UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

48 record(s) found

1
Abstract
Kraf tembaga merupakan salah satu bidang kraf tangan di Malaysia yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebagaimana kraf tenunan songket yang mempunyai produk lagendanya melalui penghasilan kain limar dan cindai, kraf tembaga juga mempunyai produk warisan yang masih dikenali sehingga kini seperti tepak sireh, pahar, cerek air dan kebak laksa. Bekas Bara Besar Terengganu merupakan salah satu produk kraf warisan tinggalan pengkarya seni kraf tembaga yang terdahulu di Terengganu yang belum diketahui umum secara meluas berbanding produk warisan kraf tembaga yang lain. Produk kraf warisan yang diperbuat daripada bahan tembaga putih ini banyak mempamerkan ketinggian kemahiran dari segi teknologi pembuatan dan keunikan reka bentuk serta reka corak hiasan pada pembuatannya. Atas kesedaran perlunya mengenengahkan Bekas Bara Besar Terengganu kepada umum, maka satu kajian dijalankan bagi mengenalpasti ciri-ciri ekstrinsik yang signifikan dengan Bekas Bara Besar Terengganu supaya ianya boleh d.....
Article Published 2016 1487 hits Available
2
Abstract
Proses globalisasi ekonomi telah menyebabkan berlakunya perubahan terhadap ruang wilayah hampir semua negara di dunia. Bandar raya metropolitan menjadi fokus pelaburan dan jentera bagi memesatkan pertumbuhan ekonomi negara. Malaysia tidak terkecuali. Bagaimana pun, sejauh mana petempatan luar bandar di Malaysia turut terheret ke dalam proses perubahan tersebut adalah suatu isu yang menarik untuk dibincangkan. Makalah ini bertujuan untuk memeriksa kesesuaian untuk menerapkan konsep hierarki kefungsian petempatan pusat dan strategi pusat pertumbuhan bagi merancang pembangunan daerah Batang Padang. Menggunakan data yang diperolehi melalui pemerhatian yang intensif di lapangan, analisis petempatan pusat telah dilakukan. Hasil analisis menunjukkan bahawa dari segi penduduk, pada masa ini pola hierarki petempatan di daerah ini cenderung untuk tidak seimbang. Namun apabila analisis kefungsian diterapkan ke atas petempatan di daerah tersebut, hasilnya cenderung untuk menunjukkan pola yang berb.....
Article Published 2011 2834 hits Available
3
Abstract
Bandar-bandar kecil di sesetengah negara sedang membangun masa ini tidak lagi menawarkan fungsi asasnya terutamanya yang berkaitan dengan pertanian. Ini kerana perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan telah menggantikan sektor pertanian sebagai penyumbang utama ekonomi negara berkenaan. Perubahan penawaran seperti ini dapat diperhatikan dengan ketara di Tanjong Malim. Tanjong Malim adalah sebuah bandar kecil yang terletak diluar pengaruh Wilayah Metropolitan Lembah Klang-Langat dan Metropolitan Ipoh disebelah utaranya. Perkembangan semasa mendapati fungsi Tanjong Malim semakin berubah. Masalah ini bertujuan membincangkan tentang perubahan Tanjong Malim sebagai sebuah pusat penempatan utama di wilayah Selatan Perak. Menggunakan data sekunder dan primer yang diperolehi melalui cerapan dilapangan, makalah ini menganalisis perubahan fungsi Tanjong Malim. Terdapat tujuh penemuan penting yang membuktikan tentang perubahan fungsi bandar Tanjong Malim. Antaranya penawaran fungsi berk.....
