkenal hingga tahun 1970an, kemudian tenggelam timbul dalam tahun-tahun 1980an dan 1990an. Manakala M.Z. Alias Baharuddin Zakaria, Arisel BA dan Aripin Said pula menghiasi era 1970an, 80an dan 1990an. Dalam tahun 1980an, 90an hingga kini, Pahang sudah melahirkan tidak kurang dari sepuluh penyair baru yang berjaya mencapai tahap kematangan seperti Marsli N.O, Yazid Idris, Nazri Sham, Maimunah Ali, Ami Masra, Maimunah Manan dan ramai lagi. Tidak kurang pula penulis-penulis muda yang giat menulis seperti Sharulnizam Talib, Khairul Bariah Arup, Abdul Mutalib Ghani, Nor Arifin Ibrahim,Nor Afliza Arshad,Hasejati, Ramli Yahya dan Iain-lainnya... 1583 hits |