Article Published 2012 2572 hits Available
4
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk menilai masalah pencemaran bunyi bising trafik yang berlaku di persekitaran sekolah di bandar Batu Pahat, Johor, Malaysia. Pemilihan kawasan kajian adalah berdasarkan faktor letakkan sekolah yang sentiasa terdedah dengan gangguan bunyi bising trafik. Sebanyak lima buah sekolah yang terletak di sekitar pusat bandar telah dipilih sebagai kawasan kajian. Kaedah yang digunakan adalah dengan membuat cerapan menggunakan Sound Level Datalogger Model 407780 Extech Instrument bagi menentukan nilai maksimum (Mak), minimum (Min) dan purata keseluruhan (Leq). Pencerapan bagi setiap stesen adalah sebanyak tiga kali iaitu pagi (7.00 pagi hingga 9.00 pagi), tengah hari (12.00 tengah hari hingga 2.00 petang) dan petang (5.00 petang hingga 7.00 petang) iaitu selama 10 minit setiap waktu pada hari bekerja dan tidak bekerja. Tujuan pemilihan tiga waktu pencerapan ini adalah untuk mendapatkan purata bagi keseluruhan hari dan membandingkan tahap bunyi bising trafik di lokasi kaj.....
Article Published 2014 4621 hits Available
5
Abstract
Pelbagai dasar pembangunan ekonomi telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi memberikan manfaat kepada penduduk. Aktiviti pembangunan yang dilaksanakan akan melibatkan perubahan kepada guna tanah sesuatu kawasan dan meninggalkan kesan kepada persekitaran fizikal. Lembangan Sungai Bernam juga tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baharu bagi mengatasi kesesakan di Lembah Klang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti perubahan guna tanah yang berlaku khususnya di bahagian hulu Lembangan Sungai Bernam dari tahun 1984 hingga 2004 dan implikasi terhadap persekitaran. Data perubahan guna tanah diperoleh dari Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia dan data hujan mengikut stesen diperoleh dari Jabatan Pengairan dan Saliran. Analisis siri masa dilakukan bagi kesemua data bagi menilai sebarang perubahan dalam jangka masa panjang. Hasil kajian mendapati guna tanah hutan semakin berkurangan di kawasan ini iaitu 689.2 km2 (1984) kepada 536 km2 (2004). Guna tanah hutan yang semakin berkura.....
Article Published 2014 3490 hits Available
6
Abstract
Artikel ini menganalisis perubahan fungsi (ekonomi) bandar kecil di beberapa buah bandar kecil terpilih di Koridor Utara Negeri Selangor. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan, didapati fungsi-fungsi tradisional bandar kecil tersebut sudah mula berubah. Penawaran fungsi seperti kedai baja, kedai peralatan pertanian dan kedai buah-buahan semakin merosot. Sebaliknya fungsi-fungsi yang lebih bersifat global seperti pasar raya besar, penghantar cepat dan hotel semakin bertambah. Penemuan ini merupakan petunjuk awal ke arah bagi membuktikan bahawa proses globalisasi telah memainkan peranannya dalam mempengaruhi perubahan fungsi di kawasan kajian. Ini kerana semakin banyak perubahan penawaran fungsi (dari fungsi tradisional kepada yang lebih moden) membawa maksud semakin kuat pengaruh globalisasi di kawasan tersebut dan penemuan ini penting bagi menunjukkan bahawa perkembangan wilayah metropolitan Lembah Klang-Langat (WMKL) kini mula tersebar serta memberi kesan melampaui kawasan.....
Article Published 2014 3722 hits Available
7
Abstract
Pengetahuan dalam melaksanakan aktivit kelestarian membantu individu mendapatkan pelbagai pengalaman, memperoleh pemahaman asas dalam usaha memastikan kelestarian alam sekitar. Malah, peningkatan tahap pengetahuan tentang alam sekitar dapat membentuk sikap positif terhadap alam sekitar. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan guru berhubung pendidikan pembangunan lestari (Education for Sustainable Development-ESD) yang dilaksanakan menerusi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS). Pengetahuan dalam kajian ini terdiri daripada pengetahuan Program SLAAS, pengetahuan Kandungan ESD, dan pengetahuan amalan ESD. Protokol temu bual telah dibangunkan dalam kajian ini. Seramai 12 orang guru dari tiga kategori sekolah yang terlibat dalam Program SLAAS telah ditemu bual. Dapatan utama kajian menunjukkan responden mengetahui aktiviti yang dilaksanakan dalam Program SLASS namun kurang memberi penegasan terhadap nilai di sebalik aktiviti tersebut. Kedua, pengetahu.....
Article Published 2016 9662 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti tahap aras kebisingan trafik di kawasan penempatan terpilih yang terletak dalam Koridor Utara Negeri Selangor (KUNS) yang melibatkan 16 buah stesen cerapan. Proses cerapan dilakukan pada hari bekerja dan tidak bekerja yang meliputi waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Parameter yang diambil kira adalah nilai maksimum (Max), minimum (Min) dan juga purata (Leq). Data bunyi bising trafik yang dicerap pada setiap stesen dipetakan kawasan liputan sebaran bunyi bising menggunakan kaedah regresi dalam sistem maklumat geografi (GIS) iaitu interpolasi Inverse Distance Weighted (IDW). ArcGIS 93 digunakan sebagai alatan untuk membuat analisis interpolasi sebaran bunyi. Hasil kajian mendapati bahawa pada hari bekerja kesemua kawasan di KUNS mencatatkan nilai kebisingan melebihi piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu 65 dBA pada setiap waktu cerapan kecuali Bandar Sungai Buaya bagi waktu pagi dan tengah hari. Situasi yang hampir sama berlaku pada ha.....
Article Published 2016 2804 hits Available
9
Abstract
Air tirisan atau lebih dikenali sebagai air bukit terhasil apabila sesuatu bentuk muka bumi diteroka atau dipotong untuk tujuan pembangunan khususnya untuk pembinaan jalan raya atau lebuh raya baharu. Air tirisan ini mengalir dari celah rekahan batuan dan dianggap sebagai air semula jadi yang mengalir dari dalam tanah. Menjadi satu trend pada masa kini, orang awam mengambil air ini untuk tujuan minuman di samping keperluan lain. Air tersebut diminum terus tanpa dirawat terlebih dahulu. Artikel ini menganalisis tahap kualiti air tirisan di dua buah lokasi iaitu Ulu Yam dan Kuala Kubu Bharu yang terletak dalam daerah Hulu Selangor. Sampel kualiti air di lokasi ini telah diambil sebanyak tiga kali dan dianalisis secara insitu serta dalam makmal. Data kualiti tirisan ini dibandingkan dengan Piawai Interim Kualiti Air Kebangsaan (INQWS), Jabatan Alam Sekitar dan Standard Kebangsaan Kualiti Air Minuman (NSDWQ), Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan majoriti orang awam mengambil air ini.....
Article Published 2014 3775 hits Available
10
Abstract
Artikel ini akan membincangkan tentang kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi yang melibatkan sentuhan secara langsung antara air dengan manusia. Ia melibatkan tujuh unsur logam berat iaitu zink, ferum, kadmium, magnesium, merkuri, plumbum dan kuprum. Kajian ini melibatkan sampel air dari 22 stesen kajian bagi empat buah kolam di Taman Tasik Taiping. Data primer telah digunakan iaitu melibatkan pencerapan sampel air di lapangan. Data primer kepekatan unsur logam diperoleh dengan pengambilan sampel air yang dibawa ke dalam makmal untuk ujian dalam makmal. Penilaian tahap kepekatan logam berat adalah berdasarkan pengelasan Indeks Kualiti Air daripada Jabatan Alam Sekitar dan Standard Kualiti Air Minum daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara keseluruhan, hasil pengujian menunjukkan nilai kepekatan logam berat masih di bawah standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar kecuali plumbum. Terdapat juga nilai kepekatan logam berat yang meleb.....
Article Published 2016 4296 hits Available
First Prev
Page 1 of 5

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.